CSS

Monday, November 15, 2010

Lauk Kemalasannnn...dan sambal belacan


Assalamualaikum..

Udah tak larat melepak depan tv melayan malassss... Boleh ler masuk entry lauk malas jugak hari ni. Hahaha... Agaknya penangan mimpi indah ke pulau semalam la ni.. Ohh kak Norr... Cemana ni? Hehhee..

Woowooowooo.. makan lagi. Makan jangan tak makan!! Goreng goreng nasi sejuk, makan ulam ulam melayu. Udah la... Dah le plan nak puasa hari ni boleh terlupa plak. Tu yang menambah ketensenan jek hari ni.



Kunyah nasi ngan gigit gigit cili tu, pehh tu pun dah cukup sedap. Yela cukup sedap buat org kemalasan hari ni. Hehe.. O ya nak share resepi sambal belacan sedap ni. Dah banyak kali sangat buatnye. Makan ngan ulam2 sangat nyaman. Mekasih kak Hana. Sedap la sambal ni.



Eh! Ni bukan nampak sambal..ni nampak petai je..ngeee.. Kat bawah baru clear rupa sambalnya tuuuu..




Haaa..nampak sambal belacan tu. 

SAMBAL BELACAN

Bahan-bahan

  • Bendi - celur / apa apa jenis sayur ulaman

  • Sambal belacan:
  • *¼-½ cawan cili padi- bergantung kepedasan masing2
  • *1 batang cili merah - hiris
  • *2 biji bawang merah kecil - hiris
  • *1 ulas bawang putih - hiris
  • *1 inci belacan
  • *sejemput ikan bilis kopek
  • limau kasturi
  • secubit garam
  • secubit perasa@gula
  • sedikit minyak

Cara-cara
  • Panaskan sedikit minyak dlm dua sudu besar. Cili padi belah dua supaya tak meletup ketika digoreng.
  • Masukkan semua bahan yang bertanda * ke dalam minyak panas dan tutup! Kecilkan api. Biarkan seketika. Kemudian angkat dan toskan.
  • Masukkan ke dalam lesung batu. Tambah garam dan perisa@gula. Tumbuk. Perahkan limau kasturi. Jika suka tumbukkan skali dengan kulit limau.
  • Siap dihidang dengan bendi celur dan ulam2an lain.




11 comments:

Mimiey.. (^-^) said...[Reply to comment]

huih,petai jeruk... lama xmakan!! ni kak hana tengok mau kena kamehameha ni...hahhahahah.... sedapnye smbl belacan. org umah ni xmkn smbl belacan arini, mkn smbl kicap je.. so, pelagi..... mintak semangkuk. nak cicah timun,lalallaaallalala

K.Nor said...[Reply to comment]

cantik shoot gambo petai dan bokeh tu.. :)

mimpi pulau gak ek smlm? camna, syok tak berenang atas katil? hahahha

Mas said...[Reply to comment]

makcikkk....baru nmpk sambal belacan kau..sedapp kan sambal belacam makcik jepuun tu..he..he..
malas2 pun penuh gak meja tu....he..he..

hana said...[Reply to comment]

hahahahaa.... aku tk berkenan ngan sambal belacan sbb da biasa... aku nk yg luor biasa iaitu fetaiiiiiiiii... sajer jerk wat jiwa aku meroyan ! Huh!

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Ha ha ah Izah baru nak gitau... kakak Jepun kitani pasti tesen bila ko shut potai tu seksi2 ha ha ha... sabo K hana yer...

Kak Rose said...[Reply to comment]

kak rose nak telo goreng yg ada kicap bawang tu... sedapnya! nak buat gak lah tuk dinner nnti...

Kerull said...[Reply to comment]

adus ai..tak blih tahan tgk petai jeruk tu..dah lama tak makan tu..terliur wei

Ina said...[Reply to comment]

wah ada sambal belacan meletop... tenkiu tenkiu tenkiu... nnt leh cuba.

Nadz Nazharzan said...[Reply to comment]

Izah,...lauk kemalasan ni yang selalunya bahaya... Nama je lauk kemalasan. Bila part makan tak kemalasan tapi kerajinan nak menambah.. haiiii rosak diet wei...;)

Yatie said...[Reply to comment]

Salam Izah,
Mana ada lauk kemalasan...kalau malas, sah2 tak berasap dapor...kira lauk orng rajinlah tu...siap kopek petai lagi...molat2 dan fresh...larikkkkk Izah bau petai..wakakakkaka...

Ayu said...[Reply to comment]

salam izah, lauk ginilah sedap
bila semua orang tak ada kat rumah and malas nak masak..akak boleh hidup dengan lauk macam ni..tapi petai akak tak main!..hehe