CSS

Friday, May 21, 2010

Best Ever Muffin

Allah berfirman: "(Yaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu maha luas ampunanNya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa." An Najm: 32

Assalamualaikum.. Rasa macam minggu ni tak de muffin je kan. Hikhik..sapa yang jemu muffin kesian lah kan. The latest muffin yang telah saya godek..tadaaa.. Satu bancuhan boleh buat memacam jenis muffin ni. Rasanya yang kurang manis, lemak, agak padat dan moist. Saya buat bancuhan ditambahkan dengan kismis dan blueberry. Patutnya blueberry segar tapi saja nak abih kan blueberry filling, jadi saya campurkan sekali. Resepi bersumber dari All Recipes tapi saya copy dari belog resepidiana. Terimakasih.



Best Ever Muffin
Copy : Resepi Diana
Source: All Recipes

Bahan-bahannya (Untuk 12 biji)
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula
1 biji telur
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran



Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.



6 comments:

anis said...[Reply to comment]

salam izzah.
sedapnya muffin. blh minta seketul dua tak? hehe...

cikmanggis said...[Reply to comment]

bak delima merekah giteww hehe .Kena cuba ni bab bab cheese ni mmg kegemaran cm ni izah:)

jalilah_jy said...[Reply to comment]

salam izzah cyg..

cantiknye mafin niee... semalam anak sulung buat juga tapi keras... muffin biasa jer..huhu..sian dia..

Sari Yusa Ibrahim said...[Reply to comment]

ishhh... memang best ever ni.. mau jugakkkkk!!!

indahhouse said...[Reply to comment]

salam kak izah,
gebushnya muffin bluberi. terpegun skejap..lapar ni.

izahdaut said...[Reply to comment]

anis..
kak anis..dah abis la..nanti kak nis try buat lak ye,..

cikmanggis..
tu la, yang cheese tu saya tak tau lla macamana rasanya..mesti bestkan..pulak2 pengemar cheese

jalilah jy
wah akak...sihat ke? oooo muffin apa tu kak? ala sian..tak pe cube lagi..saya pun kdg2 ada keras tekadang ada yang cun tapi tak berapa nak jadi plak lembutnya..

sari yusa
kak yus..apa lagi..ni saya bagi jangkitan percuma je ni..hikhik

nurindah..
nur, hikhk..kalau dah tepegun tu apa lagi, cepat cepat la godak godek kat dapur tu.