CSS

Friday, January 29, 2010

Muffin Coklat Cheese


Jenguk-jenguk peti ais tengok ada lagi separuh cream cheese, coklat chip pun masih berbaki so ingat nak try la muffin yang saya copy resepi dia dari mamafami.fotopages ni. Biasanya kalau namanya cheese mesti sedap so pada suatu hari tu saya dah pun cuba resepi ini. Muffin ni dry sikit tak moist sangat tapi rasa dia sedap la sebab cheese kan. Bais suka makan tapi hubby makan seketul je sebab tak lembab. Hubby saya cakap rasa cheese campur coklat chip ni buat rasa muak sikit. Tu dia la cakap tapi bebudak sure suka punya...Saya kurang pasti samada adunan muffin saya yang tak moist atau pun memang macam ni hasil resepi ni. Yela kadang-kadang muffin saya buat jadi, kadang-kadang tak jadi tu lumrah la. Mungkin satu hari nanti boleh try lagi bagi jadi.

Muffin Coklat Cheese


140 grm coklat chip
100 grm cream cheese
80 grm butter
2 biji telur
60 grm gula
100 grm tepung
2 sudu kecil baking powder

Caranya: Potong dadu cream cheese dan butter. Cairkan secara double boiling butter, coklat chip dan cream cheese. Biar cream cheese berketul-ketul sikit pun tak pe. Angkat dan masukkan telur dan kacau rata. Tuangkan adunan ke dalam tepung yang telah diayak bersama baking powder. Kacau sebati. Bakar adunan pada suhu 180 C selama 20-25 minit.

3 comments:

atme310 said...[Reply to comment]

Assalamualaikum...emmm sedapnya. Awak mesti ada cara tersendiri utk sedapkan muffin tu. Nampak segar dan comel lg.

Good effort!

izahmuffin said...[Reply to comment]

waalaikumussalam.. tq. Senang je caranya kut je direction resepy tu plus perasaan kasih dan sayang.

atme310 said...[Reply to comment]

Ahak..ahak...kalau sudah yakin sedap...just share to you friend..publish your web with others...