CSS

Friday, May 21, 2010

Cekodok Durian

Bukti cinta kepada Allah s.w.t. Allah berfirman maksudnya : "Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Ali Imran:31

Assalamualaikum.. sihat semua kawan-kawan. Hari ni busy skit tapi dapat jugak menjenguk menu dan khabar kawan2 semua. Tapi busy apa agaknya? Rasa cam tak buat apa-apa pung..hakhak.. Semalam tunjuk menu durian. Ada durian lebih dalam peti ais mesti dah tak laku nak makan macam tu je..so ingat nak buat muffin durian tapi alih-alih hubby nak makan cekodok durian lak. Sonang je buat ni. Semua pun taukan buat cekodok. Agak agak je la bahannya:



Secawan isi durian
4 sudu makan tepung gandum (ikut isi durian, jika agak berair isinya boleh lebihkan tepung)
satu sudu makan gula
setengah sudu kecil soda

Campur semua sebati, goreng...goreng api kecil sebab senang rentung. Hehhe.. tapi yang warna cam dalam gambo tu yang macam tu sedap sebab garing dan lembut n moist di dalam.



4 comments:

kak Erna said...[Reply to comment]

salam izah..betul2 terliur dengan resepi kali ni..malangnya tak de durian ni..kalau ada..dah tentu terus buat.mesti masa goreng tu..wangi bau dia kan..

Datin El said...[Reply to comment]

betul2 menggoda hatiku..durian oh durian dimana dikau ..nak jugak.

ain said...[Reply to comment]

laparrrr

izahdaut said...[Reply to comment]

kak erna..
apa lagi kak, cari la durian hehe..tapi mmg suka makan mcm ni, rangup kat luar dan lembut n moist kat dalam.

datin el
kak..tu la bukan musim kan.tapi kalau dah tekak nak makan, kat kampung baru la slalu pi carinya..mmg slalu ada

ain
ala kak ain..cian..