CSS

Monday, November 1, 2010

Sotong Berempah


Assalamualaikum..

Ni la lauk gandingan dengan Nasi Buah tadi. Ramai juga yang dah cuba sotong berempah ni. Memang kena n molek je makan dengan nasi buah tu. Macam rasa lauk pauk mamak pun ado. Kuah tu saya buat lebih sikit sebab nak makan ala ala banjir masa gaul dengan nasi. Ishh..tak terkata...

Mekasih kak Dayang Jack yang jelita itu. Saya mintak izin amik resepi letak kat sini pulak.

sumber: Dayang Jack



SOTONG BEREMPAH
Bahan-bahan :
  • 300 g sotong basah (digaulkan dgn sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian direbus 1/2 masak dan dituskan)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sb serbuk kari
  • 1 sb serbuk cili / cili kisar
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 4 sb santan pekat / susu cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sb sos tomato
  • 1 biji hirisan cili merah

Cara-cara : 
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih , halia serta daun kari sehingga wangi. 
  2. Satukan rempah kari, serbuk cili, serbuk ketumbar dan lada hitam di dalam satu bekas. Bancuh dengan sedikit air.
  3. Masukkan pes tadi ke dalam bahan tumis tadi dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato, cili merah dan santan. Kacau hingga mendidih.
  5. Setelah kuah hampir pekat, barulah dimasukkan sotong, garam dan gula. Kacau hingga masak. (tak perlu masak terlalu lama)


9 comments:

Mas said...[Reply to comment]

ooo..ini gengnya...memang kena.....aarrhhh...kena cari sutun plak...nanti la cari...

dayang_jack said...[Reply to comment]

ishh!..jelitakah akuu??...hahaha..ade2 jer si izah ni haihh...

izah ni rajinlah masak. akak terus lapo tgk lauk sedap izah. ingatkan nk diet ari ni..huhu...

anyway, tq 4 trying, dear. mmmuuahhh!

desperate mama said...[Reply to comment]

izaaahhh!!!!!!!!!!!!!!

sedapnyeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

nak buat jugak... nak buat jugak....

boleh?

Watierman, rmanbkr said...[Reply to comment]

Alahai Dik Izah oooi Akak baru jer habiskan stok sutun semalam!!!!

LENDANUAR said...[Reply to comment]

wah sedap tu zah sotong berempah..ni ha...akak dtg bawakan 3 ketul playdough..boleh ler si bais main dgn adiknya tu ea....

hana said...[Reply to comment]

zahhhh...tulun tapaukan aku zah! bermalas2an aku arini.. berselubung nih weiihh.. huwaaaa..lapo!! huH!

anymz said...[Reply to comment]

sedap tu zah..sutun ada dlm esbok tu..anak2 nak masak kicap..alahai..maknya dah jemu plak dgn kicap2 nih..

HaSue said...[Reply to comment]

seksinya sutun tuh..kalo dpt cedok sesudu dua alangkah bahagianya..izah,x phm2 ke..hihih

izahdaut said...[Reply to comment]

mas..
tu la, jenguk2 dlm esbox ada sutun je la.so cari la resepi yg kena dengan nasi ni..emang ngam ho

kak dayang..
hahhaa..musti la jelita..see the hand la kan..hehe..mekasih kak, memang sedap n ngam dengan nasi buah tu..sukee

desperate mama..
boleh sangat..selamat berjaya..hahhaa

watierman..
kak watie..memang saja, time habis baru nak kuar resepi soton kan..nanti beli stok soton lagi..

kak lenda..
kak palydough tu saya dah amik senyap2 dari akak..ahaha... pun dah tengok sumber playdough tu..suke la tengok aktiviti dia dengan anak2 kan

kak hana..
sah sah tak mandi tu...wakakakaa.mengeram je..

kak anymz..
try la kak anym buat masak cam ni..kot2 diorang makan ke..yela budak2 dengn kicap mana boleh dipisahkan

hasue..
hahhaa..tak paham tak paham..apa ek? hihihi