CSS

Friday, June 10, 2011

Muffin @ Apam Mocha

Assalamualaikum..

Niha dia apam aka muffin mocha. Sebut apam nanti mek siam mesti nak makan ngan kelapa parut pulak. Formula Ika kannnn.. Hehehe... Tak sesuai makan ngan kelapa parut kot. Sebab rasa cam kek kukus je. Tapi nak sebut muffin karang, ada gaya apam bila dikukuskan. Apa apa je la.. mana2 yang selesa.

apam mocha

Resepinya saya dah buat sebelum ni. Resepi dari Muffin Pandan Kukus yang pada saya sangat kena dengan selera dan kegebuannya. Boleh aje ikut selera masing-masing nak menggayakan perasa yang disukai. Saya cube kukus dalam bekas yang besar, cantik aje mekar belah 4, tapi bila kukus dalam bekas kecik2 semuanya senyum mcm kerang. Ceehh.. tapi apa pun bebudak suke aje rasa kuih ni. Bagi yang nak cube sile silekan lahh..nak derhaka pun bulihh..


apam mocha1

APAM @ MUFFIN MOCHA
sumber: izahdaut


1 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 sk baking powder
1/4 sk baking soda
secubit garam
1 biji telur
1/3 cawan yogurt
1/3 cawan santan
1/4 cawan minyak sayur
1 sk mocha paste
1/2 cawan gula
sedikit Essence vanila

Caranya:

Ayak tepung bersama baking powder, serbuk koko, baking soda dan garam. Gaul sebati.
Ketepikan.
Satukan bahan2 yang lain dan kacau sebati. (bahan basah)
Masukkan bahan basah ke dalam tepung yang di ayak tadi.
Adunan sedikit cair.
Masukkan ke dalam muffin cup.
Kukus di atas kukusan yang telah dipanaskan dengan api sederhana.
Kukus lebih kurang 15 minit.
*Masa kukusan bergantung saiz muffin.



apam mocha3


17 comments:

Anna Qawina said...[Reply to comment]

try dicampakkan ke sini barang 5 6 ketul..kecik2..mana cukup seketol 2 kan Izah..hehe

Cendana Kasih said...[Reply to comment]

semalam akak datang tgk foto edit tu, tertanya2 gak, apa nama makanan tu, mana respinyer... hari ni baru kuar yer.... hehehe....kena cuba gak ni..

izahdaut said...[Reply to comment]

anna... ko memang... alasan baby dlm perut nak makan khhaannnn..yo lah tu

izahdaut said...[Reply to comment]

kak noorma..
hehe.. semalam nak masukkan dah belah petang nyer tu, tetibe internet prob pulak.

zarin said...[Reply to comment]

comel je rupanya...senang je kan masuk sebijik sebijik dlm mulut terus kenyang ;-)

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah

sedap ni, kalau setakat masuk mulut k.ct sepinggan tu ta cukup kot... hehehe

wah..gambar dah cun lah. Tahniah ya Izah :D

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

Salam Izah..

Mesti sedap apam mocha ni kan...
kalau dah comey2 gitu.. sebiji semolot jer tuh... tau2 hilang.. hehe..

chikadakbiru said...[Reply to comment]

beshnyee apam mocha ni...kiutt miut..senang nak telan hihihi

anymz said...[Reply to comment]

mek jaaaaaaaaaaaah,gambo lawo arrrrr..
rasa dia camne ek?..meh sini dua tiga..eh saploh ketul nak rasa dulu..akak nak ke PD jap gi ni jah....nanti akak mandi laut tu tuk ko sekali ya jah..nak pi libur2 nih.sambil hibur2kan hati..dah okay dah jah.,.walau muka masam mencuka tapi sekejap je rasanya tu..moga Allah tabahkan hatinya kan?..

isshh..jaga anak dara ni memang menguji minda dan perasaan betul..

Kasih Ibu said...[Reply to comment]

assalamualaikum kak izah..cumil-cumilnya muffin...=)klu sy sekali mkn berbiji2 ni...he..he...

izahdaut said...[Reply to comment]

@zarin
betul tu kak...
budak2 suke kecik2 cam ni.

izahdaut said...[Reply to comment]

@CT Delima
tu la kak ct, blajo lagi ni.. bnyk try n error je kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
ye la kak, mlyan citarasa anak2. suke kecik2 gini

izahdaut said...[Reply to comment]

@chikadakbiru
simple je dina.. leh try.. anak2 suke gini

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
PD..PD..PD... stress.. hahaha

rasa dia coklat2 campur rasa nescafe.. mocha la katakan..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kasih Ibu
a ah..memang sik nak ngap je.. tak puas ..jehehe

ijayuji said...[Reply to comment]

kelapa parut please :D