CSS

Sunday, May 30, 2010

Udang Masak Merah Berempah DJ

Keadaan hari kiamat: "Dan (ingatlah) hari (ketika) langit pecah belah mengeluarkan kabut putih dan diturunkanlah malaikat bergelombang-gelombang. "(25:25)

Assalamualaikum.. dah lunch? Ni sedap ni buat lauk lunch. Makan dengan nasi putih atau apa apa jenis nasi pun sedap. Dapat resepi ni masa dok intai-intai kat umah kak Nor Terengganu. Layan resepi untuk rujukan diri sendiri.



Udang Masak Merah Berempah by Dayang Jack
Source: Dayang Jack
Copy: Kak Nor

Bahan-bahan :
500 g udang basah (dibersihkan dan digaulkan dgn sedikit garam)
2 sudu makan sos tomato
1 tangkai daun kari
garam dan gula secukupnya
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan serbuk kari daging
4-5 sudu makan cili kisar
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan putih
Bahan-bahan mesin :
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
Cara-cara :
Panaskan minyak utk goreng terendam. Goreng udang selama 2 minit. Kemudian angkat dan tuskan.
Tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan2 mesin bersama daun kari hingga wangi.
Satukan serbuk kari, cili kisar, sos tomato, jintan putih dan serbuk ketumbar di dlm satu bekas. Bancuhkan dgn sedikit air utk dijadikan pes. Kemudian, tumiskan bersama bahan2 mesin tadi hingga pecah minyak.
Masukkan garam, gula, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih.
Setelah kuahnya sedikit pekat, bolehlah dimasukkan udang tadi. Gaul2kan hingga rata.
Hidangkan setelah masak.

3 comments:

MAS ( DUNIAKU ) said...[Reply to comment]

wah izah, ada udang masak merah berempah la, mas baru je beli udang, macam memanggil2 suruh mencuba...he..he..akan datang ke rumah mas

ZaiY said...[Reply to comment]

salam izah..
mggu ni kita sama2 mkn udg kn izah... sedap nmpk udg ni, mau bertmbh nasi klu ngadap udg izahni.

izahdaut said...[Reply to comment]

mas..
hah memang kena time nye..boleh cube.untuk anak2 bleh kurang sikit pedasnyee..makan dengan nasi yg tumis sikit rempah2 ke sedap gak ni.beriani ke kan..ceeh pepandai je

kak zaiy..
mmg betambah ni..tapi saya suke yg bakar cam kak zaiy tu.simple tak de kuah, tapi hubby suke kuah2 mcm tu