Friday, August 20, 2010

Daging Kunyit Berkentang


Assalamualaikum..

Daging kunyit ni lain sikit kan, sebab cara nya perap dulu daging tu dengan bahan tumbuk. Rasanya pun sedap. Tapi nak mintak maaf la dulu kat Cik Mat sebab resepi dia saya dah ubah sikit letak bendi. Sedap la..

Kalau Cik Mat buat untuk bersahur, saya buat lauk ni untuk berbuka. Makan dengan nasi panas2 memang layan betul.

Terima kasih buat cik mat dan boleh ke rumah CMG.



DAGING KUNYIT BERKENTANG

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(
*ditumbuk lumat)
1 biji kentang, kupas, potong dadu kasar2 dan rendam
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 biji lada merah, hiris
1 biji lada hijau, hiris
1/2 cawan air
2 camca besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
saya tambah bendi-digoreng layu dan untuk hilangkan lendir

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging digaul dengan bahan tumbuk lumat hingga rata, perap selama 1 jam (seeloknya siapkan sebelum anda masuk tidur). Kentang tadi digoreng (toskan dahulu) hingga keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan kuali, masukkan daging tadi, kacau dan tuang air. Bila mendidih, kecilkan api dan masak hingga daging lembut. Masukkan minyak masak, gaul rata dan biar daging sedikit garing.
  3. Tambah kentang, hirisan bawang, hirisan cili hijau/merah dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Kacau rata dan masak hingga bahan2 tadi layu sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat.



6 comments:

mas said...[Reply to comment]

izah ni macam tau2 jer mas tengah memikir nk masak daging masak pe...daging tu ada sikit jer, lepas kot buat daging kunyit ni, letak kentang kan...ha..ha..kita tengok nanti apa kesudahan daging tu...

hana said...[Reply to comment]

ishhh lauk nih tercicir plak lam list! byk btol menu potong q.. tp kompom buat!! mintak sepiring dulu!!

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

salam izah...nak bronok 3,cok bantal 3..sayur n roti goreng bungkus semua yerk..teruk org puasa ni sumenyer nak! :D

ain said...[Reply to comment]

hidangan yg memang sdp pekena ngan ns pns2.

emunnn said...[Reply to comment]

xpenah try letak bendi..kene try ni..thanks bg idea menarik ni..

izahdaut said...[Reply to comment]

mas..
dah cube ye..laju ni..cam enjin turbo kak hana plak..hehee

kak hana.
ngahaha..banyak sangat susun list ye..tak mo kasik aa..tak cukup nihh..nak ratah

deliah deli..
biasa lah tu.nak kena pok montot die nih..semua nak nih..heee

kak ain..
betul tu..mkaa sahur pun sedap dengan nasi panas2

emunn..
try je la mmg sedap..kalau kacang panang pun sedap jugak ni..rasa yg masih sama