Keadaan pada hari Kiamat: "(Yaitu) pada hari Kami gulung langit sebagai menggulung lembaran - lembaran kertas. Sebagaimana Kami telah memulai panciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya. Itulah suatu janji yang pasti Kami tepati; sesungguhnya Kamilah yang akan melaksanakannya." 21:104
Harum Manis
oleh: Momok @MyR
Bahan-bahan ( 60 biji )
300gm Gula Melaka
350ml Air
3 biji telur
150gm gula pasir
350gm tepung gandum - DIAYAK
1/2 sudu teh baking powder - DIAYAK
1 sudu teh bicarbonate of soda - DIAYAK
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan esen vanilla
50 gm mentega, dicairkan
4-5 biji pisang raja dihiris bulat tipis
Cara-cara:
Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.
Pukul telur dan gula hingga naik.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati.
Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.
Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan setengah penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan. Awas: Ianya akan naik membuak & menyenget kalau letak 3/4 penuh.
Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu.
Assalamualaikum.. Untuk minum petang sesuai sangat apam harum manis ni. Saya buat separuh adunan je. Sila sila amik sorang satu sambil minum kopi kita tengok tv dan kunyap harum manis ni. Trima kasih cik momok yang share resepi simple ni. Daaaa...
7 comments:
pisang tu pemanis muffin ni:)
sedapnya apam harum manis, mesti harum dan manis tu datangnya dari pisang kan izah,kena rasa seketoi ni....
salam izah..tengok tajok..akak ingatkan mangga harumanais..rupanya apam..mesti sedap macam makan harumanis juga kan..
cikmanggis..
oo tu la pasal harum manis kan.saya pun tak tau pakai buat je. tapi wangi la bau gula merah tu jugak
mas..
betui la tu..pulak2 pisang emas..wangi la..
kak erna..
hehhe..tu la ramai kata ingat mangga..saya pun tepikat nak buat sebab namanya harum manis
waaaahh... sungguh menggoda goda harum manis itu....
Izah, sedapnya harum manis nie.Mintak izin cedok ye..(cedok resepi) hehe
piza..
apa lagi piza..ambik bau meh.hehe
mysdear..
ye cedok jangan tak cedok...bila ada mood mengapam nanti baru buat ek..hehhe
Post a Comment