CSS

Saturday, January 2, 2010

Muffin Tahun Baru

Selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010. Malam kelmarin sesak telinga mendengar bunyi rakyat Malaysia menyambut 2010 dengan membakar mercun dan bunga api. Sesak tu bukan apa sebab kena ulang-alik ke katil adik mendodoikan dia tidur bila terjaga dengar bunyi mercun yang kuat. Masih belum paham kenapa kena raikan tahun baru begitu rupa tapi tetap menerima kerana saya hidup dilingkungan bandar yang majoritinya dikelilingi rakyat berbilang bangsa. Begitu juga kalau tiba tahun baru cina, terima lah ia dengan begitu tabah dan sabar. Aha...bagi yang biasa dengan persekitaran bangsa Cina akan paham kenapa perlu tabah. Hehhe..

Sempena cuti tahun baru ni, saya pun cuba lagi satu resepi muffin iaitu mufin coklat chips yohgurt. Sempena suami pun ada bercuti di rumah boleh la merasa resepi baru. Kebetulan pula ada secawan lagi yohgurt lebih buat kek coklat keju minggu lepas. Melepaskan teringin adik yang tengah pregnant lagi nak makan kek coklat keju(ish..ish..rupanya si suaminya yang beria balun..ehe..). Muffin ni sedap dan moist. Mengikut selera tekak saya berbaloi untuk mencuba muffin ini dan kalau tetiba nak makan muffin coklat chips tentu saya akan buat lagi ikut resepi ni. Infact memang nak buat lagi sebab si suami kempunan tak puas makan.Dan saya pula tak puas hati sebab yohgurt tak cukup sukatan dan coklat chips pun cukup-cukup je. Sebab saya suka taruk lebih sikit. Saya bagi 4 bintang untuk muffin ni (ikut tekak saya dan family).

Muffin Coklat Chips Yohgurt

1 3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat soda
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan serbuk koko
100 gram butter, cairkan
1 biji telur
3/4 cawan yohgurt
1/2 cawan susu coklat @ susu segar biasa
1/2 sudu teh vanilla essence
1/2 cawan coklat chips

Panaskan oven 180 C. Cairkan butter biarkan sejuk suam. Ayak tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko. Letakkan ke dalam mangkuk dan campurkan coklat chips. Dalam mangkuk yang lain pukul sedikit telur, campurkan vanila essence, gula perang, butter cair, yohgurt dan susu. Masukkan bahan2 basah ke dalam tepung tadi. Gaul rata jangan terlalu lama sekadar bersatu dan bakar selama 16-20 minit.

0 comments: