CSS

Monday, November 22, 2010

Muffin Coklat (kak Yani)


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua, berjumpa lagi kite ye di minggu yang baru ni. Wah mood masih happy gituu..walaupun kat luar cuaca sangattt mendung. Mari kita sarapan muffin a pagi ni. 

Muffin ni sangatlah terkenal disemerata blog masak masak. Semua dah cuba dan menyukai akan rasanya. Muffin ni memang selalu saya buat, cuma sejak akhir2 ni aje rasanya dah lama benor tak masukkan entry muffin coklat. So buat yang belum tahu akan keenakan muffin ni, boleh la cuba. Sangat senang, sangat sedap, sangat coklat, texture yang unik sebab kerak2 kat permukaan, moist2 di tengah dan gebu di bawah. Hahaha..yo yo je..



Tuan resepi adalah kak Yani yang glemer dengan resepi2 yang sangat sedap, mudah dan menarik. Ni saya amik resepi kat umah kak Nor sebab baru ni kak nor ada buat muffin coklat kastard tu kan. Tu yang ternampak muffin dah lama tak buat ni. Atau boleh jugak tengok di sini. Terima kasih kak Yani n kak Nor.



MUFFIN COKLAT by Kak Yani
  • 200g coklat masakan
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.


*Masa bancuh muffin ni, adunan memang sedikit kental macam topping untuk kek. Kalau colek dan rasa before masukkan ke dalam loyang tu, fuhh memang best! 

14 comments:

zarin said...[Reply to comment]

erggghh menggoda plak tengok choc muffin ni pepagi hari ni...

Mimiey.. (^-^) said...[Reply to comment]

apa ni tayang muffin pepagi hari ni!!!! dhla cooking choc tarak stok ni...waaaaaaaaaa... xkira, nak mintak gak 5 ketui...

izahdaut said...[Reply to comment]

kak zarin..
hehe..pernah buat tak muffin resepi ni? kalau tak pernah, mmg direkemen kan sangat..sedap! hasya mesti suke niii

mimiey..
ceehhh..bagi hakak seketul ayam, dia nak 5 ketoi plak..dah dah..gi kedai beli coklat, gi buat sendrik!!!lalalala

Anna Qawina said...[Reply to comment]

waduh Ijah..lama gak kita tak memuffin n ih....tang ayat.."fuhh memang best!" yang tak tahan baca tu...membuatkan tangan gatal je nak ambik ko punya..ahak...

K.Nor said...[Reply to comment]

muffin yg paling best nih.. comel crack atas tu izah :)

Mrs. Nurulazmi said...[Reply to comment]

wah!terliur den dibuat nyo..=)

TopsyTurvyMum said...[Reply to comment]

aku dah siap tag ko hehehe..

bak la muffin tu 2 ketoi utk bekal sekolah anak2 aku sok!

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Izah arinipun erma wat muffin coklat tuk mkn2 kat opis...t n3.. apepun memang syedapn moist muffin tu...

izahdaut said...[Reply to comment]

anna qawina..
aiipp..pok tangan dia..mana cukup nih..kena buat sendrik baru tau cemana kesenangan buat muffin ni..hehe


kak nor..
memang best kan..sodaappp..mekasihhh

mrs nurulazmi..
terliur ye...try la baking muffin ni.mmg sedapp

TTM..
Huk huk..sob sobb..nah amik semua muffin!!!

halamanku.
oo ye ke..sama la kita kan..sedap kan muffin nih..tak jemu bebudak nih makan

Love2cook Malaysia said...[Reply to comment]

No doubt U r a muffinlover! Look at that droolworthy muffin, makes me salivate lor!!! Mintakkk! :D

izahdaut said...[Reply to comment]

LOVE..
hahaha... dah try baking muffin ni tak? sangat sedap...sure love LOVE it!!

Jagungmanis said...[Reply to comment]

cedap..cedap..cedap...
muffin memang senang buatnya ya :D

lina said...[Reply to comment]

izan - ye betul kata kawan2 yg lain muffin izan mmg sedap-sedap

izahdaut said...[Reply to comment]

deetha..
deetha..dah pernah bikin muffin ini ya..cedap kan


kak lina..
dah try ke muffin ni..sedap kan..memang kena slalu buat..budak2 ni tak jemu lagi makan aje lah..hehe..kalau sedap tu memang saya masukkan entry, tapikan ada jugak yg tak berapa berkenan, tak masukkan dlm blog la..hehe