CSS

Monday, August 2, 2010

Pecal Jawa Kak Hana


Assalamualaikum.. Selamat bertemu lagi di minggu baru.

OOoo... Saya masih agak kelam kelibut lagi ni, macam biasa sebab baby baru datang yang makin membulat tuh.

Pecal ni hasil dari panahan mata sampai ke nafsu makan melihat pecal jawa umah kak Hana hari tu. Rasanya ada juge kawan2 yang dah cube kan.

Biasanya pecal ni saya beli yang dah siap, tinggal lagi nak bancuh dengan air panas je. Kali ni saje nak try buat. Rupenya mudah aje. Podeh sungguh nih. Boleh juge tengok kt umah kak Hana untuk hasil yg lebih menawan.




PECAL JAWA
sumber: Kak Hana

Bahan-bahan


Untuk Sambal Pecal@Pecel


  • 1 cawan kacang tanah goreng@panggang - tumbuk
  • 5 tangkai cili kering atau lebih - hana campur cili padi sket
  • 4 biji bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 6 biji cekur atau lebih
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 3-4 sudu makan gula merah dan gula putih
  • Garam
  • Daun limau purut - hiris utk tambahkan aroma
  • Air panas secukupnya

Ulam2an@Sayur2an

  • Kangkung @ pucuk ubi - celur
  • Kacang panjang - potong dan celur - xde
  • Sengkuang - potong - xde
  • Tauhu goreng - hiris nipis
  • Taugeh @ taugeh pokok - celur sekejap
  • Timun - hiris2


Cara-cara

  • Panaskan minyak. Goreng lada kering, bawang merah, bawang putih dan belacan. Angkat dan toskan. Kemudian tumbuk. Campurkan skali biji cekur@kencur.
  • Bila hampir lumat masukkan gula dan juga garam. Tumbuk lagi. Masukkan air asam jawa. Kacau. Kemudian masukkan kacang tanah tumbuk dan air panas secukupnya. Seimbangkan rasa pedas, masin, lemak2 kacang dan manis sket.
  • Untuk tambahkan aroma kuah pecal nih, leh buh hirisan daun limau purut. Jika suka campurkan skali hirisan daun cekur@kencur pong sedap!
  • Curahkan sambal pecal ke atas sayur2an tadi.



4 comments:

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Zah syedapnyer pechal... lama x makan ni... tapau zah.. ngan asam pedah minang skali tau.. he he he

izahdaut said...[Reply to comment]

hehee..ala..erma pun ada buat pecal gak kan baru2 nih kan? ingat ingat lupa lak..nak tapau boleh punyeee..

Watierman, rmanbkr said...[Reply to comment]

Minggir...minggir Mak datang ni....nak pecal sepinggan!

izahdaut said...[Reply to comment]

ngehehee..minggir tuh..eh kak watie jowo ke? hehehee