CSS

Tuesday, August 10, 2010

Banana Marble Cake




Assalamualaikum..

Kek ni dah 3 hari lepas buat. Bila tengok kat blog AlongRoz kek marble ni yang dirating 5, saya pun teringin betul nak cube. Sebab bahan pun mudah dan simple je cara nak buatnya.

Memang sedap. Makan panas-panas pun sedap. Makan 2,3 hari lepas tu pun sedap dan semakin moist. Setiap kali hubby makan kek ni untuk supper, dia selalu kata kek ni sedap la.

Tapi maaflah kek saya ni agak sememeh sikit, tapi rasanya...hamboi hamboi..memang sedap tau. Sangat direkemenkan bagi yang ada pisang masak ranum. 

Along mintak izin nak letak resepinya di sini pula. Sumber dari Mak Lang.






MARBLE BANANA CAKE

Bahan-bahannya
250g self raising flour } 
(Tak de selfraising flour-tepung gandum 250g + 1 sudu besar baking powder dan ayak 3 kali)
1/4st soda bicarbonate }ayak
garam }
185g butter
160g gula halus (tak cukup tambah lagi..ikut manis lidah)
3 biji telur
3 biji pisang berangan - lenyekkan
esen vanilla
100g cooking choc. – cairkan
emulco - option
Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan pisang yang telah dilenyek, esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
4. Masukkan pula bahan-bahan yang telah diayak tadi, sedikit demi sedikit dan kacau semua sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satunya dibiarkan plain dan satu lagi dicampurkan dengan coklat masakan yang telah dicarikan. Kalau warnanya tidak berapa coklat boleh anda tambahkan coklat emulco.
6. Sendukkan kedalam loyang antara adunan plain dan juga coklat dan marblekan seperti biasa.
7. Bakar pada suhu 175 – 180’C selama 50 minit sehingga ia masak dengan sempurna.





6 comments:

hazila said...[Reply to comment]

Salam Ramadhan buat izah sekeluarga.

izahdaut said...[Reply to comment]

terima kasih kak..selamat juga buat akak sekeluarga

mas said...[Reply to comment]

salam ramadhan untuk izah sekeluarga...sedapnya kek pisang tu, nanti mas nak try buat juga la...

izahdaut said...[Reply to comment]

ye maceeh mas..untuk mas juga selamat menyambut ramadhan buat mas sekeluarga..mas, tadi blog saya pun jadi mcm mas dulu kena block.tapi mintak dia review balik..alhamdulillah ok balik..

cikmanggis said...[Reply to comment]

Salam ramadan& selamat bersahur dan berpuasa buat izzah sekeluarga:)

izahdaut said...[Reply to comment]

cikmanggis..
ye buat akak juga..slamat berpuasa dan bersahur