Wednesday, August 4, 2010

Jus Halia Limau Kasturi


Assalamualaikum..

Tengah panas panas cam ni elok juga layan air sejuk ni. Nyamaaaan masuk tekak.

Sekarang panas mcm time bulan puasa dah. Terasa dah kehangatan bulan keberkatan. Terasa kesyahduannya.

Resepi kak Wana Yusuf.

2 inci halia ( dibuang kulit kemudian di hiris2 )
1 sudu besar jus limau kasturi
1 gelas air panas
1 gelas air sejuk
3 sudu makan gula ( ikut kemanisan  yang di ingini )
ais secukupnya.

Cara penyediaan
1. Satukan halia, jus limau kasturi dan gula dalam jug kecil.
2. Tuangkan air panas kedalamnya. Kacau hingga gula larut.
3. Masukan 1 gelas lagi air sejuk. Kacau dan sejukkan seketika.
4. Untuk menghidang, Masukkan hirisan halia tadi dalam gelas bersama ais kemudian tuangkan jus halia tadi.
5. Bolehlah di minum.


6 comments:

Ayu said...[Reply to comment]

rasa macam nak teguk aje air dalam glass tu..uish kecur ni..

izahdaut said...[Reply to comment]

kak ayu..panas cenggini rasa tak puas minum segelas dua..sejug baru puas..fuh..napsu tak tahan tul ek..hehee

MAS ( DUNIAKU ) said...[Reply to comment]

kalau mas ni tak cukup segelas..he..he...air tu biar masam2..sedapnya...

izahdaut said...[Reply to comment]

betul maas, masam ngan halia tu mmg ngam

wana yusuf said...[Reply to comment]

ade lagi tak... nak segelas!! dahaga ni....

Shenekaptjk said...[Reply to comment]

ade lagi tak... nak segelas!! dahaga ni....