CSS

Saturday, May 15, 2010

Pizza Stuff Crust Mamafami

Telah bersabda Rasulullah SAW :"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dibetulkan secara hikmah iaitu dengan kuasanya, jika tidak mampu dengan lisannya, jika tidak mampu lagi dengan hatinya. Yang demikian ini iman terlemah."

Assalamualaikum..selamat berhujung minggu semua. Kalau ujung2 minggu ni biasanya teman2 blogger ni tak berapa nak aktif sikit kat maya ni sebab memacam aktiviti luar nak buatkan dengan family. Saya pulak bila hubby diluar kawasan atau kata lain outstation ni boleh la macam biasa jenguk umah kawan2. Kalau tidak tak juga nak aktif hujung2 minggu mcm ni kan.


Ni menu saya seorang je layan kat rumah ni. Hubby tak berapa gemar menda alah ni. Anak anak pula mungkin tak reti lagi nak makan. Tapi sebab dah teringin sangat, dan bahan2 pun memang ada, so saya pun menggagahkan diri dan hati untuk buat jugak, walaupun saya sorang je makan. Makan dinner pastu continue sarap pulak. Huhuhu..natijahnya kalau sengsorang je suka.. Untuk roti saya cube resepi dari Mamafami dan untuk inti tu saya buat sendrik je la. Lagi pun inti tu ikut suka jekan. Saya masakkan daging cincang dengan bawang dan perasakan dengan soso pizza dan oregano bagai. Pastu tabur jela apa2 yang ada kat petiais tu.. Puas hati!!






Pizza Stuff Crust
Source: Mamafami
Bahan-bahan untuk doh :

1/2 sudu kecil yis
60ml susu segar
45 ml air suam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil tepung gandum

180g tepung gandum
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar majerin


Pizza yang belum di bakar lagik..


Kaedah penyediaan doh :

1. Taburkan yis di atas air suam. Tambahkan gula dan sedikit tepung gandum. Biarkan yis bertindakbalas, lebih kurang 10 hingga 12 minit.
2. Tuangkan susu segar dan air suam ke dalam breadmaker. Masukkan tepung gandum, gula dan garam. Tuangkan adunan yis dan setkan breadmaker pada progrem ulian. Setelah doh sebati, masukkan majerin dan uli sekali lagi. Mama menggunakan breadmaker Empress dari Cosway dan mama ulangi proses menguli sebanyak 4 kali.
3. Setelah itu, biarkan doh naik sekali ganda. Mama bungkuskan mangkuk berisi doh di dalam beg plastik bersih dan tinggalkan di tempat yang suam.
4. Setelah naik, tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Canai doh senipis yang dikehendaki.
5. Sapukan sos, taburkan bahan-bahan topping. Biarkan piza naik.
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 15 hingga 20 minit atau hingga masak.

5 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...[Reply to comment]

dush! Izah makan sensorg..??? napa tak ajak akak..? hehe

Acik Erna said...[Reply to comment]

izah..tiap kali kesini..akak memang kagum ngan izah..rajin masak dan cuba macam2 masakan..akak dulu masa muda..rajin jugak..sekarang zaman rajin akak dah berlalu..resepi nasi,lauk dan puding aje akak masih lagi rajin..yang lain dah menurun sikit..

izahdaut said...[Reply to comment]

sari yusa ibrahim..
hakhak..akak kalau tau ada geng dah lama jemput tau..hikhik..boring makan sengsorang

kak erna..
ye ke kak..hikhik..kot saya pun mcm tu jugak nanti.memang suka main masak ni..dari dulu2 lagi.tapi sekarang lebih seronok sebab ada orang tukang makan n ada orang share resepi yg sedap2

anisyazila said...[Reply to comment]

xbaik makan sengsorang..len kali ajak joe sekali..hehehe..peminat pizza gak neh...

Sonyabcss said...[Reply to comment]

dush! Izah makan sensorg..??? napa tak ajak akak..? hehe