CSS

Thursday, November 18, 2010

Ayam Goreng Berempah Kuzie Katering


Assalamualaikum...

Nak letak jugak lah resepi ayam goreng berempah ni. Memang sedap, serdak dia tu memang best, tak yah bancuh tepung beras bagai nak buat serdak. Tapi kan..cemana plak lah haku boleh lupa letak daun kari tuh. Cehh..tapi tak de daun kari pun tetap sedaaaaaaaapppp.. Lada kering plak memang sengaja ditidak adakan. Kot bebudak tak mau pulak nak makan bila terasa pedas. Bebudak nih memang banyak songeh.

Mekasih Kak Hana dan Chik Mi. Tidak lupa jugak buat tuan nyer resepi Pak Engku Kuzie Katering.


AYAM GORENG BEREMPAH KUZIE KATERING

4 labu bawang merah
6 batang serai
2 tongkol lengkuas
3 sudu rempah kari ikan
3 sudu kunyit babas
5 sudu cili kering (blend)
5 helai daun kari 5 tangkai cili kering dipotong 3
sedikit serbuk perasa
*saya tambah:1 sudu beso biji ketumbar+jintan manis+jintan putih


cara memasak
1 ekor ayam dipotong 16

perap semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam..
panaskan minyak deep fried dan goreng ayam tadi....api biar sederhana..bila srdak agak kekuningan tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus...bila ayam dah masak masukkan daun kari dan cili kering potong dan tabur atas ayam bersama serdak tadi.. tentunya menyelerakan...lebih banyak serai dan lengkuas 
lebih banyak serdaknya.

8 comments:

FAKRUZA said...[Reply to comment]

Amboi izah ayam berempah untuk tgh nie ke??? nie buat terasa nak makan nasi nie...

Chik Mimi said...[Reply to comment]

sedapnya ayam tu dah terbau wangi smpi png ,nak buat lagi lah

izahdaut said...[Reply to comment]

qira.
saje nak menggoda menambahkan lemak..hahhaa.. try la buat.pasti nak buat lagi dan lagi

chik mimi..
mekasih chik mi share resepi.memang sodap..nanati ingat nak buat lagi dan lagi...

K.Nor said...[Reply to comment]

izah.. utk akak tak ada ke? nak rasa sket serdak pun jadi la :)

Love2cook Malaysia said...[Reply to comment]

Resipi ni confirm masuk list! Love dah lah hantu ayam! hehehe ;)

Sedapnyeeee...lapar!

izahdaut said...[Reply to comment]

kak nor..
ishh ishh..akak nak jugak ke..ok amik serdak je ye..hahhaa

love2cook..
ha ah.. betul tu..love dan ayam tidak boleh dipisahkan..hehheee

fara dean said...[Reply to comment]

oo..serdak tu kena angkut dulu ye..
baru faham..

izahdaut said...[Reply to comment]

fara dean.
ha ah..serdak tu angkut dulu ngan penapis senang sikit..kalau goreng terus karang terhangus sangat..