CSS

Monday, May 3, 2010

Ayam Ala Kassim ke?

Hadis Qudsi Allah berfirman: "Apabila telah aku berikan musibah kepada salah seorang hambaKu pada badannya, hartanya atau anaknya, kemudian dia menerimanya dengan sabar yang sempurna, Aku merasa malu untuk menegakkan timbangan baginya pada hari kiamat atau membukakan buku catatan amal ibadahnya."- Dailami, Hakim dan Tirmizi

Assalamualaikum..dah siap masak lunch belum pada kak puan-puan semua? Yang kat opis mesti perut dok croot creet dan memikirkan menu apa nak amik terkam atau nak order buat makan lunch karang..sabo sabo ye..


Ayam ala Kassim? atau ayam ala ala ala kassim..hikhik.. sebabnya saya tak de stok kicap pekat. Tu yang warna tu agak merah skit kan. Tapi rasanya tidak menghampakan. Sodaaap..Resepi amik kat umah kak Inahar ni. Dah lama dah sebenarnya masakan ni dah singgah segala blog saya je lambat sikit tertiggal keretapi. Semedang daun kari lupa nak beli. Karang tak cukup bahan jauh sangat menyimpang rasa keenakannya kan. Tapi kalu tak de kicap pekat tu rasa tak la jauh lari kot no.

Resepi copy dari umah kak Inahar dan di copy lagi dari umah kak Ummi dan dimaklumkan resipi asal dari azura suhaimi@myR.



AYAM ALA KASSIM

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
3 sudu besar cili kisar - kalau suka pedas boleh tambah
2 sudu besar kicap pekat
3-4 tangkai daun kari
air secukupnya
garam secukup rasa
gula secukup rasa (*ummi letak gula kabung)
Bahan2 kisar:

1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara:

Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian gorengkan ayam tadi separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan daun kari dan kacaukan rata.
Biarkan seketika sambil dikacau selalu.
Kemudian masukkan kicap pekat dan tumiskan sehingga kuah agak kering sedikit.
Masukkan pula ayam dan sedikit air (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada selera masing2)
Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau dan biarkan sehingga ayam masak dan empuk.
Angkat dan hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato dan lain2 .
note: masakan lama, senang dan sedap

7 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...[Reply to comment]

ala kassssssiiimmmmmmmmmmmmmm.... memang umph! ni... mintak sikit..

ASN SURVIVOR said...[Reply to comment]

nasib baik dh lunch baru tgk.. kalo tak mau koi p umoh aok pae.. huhuhuuu nasib baik tak pregnnt heheehheee

♥LOVE2COOK♥ said...[Reply to comment]

Hi Izah!!! Wow, U r a muffin lover ke??? Nice nice!!!

Ayammmm...mintak cikit! Love nih chickenlover plak! hehehe...name doesn't matter, nak jugak ayam tuh..^___^

izahdaut said...[Reply to comment]

sariyusa..
betui betui..ada umpphh. bagi pedas skit.kow kow punyeee

ASN Ana..
ana kalu pregnant cian baby dalam perut nak makan ala kassim..hikhik..natijahnya tengok blog lepas kenyang la

LOVE2COOK..
Love..try la ala kassim..mana tau jatuh cinta dengan kasim laks..opsss

Datin El said...[Reply to comment]

izzah..akak dah lama gak nak try masak ayam ala kassim ni tp lum berkesempatan...nnti2 nak buat jugaklah..insyaAllah..

izahdaut said...[Reply to comment]

datinel..
tu la saya pun dah lama sik kiv je..tu la nak try gak tu..akak try la.sedap nih

Eliza said...[Reply to comment]

salam izah. akak dtg mintak izin c&p resipi yer. nak mintak rasa ayam tu mesti dah abiskan.hehe...tq