Monday, August 23, 2010

Ayam Masak Palembang


Assalamualaikum..

Menu berbuka ayam lagi. Kali ni jalan2 umah kak Yatie yang baru balik Mesia tu. Kak Yati ni memang suke menu ayam, so jalan2 terbekenan pulak ayam masak Palembang ni.

Actually boleh buat berkuah cair skit. Saya buat ni agak pekat. Tapi rasanya memang sedap sebab terasa semua rempah tu kan dan dilawan dengan wangi daun limau purut tu.

Mekasih kak Yati dan Kak Ayu Sg. Boleh juga ke blog diva masak2 tu  ye.



AYAM MASAK PALEMBANG

Bahan-Bahan
1 ekor ayam(dipotong kecil kemudian digoreng)
1 biji bawang besar dipotong bulat
200g bawang kecil dibuat bawang goreng-utk tabur
4 helai daun limau purut (saya tambah)
1 biji kelapa- diambil 2 cawan santan
2 keping asam gelugur
11/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula

Bahan2 kisar
15 biji bawang merah kecil-(saya guna 1 biji bawang besar)
3 biji bawang putih
sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan halus
20 biji cili kering
1 cm lengkuas
1 inci halia-saya tambah
2 batang serai

Bahan2 tumis:
5 kuntum bunga cengkeh
3 biji buah pelaga
2cm kulit kayu manis
4 sudu makan minyak untuk menumis

Cara Penyediaan.
  1. Ayam dibersihkan, dipotong kecil, dibubuh garam dan kunyit.
  2. Kemudian digoreng dan diketepikan.
  3. Panaskan 4 sudu besar minyak, kemudian tumis bunga cengkeh, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing.
  4. Masukkan santan, garam, gula dan asam gelugur.
  5. Biarkan santannya mendidih dan pekat sedikit, baru masukkan ayam dan bawang besar potong bulat, gaul rata dan biarkan mendidih lagi.
  6. Bila menghidangkan taburkan bawang goreng diatasnya.



13 comments:

Ida Ddapur said...[Reply to comment]

slm izzah...selamat berpuasa..nmpk sedap ayam tu zah..

izahdaut said...[Reply to comment]

ida dapur..
selamat berpuasa juge..ye mmg sedap..sihat ke? lama tak nampak

♥LOVE2COOK♥ said...[Reply to comment]

Hi Izah dearie...hru doing? How's ur puasa getting on??? Selamat Berpuasa ya! :D

Sedapnye ayam tuh! Love terliur je tengok! :D

izahdaut said...[Reply to comment]

love!!!
kite sihaattt..puasa pun okk..thank love.. tapi ayam kat blog love lagiii sedap kan...

ain said...[Reply to comment]

bertambah sedap bila dimakan ngan ns impit!!kan..?

Kerull said...[Reply to comment]

Salam izah..wah g palembang plak masak ayam ni..hu hu..ada lagik tak hantorlah sepeha..hik hik hik

izahdaut said...[Reply to comment]

kak ain..
betul gak tu..good idea!!

kerull..
tu lah sampai ke palembang kan..eh nak peha je..boleh2..peha je kan..jangan karang bagi peha nak lebih2 plak kan..hehehe

NiezaMan said...[Reply to comment]

hmm..sedap nmpak ayam tu..
kn try ni..xleh jd

mas said...[Reply to comment]

wah izah, sedapnya tengok ayam tu,makan ngan nasi minyak mesti sedap kan...

eliyaezlinalias said...[Reply to comment]

menarik gak resepi ni..pinjam ek...mekasih...

hana said...[Reply to comment]

esok nak g palembang lah!! ayam aku dah di asam pedaskan!

Ayu said...[Reply to comment]

salam izah,
wah ayam yang dah kena pelempang dah sampai ampang ya..hehe..
ingat masih lagi kat palembang..

izahdaut said...[Reply to comment]

niezaman..
try jangan tak try..sedap nih..promote baik punya

mas..
betul gak tu..sebab rasa rempah kan

eliya..
aipp pinjam kene pulang balik nih..pulang ngan mangkuk berisi ek..hehee

kak hana..
gatai la tu nak gi palembang pulak tu..singgah temasik dulu ye..tetibe

kak ayu..
jangan ganas ngat kak ayu..pelempang ke palembang nih? hahaha