CSS

Thursday, August 12, 2010

Kuih Limas


Assalamualaikum..

Ini pula juadah kuih untuk berbuka semalam. Kuih Limas ni memang dah lama nak cuba buat sebab senang sangat. Memang senang dan tak remeh pun. Saya buat start pukul 6 petang, dalam kul 6.40 tu dah siap. Sebab nak makan panas suamkan.

Semalam ada jugak tanya si Mas sebab saya guna resepi dari Mas. Tapi mungkin Mas tak berblog semalam, jadi saya buat ikut resepi dan cara Mas tulis kat resepinya. Tapi sebab agak muskil, ada jugak saya ubah-ubah sikit.

Mas, kuih limas ni memang sedap n kena la kat tekak saya dan anak anak pun suka. Terima kasih ye sebab share resepi tapi saya ada ubah sikit2. Sebab kat resepi Mas tu, untuk kepala putih tu, Mas tak bagitahu kena taruk garam. Kepada sesiapa yang suka kuih mcm ni, memang direkemen kan untuk mencubanya!!



sumber: Mas

KUIH LIMAS
(saya buat separuh adunan dari resepi ini-boleh dapat 7 bekas)


Bahan A - untuk lapisan bawah :
- gula pasir secukupnya 




Bahan B - untuk lapisan bawah ( hijau ) :
  • 2 1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula pasir (separuh adunan:still letak 2 sudu gula)
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit warna hijau jika perlu
Cara membuat :
 - Kisar santan cair dan daun pandan, tapis kemudian masukkan tepung gandum, gula dan sedikit warna hijau jika perlu. Kisar sebati ,ketepikan ( jika tak kisar, adunan perlu ditapis supaya adunan tak berketul )


Bahan C - lapisan atas ( kepala ) :
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • gula ikut  manis (separuh adunan:gula 1 1/2 sudu besar)
  • separuh adunan: saya tambah 1 sudu kecil garam

Cara membuatnya :
 - Kisar semua sebati bahan dan ketepikan. ( jika tak kisar, adunan perlu ditapis supaya tak berketul. )





Cara membuatnya :
 - Panaskan pengukus, letakkan 1 sudu kecil gula dalam bekas ( boleh juga guna daun pisang dan buat seperti acuan kuih pelita ) kemudian tuang adunan hijau (Bahan B ), kukus selama 10 minit. Kemudian tuang adunan kepala ( Bahan C ) dan kukus lagi selama 10 minit. Boleh dimakan ketika panas atau pun sejuk...mas suka makan masa panas.....


nota: lepas ni kalau saya buat, saya tambah kan sikit lagi santan untuk dapat kuih yang lembik2 sikit.


14 comments:

hana said...[Reply to comment]

kuih limas nih bukan kuih pelita ker? ker lain?? nak wat kuih apa nih tgh fenin2! kang aku mkn, si dia tak makan plak! huH! leceh beno...

Ctnaemah said...[Reply to comment]

khenn Hana.. klu buat 7 ketul mcm izah ni pun belum tentu abis..nape la kita berjiran kat alam cyber aje ekk..klu dekat2 kan best!..Izah & hana ghajin masak ..agak2 tak abis boleh pass kat umahku..heheheheh

ain said...[Reply to comment]

slm izah...akak pun confused mcm hana gak ni, kuih limas ni ala2 tepung pelita jugak ke..??

izahdaut said...[Reply to comment]

kak hana..
hubby kak hana susah jugak ye nak suka kuih kuih ni.hubby saya suka sangat kuihmuih tradisional ni.tapi jangn yg kena makan ngan nyior.. dia tak suka. ah join kak hana gak la pening nak pikir menu

kak ct..
hehee..tu la kan.kalau berjiran best nih.suka je buat makan2..tapi kena pandai nak ubah buat sikit.7 bekas tu kira ok la kak, habis dah pun pagi ni budak2 buat brekfes

kak ain..
ha ah..lupa nak jawab kak hana tanya tadi..rasanya mcm tepung pelita jugak..tapi saje ikut resepi mas sebba tak de kapur.tapi memang sedap..manis2 yang sedap..ni kira akan buat lagi nih

adad said...[Reply to comment]

lebih kurang kuih pelita erkkk!! kembar ker?? :P

HALAMANKU said...[Reply to comment]

wah rajinyer zah... zah cam kuih pelita ke? cuma tengok resepi pakai tepung gandum.. kalau pelita tepung beras.. ye tak? ntah.. nak sikitlah zah..

indahhouse said...[Reply to comment]

salam ramadhan, kak izah,
apa khabar? sempena ramadhan ni, saya mohon maaf atas segala salah silap saya.
Oh, kuih limas ni nampak kental kan kak? saya suka kuih2 lembik.

Kak Rose said...[Reply to comment]

ingatkan tepung pelita.... jakun sungguh x tau kuih apa... tp laen ek? kalau sedap leh cuba nih...

Mas said...[Reply to comment]

salam izah, dah buat yer, sedap kan, nmpk mcm keras sikit kuih izah tu, betul ke, sebab limas ni memang lembik2 macam tepung pelita,kepala limas tu mas memang guna santan pekat...sorry izah sebab semalam mas buka laptop dah petang, ingat izah nk buat hri ni..

Mas said...[Reply to comment]

izah, sorry yer...mas baru check resepi kuih limas tu, izah tengok kat blog masduniaku kan( blog baru ), betul la mas terlupa tulis letak garam...mas dah tukar dengan resepi dari blog lama,memang ada tulis letak garam...sorry banyak2 yer izah buat izah pening...mas buat betulkan balik resepi tu...maceh yer try buat kuih tu...

Acik Erna said...[Reply to comment]

izah..yang akak tau..kawan yang asal perak kata..dia panggil kuih limas..tapi..orang lain..panggil tepong pelita..katanya..kalau tengok cara..mungkin betul la kata kawan akak tu..

Ina said...[Reply to comment]

x prnh dengar kuih limas...1st time tp btl2 nmpk mcm tepong pelita...

TopsyTurvyMum said...[Reply to comment]

sedara tepung pelita kahh??

yg kukus2 ni mmg masuk list menu berbuka lahh hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

jiya..
ye kembar siam jiya..

erma..
ye la erma..ramai yg kata tepung pelita.tapi tepung pelita panggil limas kot..bleh try mudah giler..ada gak kalau tako guna tepung jagung kan..erkk entah

nurindah..
nur..selamat berpuasa juga buat nur sekeluarga..lama tak nampak dia..sihat? betulnur,akak pun suka kuih yang lembik2 skit..ala nanti bleh adjust bagi lembik sikit kan..

kak rose..
ada yg kata tepung pelita, tapi panggilan je lain.mungkin guna tepung gandum je kot.best tau kak rose.cume lenkali nak buat lembik skit.

mas..
ehhee..tu la pasal, saya berulang alik tengok mas dah jawab ke belum..tak pe a..percubaan pertama.nanti saya lebihkan sikit santannya..memang sedap.anak2 suka kuih mcm ni.seronok suapkan diorang makan. mekasih mas, sebab kalau nak buat tepung pelita tu lai jugak caranya. penggunaan tepung pun ada jugak beza.yang ni simple tapi rasa nak lebihkurang juga

kak erna..
betul betul..org perak panggil limas..mcm tepung pelita jugak kan

moklong..
mungkin limas ni versi kuih tepug pelita yang senang nak dibuat kot

TTM..
mungkin kembar siam aa...ngehehe