CSS

Wednesday, November 3, 2010

Sardine Puff


Assalamualaikum..

Gara-gara tekak ngidam tengok segala mak bapak puff kat umah Cik Mat Gebu, maka saya pun sibuk nak "menge puff" jugak. Bila nampak puff pastry jenama 'kawan' tu, terus rembat satu pek. Lama berkurun duduk dalam peti ais baru la teringat nak try puff sardin ni. Bukan apa, sebab berkira-kira ada ke orang dalam rumah ni nak makan. 

Puff di atas adalah dari tangan yang amatur. First time katakan. Tapi tukang buat je yang makan. Yang lain masih belum dapat menilai keenakannya. Budak berdua tu tekan-tekan je ngan jari, jeling-jeling sikit pastu blah. Sabor je la..




Siapa suke sardine puff boleh try buat. Meh cek cemana nak buat inti sardin dan cara-caranya.

Sumber:




SARDINE PUFF

BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya
BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata
Sedikit serbuk lada hitam, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2 seperti dalam gambar. Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...


11 comments:

anymz said...[Reply to comment]

salam zah,tak laku kat budak dua org tu ek?..bak mai sini..akak mogok ni,selagi camera ku tak di pulangkan,akak takmau masak..
kejinya mak kan.hehehe..

dah ada 2 bungkus pastri lam esbok tu.tunggu semua org ada kat rumah baru seronok buat..

Watierman, rmanbkr said...[Reply to comment]

Salam Dik Izah...jemput ambil anugerah tau....sambil tu...dak kecik tak tau makan mai tok budak nak makan!....Banyak tu boleh habis ke sorang2!

K.Nor said...[Reply to comment]

apasal tak ajak akak, boleh akak tulun perabihkan..

sabo jer la kalau tengok org wat mcm2 dgn pastry puff nih.. hu hu

alinac lover said...[Reply to comment]

nnti nk cuba jgk lah

Yatie said...[Reply to comment]

Salam Izah,
Akak pun baru beli pastry tu....tapi tak terbuat2....dan belum pernah membuatnya.....rasanya 2-3 hari buat gaklah....nmpk sedap puff Izah tu....nak...nak...nak..

Mimiey.. (^-^) said...[Reply to comment]

jgn geram ye kak izahku cayang. xpe,bebudak tu xnak makan xpe.meh kakak budak ni makan,buat bekpas..kita mkn toast pisang dgn CHEESE je,hehehhehe....

izahdaut said...[Reply to comment]

kak anymz..
tu la pasal..tak mau nye bebudak berdua tu makan..bapak budak pun bo layan..hahhaa...buat pun sikit je, baru nak cuba cuba..ramai2 siok la kan buat menda alah ni..aikk sapa curik kemera akak ni?

kak watie..
tu la pulun la perlahan2 nak habiskanya tu..wah dapat anugerah..oye oye..mekasih kak..nanti saya amik

kak nor..
tak jumpa lagi ye pastry kawan.. meh makan ngan saya dulu kak sesambil mencari lagi kulit puff tu.hehe

alinac lover..
silakan..bagi penggemar puff mesti suka kan

kak yatie..
aik akak pun tak pernah buat ye..famly akak ramai mesti laku habis tu..hehe.. saya dak kecik tak mau makan..abangnya pulak gigit sikit je..pastu dah tak mo

mimiey..
ee budak ni..nak kene lepuk jugak dak ni..siap huruf besooo lagi tu ye.. ala..kakak nak ye..nak..meh acik sumbat dalam mulut..hahaha...

Eliza said...[Reply to comment]

Izah, ada pastri puff segera senang kerja kan. lebihan lauk sardin, ikan bilis mcm2 boleh jd inti. tapi tempat akak susah nak jumpa frozen puff ni..

izahdaut said...[Reply to comment]

kak Eliza..
o yeke..macam kak Nor ganu la..susah jugak nak jumpa pastry siap ni. Betul tu kak, lebihan lauk bleh buat kan..tapi kalau inti manis agaknya lagi sedap kot..kot jelaa

Mas said...[Reply to comment]

makcik...lambat sikit mengacau pagi ni..he..he..tak bleh lagi la makcik, gambar pizza tu mas dah masukkan ari sabtu tu...tersimpan kejap..
ha..ha...mas pun pagi tadi sarapan sosej puff...sama la kita, tapi tetap nak gak sardin puff makcik...

Kak Rose said...[Reply to comment]

izah... gebus gebas itu puff... x de orang nak makan mai anta kat kak rose lah.... kak rose nyer pastry tu dah kejong dlm freezer... bila la nak wat nih!