CSS

Wednesday, August 4, 2010

Sosej Goreng Kunyit


Assalamualaikum..

Lauk lunch untuk kanak-kanak riang. Berbaloi mencubanya. Kanak -kanak suka dan ibu gembire. hehee

Mekasih untuk kak Hana yang menayang resepi ini. Katanya resepi ni kak Hana dapat ilham dari Ros, Kak Ayu Sg ngan Izan. Mekasih buat semua.

Sumber resepi: Kak Hana



Sosej Goreng Kunyit

Bahan-bahan
  • 4-5 btg sosej ayam@daging - hiris
  • 1/4 bawang bombay@holand - hiris
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 3 atau lebih biji cili padi hijau - ketuk
  • 5+ ketul potong bunga kobis - ms nih xde
  • 1 btg kacang panjang - potong - ganti asparagus
  • serbuk kunyit
  • garam

Cara-cara
  • Gaul sosej dengan garam dan juga serbuk kunyit.
  • Panaskan minyak. Goreng sosej. Jika hirisan daging, goreng hingga garing.
  • Masukkan bwg besar, bwg putih, cili padi, kacang pjg dan bunga kobis.
  • Jika kurang masin tmbh garam lg.Goreng lagi hingga masak semuanya.
  • Angkat dan sedia dihidang.

7 comments:

mizz sue said...[Reply to comment]

mau cube lah..sedap je nmpak

ina said...[Reply to comment]

izah, akak dh lama x makan sosej.. sosej kt sini lain la zah, mcm minced meat... x kental..
hehehe...bak mai sepinggan....

MAS ( DUNIAKU ) said...[Reply to comment]

wah izah, masak sosej ari ni...anak2 mas pun suka masak macam tu...tapi bab sayur tu mas juga kena makan...ha..ha..anak2 kutip sosej jer..

*∽ IZAN ∽* said...[Reply to comment]

ahaha...! setuju ngna motto tu!! Kanak-kanak suka, ibu gembiraa!! ha ha

Eliza said...[Reply to comment]

salam izah. Anak2 akak kalu masak camnih yg cepat selesainya hotdog. sayur2 sumer tolak ke tepi.

zarina said...[Reply to comment]

masakan yang mudah dan ringkas..kena cuba ni

izahdaut said...[Reply to comment]

mizz sue..
yup..mesti try..mudah n sedap..1st time ke sini ye? terima kasih sudi jenguk saya...

ina..
ooo cenggitu pulak ye..boleh buat begedil daging la pulak guna sosej kan kak..hehe...nah la amik sepinggan panas2 nih..special

mas..
tu la mas..sayur depa buat tak nampak je..tapi kalau suap tu nak jugak makan..kalau depa pilih sendrik..hmm jangan harap nak makan sayur

izan..
betul betul setuju..hehee..susah nak meramal selera anak2 nih..kengkadang suka sangat..kengkadang tak de layan pun menu kita buat..

kak eliza..
tu la..susah betul nak makan sayur...kalau jumpa bdak suka makan sayur rasa kagum betul

zarina.
ye betul..ringkas je kan..boleh cuba ye..