CSS

Saturday, August 14, 2010

Pulut Seri Warna


Assalamualaikum..

Juadah pemanis untuk berbuka puasa semalam. Erkk..ye ada kecacatan dengan pulutnya sebab kesilapan teknik. Heehhee..

Sepatutnya lepas pulut ditekan mampat ke dalam loyang, kena kukus balikkan bagi kembang. Tapi kerana tersilap tanpa berpikir panjang, itulah yang anda semua saksikan. Pulut berwarna. :-D

Anak-anak suka makan kuih mcm ni. Saya dan hubby pun suka, sedap dan lemak. Resepi datang dari Putri Lapis kak Yati USA yang bersiap untuk berangkat pulang ke Malaysia. Semoga urusan kak Yati sekeluarga dipermudahkan. Mekasih kak. Versi saya ni pulur warna warna, bukan pulut seri warna.

sumber: Kak Yatie



PULUT SERI WARNA
(saya buat separuh adunan dari resepi)

Lapisan Bawah:
  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas selapis demi selapis.
Lapisan Atas
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian
  3. Masukkan pewarna hijau, merah, kuning dan purple dlm setiap bahagian.
  4. Masukkan 1 senduk adunan hijau keatas lapisan pulut tadi dan kukus selama 7 minit.
  5. Lapiskan pula 1 senduk adunan merah dan kukus lagi selama 7 minit.
  6. Lapiskan lagi adunan purple dan kukus selama 7 minit.
  7. Lapiskan lagi adunan kuning dan kukus lagi selama 7 minit.
  8. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus lagi selama 20 minit ).
  9. Kuih hendaklah betul2 sejuk, barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik.
  10. Sejukkan dan bolehlah dipotong.





9 comments:

mas said...[Reply to comment]

cantik la kuih tu izah, bebudak memang suka warna warni macam ni...lagi2 sedap...memang laku...ha..ha..bila mas nak buat...list berderet2 ni...ikut giliran la...buat burger msia semalam pun tak sempat nk ambik gmbr, goreng last minit, kelam kabut..ha..ha..tapi memang sedap, lain kali nk buat lagi...mas tunjuk gmbr tau...maceh yer..adik ipar ckp kt kedah ada jual burger msia mcm tu..knpe mas tak jumpa kt sini yer...

izahdaut said...[Reply to comment]

mas... hehhe..betul la, sama la berderet list nak buat..mana yang sempat dan ada bahan memang kite buat la kan..wah dah buat ye burger mesia.se4dapkan..lembut gitu.tu la, kena buat awal skit mas.ye la sebb nk tunggu kembangkan.tak jumpe ye kt sini, ha ah mmg jarang jumpe.saya pun ingt burger ni masa kantin sekolh dedulu je.mas, klu suke kena doublekan adunn dpt banyk sikit...nnti tunjuk gambr plak ek

Ayu said...[Reply to comment]

salam izah, cantik kuih izah tu..warna warni..tengah pikir nak buat kuih apa pulak ni untuk buka..hehe

LENDANUAR said...[Reply to comment]

hmm gojezz lah izah warna warni nyer pulut tu..nak makan pun ghairah tgk warnanya.hahahhahaa

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

salam izah...share main kaler2 ngan hana eyh izah :) cantik2 nak mkn pun syng :p~

HaSue said...[Reply to comment]

amboii..lawa jer kkuih pulut dier..nak sepotong buat berbuka bleh?hehee

hana said...[Reply to comment]

owhhhh inikah dier pulut yg dikatakan kelam...ok jerk aku tgk! janji sodap! cume maybe next time kene berhati2 dijalan raya... pastikan memakai tali pinggang kaledar agar selamat... erkkk... muekekekeke

kak Erna said...[Reply to comment]

izah..cantik kuih ni..nak kata seri muka..berwarna warni pulak kan..mesti sedap ni..rasanya macam kuih lapis ke izah..

izahdaut said...[Reply to comment]

kak ayu..
memang pening nak pikir kena buat kuih apa..kuih yang sefamily suka kan..

lendanuar..
hihi..agaknya bebudak ni suka makan sebab warna warni tu la kan kak..tapi memang sedap sebab lembut lembik je isi atas nye tu

deliah deli..
tu la, tengok kak hana pun main kaler maler gak rupanya..hehehe

hasue..
ngehehee..maceehh..tapi kuih mcm nih tak leh buat banyak2 kan..sebab tak lama boleh tahan..ye la guna santan...

kak hana..
tu la, cemana plak silap teknik..haisshh..kalau gangguan bebudak nih mmg kerja jadi tak betul..kalau ummi ke dapur je, deme pun mula lah nak ngacau

kak erna..
betul tu, rasa mcm kuih lapis atas pulut..bila combain dua tu memang sedap lah..nanti kak erna cuba lah ye