Assalamualaikum..
Semalam tak sempat update, sebabb.... ye ada satu sebab yang susah dilepaskan. Bila satu dah habis nak sambung lagi dan lagi. Jadi blog pun tak sempat nak update. Hehe.. Masih belum sempat saya BW ke blog kawan-kawan macam biasa. Nanti bila perkara tersebut dan settle baru saya BW ye.
Berbalik pada kek ni, sempoi kan kek ni cam ada krim je kat atas tu. Saya katakan kek ni cam gabungan kek dan apam. Boleh gitu? Bagi yang dah cuba mungkin bersetuju dengan saya. Tang putih tu macam apam. Suke tengok gandingan colour dan rasanya. Anak kecik saya makan tang putih tu je. Oh ye kek saya yg bahagian pisang tu tak coklat sangat sebab saya gunakan gula putih. Terima kasih buat kak Rima untuk rsepinya. Dan mula menular ke blog kak Ummi, kak Nor, Mas dan kak Ita. Maaf jika ada nama yang tidak disebut ye. Yang tak disebut sila angkat tangan!!
STEAM SOFT BANANA CAKE
by: Rima
Copy: Kak Ita
Ingredients
A
200 gm. mashed banana
1/8 tsp. vanilla essence - ita use banana essence
1 tsp. Bicarbonate of soda
a pinch of salt
B
3 small eggs
100 gm. brown sugar
100 gm. Hong Kong flour (u can use pao or superfine flour) ita use cake flour
1 tsp. Baking powder
65 gm. cornoil
Top Layer
2 eggs
60 gm. sugar
25 gm. water
65 gm. Hong Kong flour (u can use superfine or pao flour) ita use cake flour
Method
(1) Mix all the ingredients (A) together and set aside.
(2) Whisk eggs and sugar together till fluffy, add in flour and baking powder and mix till well combined. Add in mashed bananas mixture and cornoil and stir till well combined.
(3) Pour into a greased and lined loaf pan and steam for 15 to 20 mins till cooked.
(4) For topping: Whisk eggs and sugar till fluffy, add in water and flour and mix till well mixed.. (fold in flour and mix gently) Pour on top of steamed banana cake and steam again for another 15 mins or till cooked.
Diterjemahkan oleh : Kak Ummi
Bahan A:-
200 gm pisang yang dilecek
1/8 sk. esen vanila
1 sk. soda bikarbonat
secubit garam
Bahan B:-
3 biji telor (saiz kecil) - akak guna gred B
100 gm gula perang
100 gm tepung hongkong (boleh tukar superfine)
1 sk. baking powder
65 gm minyak jagung
Bahan Lapisan Atas:-
2 biji telor
60 gm gula kastor
25 gm air
65 gm tepung hongkong (boleh tukar superfine/tepung pau)
Cara-Cara (adunan bawah):-
Campurkan semua bahan A, kacau sebati dan ketepikan.
Kacau telor dengan gula menggunakan whisk hingga gebu (fluffy).
Masukkan tepung dan baking powder dan adun hingga sebati. (akak ayak dulu tepung dan baking powder).
Masukkan pula adunan pisang tadi dan diikuti dengan minyak jagung, kacau hingga adunan sebati.
Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Kukus selama 15 - 20 minit hingga adunan masak.
Untuk lapisan atas:-
Kacau gula dengan telor dengan whisk hingga gebu.
Masukkan air dan tepung dan kacau hingga betul-betul sebati. (kacau tepung perlahan-lahan).
Tuangkan ke atas lapisan bawah yang telah masak tadi dan kukus lagi selama 15 minit atau hingga kek masak.
Hidangkan ketika suam-suam.