CSS

Thursday, November 11, 2010

Salad Thousand Island


Assalamualaikum..

Tetiba nak makan salad krup krap gitu. Bila tengok menu cam ni, olang kata menu diet kan. Of coss tengah diet la ni. Hmm percaya sangat lah nak diet, pastu perut lapo balik berbiji biji pulak muffin ku belasah. Cemana tu? Tak pernah nak ingat lemak bertepek tepek ni.. Kagom la pulak sekarang ni tengok body body cik kak yang langsing langsing tu. Sungguh memberi inspirasi... Inspirasi je la.. Makan cam tu jugakkk

Okey la, sesuka hati la nak letak sayur mayur yang the krup krap gitu kan. Tu ada TOMATO ye.. Ulang lagi, tomato..

Hehehe..Dulu saya "say no to tomato".. Entah la napa sangat tak suke tomato. Dah cuba makan, tapi tak leh telan jugak kat tekak. Ada sekali roomate saya pedajal, bagi tomato ceri. Masa tu mana nak tau ada tomato ceri bagai. Dah pun kata tak suka tomato kan. Roomate saya kata buah tu buah ceri yg manis, time tu baru je pas bangun tido petang hari, kepala pun nenong lagii.. kita pun ngap la sebiji. Hmmm..ya ampoonn cemana la boleh manusia tu makan mentah mentah cam tu..

Itu cerita dodolu la, tapi sejak dua menjak ni, eh suka plak tomato. Pulak pulak buat salad macam ni. Agaknya baru paham nak menikmati buah tomato ni la..




SALAD THOUSAND ISLAND

sumber: Hanamemories

Bahan-bahan
*Mayonnaise
*Sos cili
*Sos tomato
Timun jepun - hiris halus

tomato - belah 4
Kubis - hiris halus-tak letak
carrot - hiris halus
salad lettuce
Bawang merah - cincang halus - hana tk ltk pon-sama

hirisan keju cheddar
*Black olive - cincang halus - tak letak
*Jus lemon
*Garam
*Serbuk lada hitam- tk letak-sama


Cara-caranya
Gaul semua bahan yg bertanda * dan curahkan ke atas salad2 tuh.. then gaul mesra..





16 comments:

Mas said...[Reply to comment]

makcik.....mas pun baru belajar makan tomato...dulu memang tak pandang lansung buah ni...tak suka....
benda tu datang sendiri kan...pelik gak...tetiba rasa tomato tu sedappp..ha..ha....kita kongsi salad ni nk tak....he..he..

K.Nor said...[Reply to comment]

wahhh izah,menu diet nih... dah nekad nak diet ke? hee

anymz said...[Reply to comment]

salam izah,apa tak cakap ada salad?
akak buat kepci semalam..kalau tau akak bawak lari semangkuk salad ni tau..hihihi

izahdaut said...[Reply to comment]

mas..
hahhh..sama la kita makcikk..ada gengggg!!! tu la, napa pulak yang suke tomato kan..kadang2 pikir pelik betul, cemana lak suke tomato nii

kak nor..
ngeh ngeh.. ala kak nor..tak nekad punn..jap jap lagi cam nak buat kek pulok dah..haha

kak anymz..
huii tu yang tak mo bagitau tu.nanti kak nim dtg amik salad saya..kedekut nihh..hehhe..nak salad patut baling la 2,3 ketoi kfc nyer...

HALAMANKU said...[Reply to comment]

apa? tetiba suker? mmmm suker ada makna tu he he he he.. Zah memang sedap mkn salad.. hu hu hu lately... erma kena diet.. dah makin gumuk hu huhu

kakchik said...[Reply to comment]

salam izah. sedapnya salad tu. kalau dimakan dgn nugget pun sedap kot ya?

kita serupalah izah. kakchik pun tak suka makan tomato. bila memasak kakchik guna tomato tapi yang makan hanyalah suami.

Yatie said...[Reply to comment]

Salam Izah,
Padanlah ank Izah tak suka sayur, rupanya ibunya sendiri tak mkn tomato...anak akak semuanya suka, carrot mentah pun dia mkn gitu je...kalau tomato ceri tu lagilah, sepeket utk hamka sorang je...dia suka betul...kalau bukak esbok mesti bawak lari sebijik tomato yg besar tu...tapi seronok tngk diaorng mkn...
=salad mu itu betul2 buat akak tertarik...snng2 nnti nak wat gaklah...

izahdaut said...[Reply to comment]

erma..
huhu..erma..tak de maknanya..memang suka melantak ado lahh..diet ke..hah sesuwai la tu menu cam ni kan

kak chk..
hahah rupanya saya ada geng jugak ek ..ingat kan org lain seme suke je makan tomato ni.. betul tu, kdg2 saya buat slad ni makan ngan nugget yg di racik2 halus..cuba la kak chik

kak yatie..
ooooooooo kak yatie awet muda sebab suka sayur la ye...memang la kak, olang kata anak susah makan sayur sebab mak pak tak suka kan..tapi sayua r lain saya ok kak.tomat je susah nak masukk..hehe..fuhhh hamka..dasattt... pinjm selera hamka jap, acik nk letak kat dak dua nihaa

Kak Rose said...[Reply to comment]

kak rose datang ni nak salad sepiring... nak diet jugaklah, tp tukang masak camner nak diet kan.... iman x kuat!

Mimiey.. (^-^) said...[Reply to comment]

ini mmg kes diet ni...nak kena buat jgkla camni,nk diet gak... tapi salad xde. xpe, kanku ubah ikut pe yg ade dlm esbok tu.....jom mkn salad!!!!

desperate mama said...[Reply to comment]

izaaah, i looiikkeee!!!!!!!!!!!!!

izahdaut said...[Reply to comment]

kak rose..
saya setuju..sudah aa nak diet..tukang masak kan nak kena rasa lagi, rasa karang tak cukup sesudu..hehe

mimiey..
nak dara nak diet gak ke? jom join hakak..baguss bagusss..

desperate mama..
jom! saya belanja..hehe

CANGKIRBIRU@MUZ said...[Reply to comment]

suke ..suke

izahdaut said...[Reply to comment]

cangkirbiru@muz..
suke? bagoss baghgoss..makan sayur sayurankannn..hehe

Anonymous said...[Reply to comment]

Do you have a spam issue onn this site; I also am a blogger, and I wass
wondering yor situation; we have created some nice practices and we are looking to exchange solutions with others, be suire to shoot me an emaill if interested.


Feel free to visit my web site - Dragon City Hack

Anonymous said...[Reply to comment]

The software switcher is a great depth of the telephone, even though it is hided.
This sport is a should for Boggle or Scrabble enthusiasts.
Anymore, what we have to do is a great deal." Stated 1 of the supervisor of Adobe.

Here is my web-site :: appaddict yahoo