CSS

Thursday, November 4, 2010

Acar Berempah Ikan Tenggiri


Assalamualaikum..

Ni lauk dinner. Nak makan waktu pagi pun boleh. Suka hati la lauk sendiri kan.. Ternampak jugak rumah CMG buat acar ikan, tapi yang ini berempah. Hari tu nampak kak Dayang masak tenggiri. So jenjalan umah kak Dayang jumpa acar berempah ni. Nampak sangat la memikat hati.

Nak tau rasa dia cemana? Ishh..ishh..ishhh... fuuuhhhhh... Selalu sangat rasanya kalau masuk entry mesti kata sedap, la ni, kalau nak tahu sedap ke idak pi buat sendiri, pasti menjilat jari!!! Mekasih kak Dayang Jack sebab share resepi acar berempah ni. Lepas ni boleh la di acar rempahkan ayam ke..daging ke..kan kan kan.sebab kuah dia tu..umppphhh betul.

Pss...nampak tak munge munge tu? Tu bukan munge melur tau... Cikgu Nor, amacam anak murid punya presentation? Lulus? Heheee


ACAR BEREMPAH IKAN TENGGIRI
sumber:  Kak Dayang

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan tenggiri (dibersihkan, dipotong, diperap kunyit & garam dan digoreng)
  • 5 biji bawang merah*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sudu makan ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sk jintan manis*
  • 1 sk jintan putih*
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 2 biji cili merah*
  • 1/3 cawan cuka
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sudu makan sos cili dan sos tomato
  • 3 sudu makan rempah kurma (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • air secukupnya
  • minyak masak
Cara-cara :
  1. Kisar bahan-bahan bertanda *. Panaskan minyak di dalam kuali/periuk (lebihkan minyak masak). Tumis bahan-bahan kisar, serbuk kunyit dan ketumbar sehingga terbit bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tunggu sampai pecah minyak. Masukkan rempah kurma. Bila agak kering, masukkan air dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan cuka, sos cili, sos tomato, garam dan gula. Kemudian masukkan ikan dan bawang besar. Masak hingga kering. Akhir sekali masukkan tomato.
  4. Sedia untuk dihidangkan.






11 comments:

zarin said...[Reply to comment]

akak belum cuba lagi wat acar ni tapi akak nampak sedap sangat tu...

Mas said...[Reply to comment]

perhhh..makcik, nampak memikat ati tu....masuk listtttt....ayam pun sedap kan......
bunga tu...macam kenalll jer...dah sampai ampang yerrr..letak kat telinga pun cantikkk..he..he..

Noorma Ismail said...[Reply to comment]

acar berempah? mmg pong nampak best..mesti dicuba ni..kebetulan kat rumah banyak ikan tenggiri..

izahdaut said...[Reply to comment]

kak zarin..
direkemenkan kak untuk mencubanya... memikat idung dan lidah dan tekak..hehe

mas..
hihi...masuk list jangn tk masuk...mas!! meh telinge ko aku letakkan munge nih..huh!!

kak noorma..
bagus la tu kak..try la acar ni..pedas masam manis semua terasa ngan rempah2 tu..tomato tu saya ratah mcm tu je sedap sebab menyerap kuah tu..

Anonymous said...[Reply to comment]

sis mu,
wahhhh.. cam tak percaya akhirnya ko berjaya mkn tomato? paizah mkn tomato??? paizah ke niiii.... kuikui

izahdaut said...[Reply to comment]

anonymous..
kahkahkah..hampeh ko...tah le napa sejak dua menjak ni aku leh mkn tomato..jgn tak cayeee... salad ada tomato lagi tu..apakahhhhhhh..a sudah sudah..suhh suhhh..gi balik..karang banyak rahasiye peribadi kejelitaan ku terbongkar..wakakkaaa

Watierman, rmanbkr said...[Reply to comment]

Hrmmmmm terasa nak jadi Detektif Conan jer..nak ikut jejak Anonymous commenter tu....hrmmmm dah lama tak beli tenggiri....!..Berbunga-bunga ku lihat ikan itu....caiyookk!

izahdaut said...[Reply to comment]

kak watie..
hihi...tu adik saya tu kak..dulu saya mmg tak mkn tomato..dah cube jugak makan, tapi mmg tak leh masuk kat tekak.tapi baru2 ni je suke makan...tu la skali skala je beli ikan tenggiri..dah la bapak ke mahalnya ikan tu kan.. hehe munge munge cinta

Chik Mimi said...[Reply to comment]

clap clap clap dah menjadi mungenya tu,

izahdaut said...[Reply to comment]

mekasih mekasih.sambil tunduk tunduk..hihihi

K.Nor said...[Reply to comment]

tahniah!!!
sbb berjaya dgn cukup cemerlang.. dah kembang kan... aritu tak cukup khatam kut.. hihi.. cantik munga tu.. mekar jer.. nah amik sijil.. dpt no 1 lg nih hehee