CSS

Wednesday, August 18, 2010

Ayam Mamak


Assalamualaikum..

Maaf.. Semalam tak sempat menjenguk blog kawan kawan dan juga tak sempat nak update blog. Tak sempat sebab badan agak tidak sihat. Risau juga melihat anak- anak yang sekejap sihat sekejap demam. Kelmarin Muaz demam dan nak melekat dengan ummi 24 jam sampai saya rasa kekeringan sungguh. Dia tak mau makan kecuali menyusu badan saje seharian. Hampir time berbuka terasa badan saya panas dan menggeletar. Alhamdulillah lepas berbuka tenaga kembali pulih.

Menu ayam ni untuk berbuka semalam. Saya ikut cara Mas memamakkan nya pada ayam. Resepi asal menggunakan udang. Tapi kat rumah ni ada yang tak boleh makan udang jadi saya guna ayam. 

Memang sedap sungguh dan wangi lauk ni. Akan dibuat lagi sebab memang kena dengan tekak. Terima kasih kak Hana dan Mas.

Sumber:





AYAM MAMAK

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil2 dan bersihkan
  • 2 biji limau nipis - ambil jusnya (saya guna limau kasturi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 biji bawang putih - cincang
  • 1 cm halia muda - tumbuk
  • 1 batang serai - di ketuk
  • 1/2 cawan air/stok ikan (saya guna air stok ayam)
  • 1 susu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam (saya lebihkan 2 sudu besar)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 senduk gulai cili kisar
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 helai daun pandan
  • Garam, gula serbuk lada sulah
Cara-cara
  • Perapkan ayam dgn garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika.
  • Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak, ketepikan.
  • Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau.
  • Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili kisar, goreng seketika.
  • Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok ikan, garam, gula secukup rasa, gaul sebati.
  • Last, masukkan ayam, balik2 kan & tutup api.



13 comments:

cplud miera said...[Reply to comment]

salam..sgt menyelerakan k.izah

izahdaut said...[Reply to comment]

miera..boleh try..pada akk sekeluarga mmg sedap..wangi..

HALAMANKU said...[Reply to comment]

wah Izah.. nampak pun dah sedp mesti raserpun lg sedapkan?

indahhouse said...[Reply to comment]

Salam kak izah,
Wah! ayam bermamak kak.. saya blom try lagi versi ayam. nampak sangat mengancam. Akan di try juga. hihi.

Kesiannya baca citer kak. Moga kak, dan anak2 cepat sihat. Muaz kuat menyusu ya kak. Bulan puasa ni mmg kena minum byk air dan susu, kak. kalu tak mau kekeringan.

izahdaut said...[Reply to comment]

erma..
memang sedap..wangi dan rasa semua dlm satu..manis, pedas, masam dan wangi..ishh..memang sedaplah

nurindah..
tu la nur.. muaz memang kuat menyusu..pulak2 kalau demam semua menda tak mau makan.nak menyusu je..tak larat betul rasanya.

nur, cube la nanti, sedap la kalau kena dengan ayam tu

kak aidah said...[Reply to comment]

Salam izzah,
wah resepi ni kena masuk dalam list ni. susahkan kalau dalam rumah ada yang tak leh makan seafood, kadang pening nak masak apa.

CERITAKUASN said...[Reply to comment]

huahuahua... nmpk sungguh menyelerakan. boleh cuba nih.. pae.. kalau kuah tu goreng guna minyak goreng ayam td boleh tak?

ilahjy said...[Reply to comment]

tukau nama la izah baru cun..ayam izah..penat izah masak mamak pula dpt nama..hehheee..

izahdaut said...[Reply to comment]

kak aidah..
betul tu, kalu gi pasar tengok je la udang cantik2 segar2..geram je tengok.. masuk kak dlm list jangan tak masuk..

anaceritakuasn..
boleh je ana..lagi rasa aromanya tu kan..kome wat gitu juge


kak ilah..
hehe..betul betul..penat jek kite masak mamak dpt name kan...ngeghee

Ayu said...[Reply to comment]

salam izah,
yes good idea juga tukar ke ayam kan izah..pandai!!..thanks kasi idea..

izahdaut said...[Reply to comment]

kak ayu..
hahhaa..nampak sanagt tengah mencari idea tuk menu berbuke..ekekke..peningg!!

mas said...[Reply to comment]

salam izah, dah buat ayam mamak...sedap kan, makan dengan nasi tomato pun sedap izah...mas pun selalu buat ayam mamak ni...memang laku kat rumah mas..kadang2 makan dengan roti jeer..he..he..

izahdaut said...[Reply to comment]

tak perasan lak ada mas kat sini..ngeehehe..memang kan..kalau makan dengan nasi minyak ke nasi yg masak2 rempah meang kena denagn ayam ni kan..saya suke wangi nyer tu..mmg sedap