Friday, June 10, 2011

Cekodok Pisang

cekodok


Assalamualaikum..


Petang hari ni sejuk sebab hujan lebat dari awal petang tadi. Sedap dapat makan cekodok panas sesambil ngirup air kopi kan. Resepi cekodok ni lama dah save dari blog kak Yani. Sebab bila tengok rupe cekodok kak Yani buat comel sangat dan rupa macam cekodok yang pernah dimakan kat sebijik hotel di ibu kota KL ni. Tebiat duk KL, gi tido kat hotel KL jugak? Hahaha.. tu la pasal. Kengkadang luar tebiat jugak, tu kalau plan nak  bercuti keluar ibu kota tak jadi, nak lepaskan perasaan gi la menidurkan diri lepak2 kat hotel. Yela itu la masanya nak merasa tidur tak yah kemas katil, makan tak yah dimasak, kalau nak supper orang hantor sampai bilik kan kan. Ok cekodok ni memang memenuhi expectation saya la. Memang sedap. Ala ala donut pun ada. Rangup kat luar lembut kat dalam. Tak sesia buat cekodok ni. Mekasih kak Besah MyR dan kak Yani.
cekodok1

CEKODOK PISANG
resepi : Kak Besah@MyR
sumber: kak Yani


Bahan-bahan ( 2 piring penuh )
2 cawan pisang lenyek
1 cawan gula pasir @ gula castor
1 penutup sodabikarbonat (1 sudu besar)
1 sudu kecik baking powder
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecik garam

Cara-cara
dlm mangkuk, campur pisang lenyek bersama gula & garam.gaul biar gula larut.
ayak soda bicarbonate & baking powder dgn penapis teh ke dalam campuran pisang.gaul rata2.pastu masukkan susu & tepung.tambah sedikit lg tepung jika adunan masih lembik.
panaskan minyak yg banyak, lalu jemput2kan adunan bulat2 kedalmnya. goreng dgn api sederhana supaya dlm nya masak.bila kulit luar nmpak garing bleh lah diangkat.

cekodok2


36 comments:

KuNanGKuNanG said...[Reply to comment]

cantiknye cokodok ni...nk makan pun syg..huhu

♥LOVE2COOK♥ said...[Reply to comment]

Tengok cekodok pisang, teringat Kak Watie Penang! She's been missing for a long time.

Sedapnya..mmg ngan time hujan nih!!! Uish...teringin!

gerhana luka said...[Reply to comment]

cantiknya cekodok pisang ni elok je menjadi bulat2 tu. memang best makan cekodok dalam cuaca sejuk cam ni sambil minum teh o fuhh layan...

cikmanggis said...[Reply to comment]

cantikk bolat bolat bentuknya:)

K.Nor said...[Reply to comment]

molat2 jer cokodok tu izah.. akak tak pandai la nak buat molat2 gitu.. haish..

HALAMANKU said...[Reply to comment]

hu hu hu lapao... sini hujan lebat... zah cantiqnyer molat2.. tomei.. cam...caabooottt.. ha ha ha ha comeIzah kejar bawa senduk ha ha ha ha corry cayang...

ijayuji said...[Reply to comment]

teringin nak buat cekodok bulat2 tp kita pulak tak reti nk makan sbb suke yg leper2 nanti dia garing wakakaka... tumpang num petang kat sini kot2 leh mkn yg org buatkan :D

Ryo Azhar Rahza said...[Reply to comment]

wowws...bulat nyer jemputan ko ye kak izah...huhuhuu

nOOrsha said...[Reply to comment]

bulat2 cekodok ko izah...gebu jer nih... tp aku kalo wat gini x laku.. musti kene ade reja2 kat tpi tu, yg rangup2 tu..haa yg tu darwish baru nak makan... isi die tinggal soh aku mkn, yg reja2 rangup tu die telan..ehehehe

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...[Reply to comment]

gambar makin cung...

tun_telani said...[Reply to comment]

waahh... omeyyyyy!!!!!!!!! tun nyer cengkodok xpenah jd bulat chomey gini.. hmmppp.. jeles!

Mas said...[Reply to comment]

makcik.....ni aku baru balik dari lowyat...penatt wehhhhh.....
dapat makan cokodok kau sedappp wehhh...
mulat2 jerk aku nengoknya...
cantikkk...
dah tahap cokodok hotel dah tu..kikiki

Kasih Ibu said...[Reply to comment]

kak izah, bolat-bolatnya cekodok...sedapnya mkn masih pns2...yumm..yummm

Juwita Jamaludin said...[Reply to comment]

Izahh.. Comei nya cekodok awak.. Bulat2 nak mkn sayang

Ida,Japan said...[Reply to comment]

izah..makin cantik ler gambar..bulat2 nyer kodok ni..comel!!

Wattie said...[Reply to comment]

Salam Izah,
Selamat bertemu kembali....Cekodok ni kalau orang tak pro tak jadi begini kejadiannya, heheheh.. Kalau akak kena ada sambal tumis pekena dgn cucuq ni...fuhhhhh pengsannnnn...

izahdaut said...[Reply to comment]

@KuNanGKuNanG
cekodoknya akan otomatik jadi membulat cantik bila masuk dlm koli. cubelahh

izahdaut said...[Reply to comment]

@♥LOVE2COOK♥
a ah.. dah lama tak nampak kak wattie... miiss her too. slalu teringat kak wattie buat bekalan untuk hubby dia kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@gerhana luka
betul tu... duduk lak kat balkoni, feeling2 kat tepi sungai, disebuah kampung.. hamboii hamboii..hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@cikmanggis
tu la, bile dijemput dlm koli, cantik membulat je.. saya suke cekodok yg gini. gebuu gitu

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
akak..saya jemputkan aje.. dia membulat cantik dlm koli.mungkin bancuhan dia gitu kot. mcm donut sikit gebunya tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@HALAMANKU
budak ni memang nak kena kejor slalu tau. mengah den nak kejor nye.. hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@ijayuji
tu mcm selera my hubby. kalau cekodok, dia suke yang banyak pisang dan tak mau lebih tepung. penyet2 gitu. tapi kalau akak suke yang gini..rangup kat luor, lembut kat dalam. sedap. tak jemu munching

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ryo Azhar Rahza
a ah memang... hai udah ramai yang kabor bulat ni, risau aku bulat2 terkenan ke body ahkak pulak.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@nOOrsha
kalau gini kan, aku rasa anak ko makan kulit dia je. weh cekodok ni dia rangup tau kulit dia tu. bukan lembut. kire kulit luar tu rangup kasar. kat dlm lembt mcm donut. aku suke gini. tak berminyak

izahdaut said...[Reply to comment]

kak nazrah.. saya edit tu.. hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
tun. ko try a buat dulu ikut bancuhan ni. kompom suke tengok kejadiannya nanti. cantik mulat2 dlm koli. ko dah balik bintulu kan.. ikiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
a ah kooo.. cekodok hotel.. pandai kak besah kite ni.. ikiki..

woii ko merambu ramba kat lowyat yee.. beli toys baru ke? aaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kasih Ibu
a ah.. sedap rasa2 nak feeling duk kat beranda sambil melihat hujan turun. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Juwita Jamaludin
hehehe... suke gak tengok. tapi lagi suke makan.. sedap..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ida,Japan
mekasih.. tu saya edit tu. tu la hasilnyaa... cekodok tu mmg bult bile masuk koli. comel jee..hihi

izahdaut said...[Reply to comment]

@Wattie
akak memang say cicah samball tumis pun. bebudak ni je yang makan gitu. waduhh memang hampir nak pengsan makan. hehe

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah


nak cekodok gak..alahai bolat2 sangat cantik. ni kompom dah habis lah ni..huhuhu. balik lahhhhhhhh

Sue @ Nenie said...[Reply to comment]

Salam Kak..Amboiiiii tomei tomeinya cekodok akak..Bolat-bolat jeeee.....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

comey cekodok bulat2 aje.. rajin tul membentuk...

Anonymous said...[Reply to comment]

Omg! I dah try buat..Sedapnyaaaa resepi cekodok u nie. Rangup di luar dan lembut gebu di dalam...saya akan turun menurunkan resepi cekodok Pn Izah nie! ;p thank you very much! Mmwah!