CSS

Thursday, August 5, 2010

Donut Pisang


Assalamualaikum..Selamat pagi semua

Pertama kali melihat donut ni di blog Puan Rima, terjatuh hati betul nak mencubanya. Lain dari yang lain kan sebab ada elemen pisang. 

Bila ada pisang ranum, saya pun cume mendonut, tapi saya buat separuh dari resepi saja. Rasanya memang seakan cekodok pisang, tapi cekodok pisang gebu. 

Lepas ni kalau tergerak hati nak buat lagi, saya akan lebihkan gula sebab kalau manis sikit lagi sedap rasanya. Terima kasih P.Rima, saya share resepinya di sini pula.



Sumber: Bisous A Toi

DONUT PISANG

Bahan-bahan:
100g tepung kek

400g tepung roti

100g gula halus

11g yis segera (sepeket)

1/2 sudu teh garam

1/2 sudu teh bread improver

100 ml air

3 biji telur kuning

100g butter

300g pisang lecek ( kurangkan sikit kepada 200g-terpulang kepada keranuman pisang)

Caranya:

1. Ayakkan kedua2 tepung, masukkan yis dan gula. Ratakan adunan.
2. Masukkan garam, kuning telur dan separuh dari air. Kacau rata.
3. Masukkan pula pisang dilecek dan gaul lagi. Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yang licin dan lembut. Jika doh agak keras boleh ditambah lagi air.
4. Biarkan doh selama 20 minit atau sehingga 2 kali ganda.
5. Bahagikan doh 30g setiap biji dan bentukkan menjadi donut. Biarkan selama 10minit dan goreng hingga kuning keemasan. Taburkan gula atas donut.

Note: Jangan masukkan kesemua air kerana adunan akan menjadi lembik. Untuk langkah berjaga2, masukkan air sedikit demi sedikit.. Selamat mencube!!






10 comments:

MAS ( DUNIAKU ) said...[Reply to comment]

wah izah...nampak sedap la...montok2 donat izah tu...boleh try nanti...kalau sejuk lembut lagi tak donat tu...

Ctnaemah said...[Reply to comment]

donut pisang sedapnya!...akak baru berangan bak buat donut labu..hahahah

HALAMANKU said...[Reply to comment]

wah sampai pisangpun didonutkan? kreatiftu... syedapker zah? nampak gebu... nak juga zah..

wana yusuf said...[Reply to comment]

wah sedap nampak donut pisang ni... nampak gebu dan lembut je... leh try ni!!

ain (sweet thots) said...[Reply to comment]

gebus sungguh... izahku syg... leh pass kt akak 2 ketul x?

eliyaezlinalias said...[Reply to comment]

cantek molek berbedak donut neh...

cikmanggis said...[Reply to comment]

Resepi bsru ni ..selalunya donat kentang atau keledek..nak cuba jugaklah..makasih izah:)

Jiya said...[Reply to comment]

mak oii.. gebus2 donut akak ni. ni suntik botox ke? akekekeke

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

mesti sedap donat molat2 izah ni..klu mkn seketui kenyang :p~

Leslie Jorgensen said...[Reply to comment]

cantek molek berbedak donut neh...