Wednesday, November 10, 2010

Sambal Tumis Ikan Pari


Assalamualaikum...

Dah ada idea nak masak apa balik karang? Ni idea paling selalu saya buat. Tapi kali ni saya buat versi tumbuk ikut resepi Cik Mat. Bawang kalau ditumbuk rasanya lagii wangi. Saya buat sama macam resepi, menggunakan ikan pari. Dagingnya yang lembut tu memang sedap dan manis bila buat sambal macam ni.

Untuk sambal yang wangi dan sedap, kena tumis bawang tu sampai betul-betul garing. Mula-mula blajar masak dulu tak reti juga, tapi dah lama lama baru la pandai sikit. Mekasih Cik Mat Gebu untuk resepi simple dan sedap ni.






BAHAN-BAHANNYA :

300 ikan pari, potong kecil
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
4 camca besar cili kisar
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar, belah 6
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :
  1. Ikan pari diperap bersama jus limau nipis dan garam selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga wangi, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Tuang jus asam jawa, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sedikit pekat.
  3. Tambah bawang besar belah dan juga ikan pari tadi, gaul hingga rata. Masak sekejap, rasa dan boleh diangkat. Hidangkan..


4 comments:

Mas said...[Reply to comment]

makcikkk...mas pernah buat sambal ikan pari, memang sedappp...teringat lak...lama dah tak buat....nanti cari kan pari la....
sebenarnya datang nak ceduk 3 ketoi sambal ikan pari tu, buat2 tak nmpk yer ikan tu hilang 3 ketoi...he..he..

zarin said...[Reply to comment]

wow!!sambal ikan pari..sedap nih..akak pun dah lama tk makan n beli ikan pari :D

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Salam Izah.. salam rindu jauh dimata dekat dihati... sambal ikantu lagi dekat kat mata.. sedapnyer.. mkn ngan nasi panas2

izahdaut said...[Reply to comment]

mas..
tepon bombaaa..ada worang curik ikan pari iiii...hihi

kak zarin..
beli la kkak..sedap buat bako kan pari ni..tapi masak cam ni pun tak kurang sedapnya

erma..
wooooooo bercuti cuti kamu yeee..auu i likee..dekt dihati ek..ole ole nya mana...