CSS

Saturday, May 29, 2010

Daging Asam Pedas Dayang Jack

Keadaan hari Kiamat:

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang gunung-gunung, maka katakanlah: "Tuhanku akan menghancurkannya (di hari kiamat) sehancur-hancurnya, maka Dia akan menjadikan (bekas) gunung-gunung itu datar sama sekali, tidak ada sedikitpun kamu lihat padanya tempat yang rendah dan yang tinggi-tinggi." (20:105-107)

Assalamualaikum.. selamat berhujung minggu dan bercuti. Mungkin ramai yang bercadang jalan2 cuti2 hujung minggu ni dan diharap dimudahkan perjalanan semuanya.

Asam pedas daging ni saya ikut resepi Kak Dayang Jack. Dah dua kali cuba buat dan sedap dijamu. Cerita asam pedas ni teringat seorang kawan asal dari Melaka yang kami panggilnya Tiepot. Dodulu masa kat uni, Kalau balik dari becuti mesti dia bawak balik asam pedas merah menyala gitu. Makan tak hinggat punyer la sedap. Nanti nk try asam pedas melaka la pulak. Asam pedas kak Dayang ni rasa seakan2 asam pedas linda onn, bagi sesiapa sukakan asam pedas kat situ boleh lah cube. Terima kasih kak untuk resepi cetusan selera untuk dihadap. hihi..Layan resepi..



Daging Asam Pedas Dayang Jack
Source: Dayang Jack

Bahan-bahan :
1/2 kilo daging (dihiris)
5 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
3-4 sb cili kering kisar (sukatan bgantung pd kepedasan cili) - boleh tambah jika suka
1 batang serai (dikisar)
sedikit belacan bakar (dikisar)
1/2 inci kunyit hidup (dikisar)
1 sdt jintan manis dan jintan putih (disangai dan ditumbuk)
daun kesum
bunga kantan (dihiris)
air secukupnya
air asam jawa secukupnya
minyak utk menumis
garam dan sedikit gula



Cara-cara: Tumis bahan2 kisar dan jintan hingga wangi. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga separuh empuk. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Setelah daging empuk, masukkan garam, gula dan air asam jawa.





6 comments:

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

salam izah.dtg ni nak amik kuih lapis tu-sedapnyer leh mkn selapis,selapis lak tu...asam pedas tu pun nampak sodap!bungkus semua skali k :D

MAS ( DUNIAKU ) said...[Reply to comment]

lama dah mas tak buat asam pedas daging, sedapkan...rasa sikit...nak hirup kuah je...he..he..

izahdaut said...[Reply to comment]

deliah deli..
haa rupanya makan kuih lapis ni sedap makan selapis demi selapis tau..cube la..opss nak tapau sekali asam podeh ye..nak brapa hinggit cik?hahha

mas..
mas..tu la skali skala pekena asam podeh ni sedap jugak...rasa bunga kantan lawan daun kesom tu sedap tu..

ummu said...[Reply to comment]

salam Izah
alahai windunya dengan asam pedas.
betul,kuih lapis tu sedap dimakan selapis selapis.

izahdaut said...[Reply to comment]

ummu..
tu la mmg sedap..pulak2 muke dah bepeluh kena steam tu tengok anak2 mkn dengan seronoknye..bebaloi betul

Bolanosoxig said...[Reply to comment]

deliah deli.. haa rupanya makan kuih lapis ni sedap makan selapis demi selapis tau..cube la..opss nak tapau sekali asam podeh ye..nak brapa hinggit cik?hahha mas.. mas..tu la skali skala pekena asam podeh ni sedap jugak...rasa bunga kantan lawan daun kesom tu sedap tu..