Wednesday, August 25, 2010

Sambal Tumis Udang Nyonya



Assalamualaikum..

Ampoon tuan resepi, sebenarnya tumis dengan UDANG. Tapi kerna dek teringin benor bile tengok kat umah kak Ummi, jadi saya buat la dengan telur. Nak tumis dengan ayam, baru je makan ayam. Nak buat ngan udang, memang tak boleh makan udang.

Harum n lemak sambal ni. Dah dapat membayangkan kalau tumis dengan udang lagi la manis. Kengkawan kalau nak buat, tumis dengan udang ok!! Mekasih buat:





SAMBAL TUMIS UDANG NYONYA


Bahan-Bahannya :-)
  • 500 g udang sederhana besar, kupas, cuci dan toskan
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 cawan cili kisar

Bahan Tumbuk Halus :-)
  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 2 batang serai, dihiris halus
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan, dibakar

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, garam dan gula (lebih sedikit), kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Bila sambal menjadi pekat sedikit, masukkan udang tadi, gaul rata dan masak hingga udang masak dan sambal pekat sedikit. Sesuaikan rasa dan jika kurang masin, tambah garam. Angkat dan hidangkan.



3 comments:

Kerull said...[Reply to comment]

Salam Izah...kengkadang asyik makan ayam je pun muak..kiranya makan telur dia pun kira ok gak..macam makan seekor ayam tuh..hi hi

mas said...[Reply to comment]

sedap pe letak telur...terliur dah ni....

izahdaut said...[Reply to comment]

hahhaa..betul betul...sebijik telur seor ayam..pokk pala kak kerull 4 kali

mas..
terliur ek..pose? pose? meh join geng bawah jembatan meh