CSS

Friday, June 10, 2011

Ayam Kashmir


Assalamualaikum..

Ayam kashmir yang sangat sedap. Teringat2 makcik Mas cakap lauk ni dah jadi kegemaran famlynya.
Memang sedap wangi dan pada saya ayam kashmir ni elok dimakan ngan nasi minyak atau nasi tomato. Baru berlawan rasa rempahnya tu. Mekasih kak Dayang untuk resepinya. Saya amik kat rumah kak Nor.

AYAM KASHMIR
resepi: DayangJack
Copy from: Kak Nor

bahan-bahan :
1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)

bahan A :
6 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
3 bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan
sedikit daun kari

bahan B :
3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato (dipotong kecil)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya
2 biji ubi kentang (dipotong)

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
Hidangkan setelah masak.

23 comments:

ijayuji said...[Reply to comment]

Kak izahhhhhhh!!!! cewahhhhh mcm dah terbiasa nii panggil kakak wakakaka.... hari ni g kashmir ya? yg sorang pergi turkiii, ai pulak dekat siam ajerr wakakaka... tumpang yerr malas betul ank masak ari ni :D

Yatie said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah,
waduh buat akak laporlahhhh...menyelerakan sungguh ayam kashmir ni....akak masih mood bercuti..arini wat bubur nasi jek....tekak perit....mana taknya asyik minum ais je masa jln2 aritu...

quinnie said...[Reply to comment]

bestnya izah....dah lama jugak tak makan gulai ala2 briani nih....sejak rempah briani yg unnie suka tu dah tak dek stok terus tak masak dah masakan berasaskan rempah briani nih...sob sob....(pssstt izah...unnie ni makna dia akak dlm bahasa korea...hahhaha)

dZana said...[Reply to comment]

dari turki ke kasmir pulakk.. hihihi.. lapo3x.. bekal nasi kosong jer ni izah.. huuuu.. ada cheese cake hasue pulak kt bwh tu..

Sofea said...[Reply to comment]

izah..nak p kashmir x cukup duit, dapat rasa seketul ayam masak kashmir ni pun jadi lah..:)

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah

bilanya terbang ke kasmir, tup2 dah masak dah kat sana. k.ct baru nak tempah tiket gi Qatar.. hahahaha. sabar jerlah kan, ini Ika lah yang ajar ni... hihihi

k.ct pun tak masak, apa kata tapau semangkuk boleh? uluq guna tali dari balkoni izah kebawah jerlah eh.. hahaha

Juwita Jamaludin said...[Reply to comment]

Salam.. Izahh.. Sedapnya nampsk ayam ni.. Leh la buat nanti menarik warna2 nya

Wanieyra said...[Reply to comment]

salam izah..

kita singgah makan boleh ke?

K.Nor said...[Reply to comment]

ramai ya yg transit dr turki ke kashmir.. hehehehe... lps ni nak gi mana lak izah.. sementara tiket tengah murah ni :)

Ribbon Clown said...[Reply to comment]

izah,

kita terliur ;p confirm buat sebab mmg terpikir nak buat nasik minyak, tp boring kalau pairkan ng ayam masak merah.. kita nak try ng ayam kashmir ni plak lah..

izahdaut said...[Reply to comment]

@ijayuji
mek...malas malas mek siam, banyak gak menu kuar. dah gi masak nun. nak makan sorang2 je ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
letih kalau balik bercuti ni kan. nak mendobi lagi satu hal. rilex kak. makan bubur sedap per.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@quinnie
hahahaha.. ye ke.... saya ni memang tak tau la bahasa korea ni kak. yang tau nyer basta.. basta tu sedap kan. eh sekarang kat tv layan cofee prince dah 3 kali dah layan drama tu. best..hehe
rempah beriani apa yang basta sangat tu?

izahdaut said...[Reply to comment]

@dZana
tu la semua pakat2 obersea je hari ni. kikiki...nak kek ke nak ayam ni kak?pilih satu jek

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sofea
ehhehee.. nah amik tomato je. ayam dah habis... wah kedekut nih

izahdaut said...[Reply to comment]

@CT Delima
akak... saya hulur ni saya hulur ni.. dapat tak kak ayam kashmir nya? apa? tulang ayam kashmir je.. dussss.. hahahha..

nak ikut akak gi qatar lah pulak

izahdaut said...[Reply to comment]

@Juwita Jamaludin
sedap ita.. try buat. memang ngam makan ngan nasi yang berempah2 jugak

izahdaut said...[Reply to comment]

@Wanieyra
ada tomato je tinggal ira? boleh? hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
jom gi siam.. jenguk menu mek siam.kiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ribbon Clown
a ah.. tepat masanya. recomended.. sedap!!

nOOrsha said...[Reply to comment]

fuh..dan2 fefeeling rani mukherjee tgk lauk ko ni.. blum mkn lg, klo mkn kompom terase sarok han dok kt sblh..kekeke..cicah roti manis ni bes ni

DJ Dayang said...[Reply to comment]

ehem2...karisma kapoor dah sampai ni...meh ler hidang...nk pepedom n acar skali tau...heheh..

uhuk...akak xleh mkn ari ni...sakit ulser...tpaksa thn lapo...sakit wooo...huhu.

tq dear 4 trying...suke takk??...jgn serik yer...lebiuuu

Mas said...[Reply to comment]

makcik..ayam kashmir ni memang dah jadi peberet family aku....
sedapp kan makcik....
aku dah banyak kali buat tau...