CSS

Friday, November 19, 2010

Kuih Cara Kentang Berkeju


Assalamualaikum..

Salam pagi Jumaat semua. Ramai yang masih bercuti rupanya ye, dan anak anak pun dah mula bercuti sekolah. Hujung tahun cam ni memang le memasing plan bercuti cuti Malaysia kan.

Kuih cara kentang ni, sebenornya udah lama buatnya. Jangan nak ngendeng2 ye, kalau nak buat sendrik.. Hehehe.. Sebenornya alkisahnya nak buat lagi kuih cara ni, baru nak post entry. Ada ler sebabnya. Cube perhatikan betoi2 kuih cara di atas. Dah? Ada nampak masalah problem nyer? Tak nampak? Bagoosss..

Sebabnya:
1. Pucat aje kuih cara kentang ni, sebab tak letak pewarna kuning.
2. Vontot kuih cara ni telah disembunyikan dari lensa camere sebaik mungkin ..sebab..haha.. kang ada plak makhluk ngaku space ship dia lak kang...
3. Sebab puas gak caber kismis dan coklat chip atas muka cara tu mcm lubang idung je. Tu la, kedekut nak letak dua biji je, pastu bila masuk camere, apsal nampak mcm lubang idung kombang je....

TAPII!!!!!!...

SeSeSeSeeeedaaaaaappppppppppppp. Harum, lemak, manis yang sedang2, lembuttt dan gebu.... Mekasih Kak Wan kongsi resepi ni ye. Boleh gak tengok kat umah Mas. Saya buat half dari resepi kak Wan ni, tu pun dapat banyaak. Sampai simpan adunan dlm peti ais. Esok sambung balik bakor..Hehe





KUIH CARA KENTANG BERKEJU
Sumber : KakWan 

Bahan :
  • 400gm ubi kentang
  • 4 biji telur
  • 200gm gula pasir*saya kurangkan sikit
  • 400ml santan pekat KARA
  • 100ml air
  • 200gm tepung gandum 
  • 80gm serbuk keju parmesan *saya ikut Mas guna slice cheese untuk setengah adunan 2 slice 
  • 60gm mentega dicairkan
  • 1/2 sudu kecil garam halus 
  • 1/4 sudu kecil pewarna kuning
  • 1/2 sudu kecil esen vanila 
Hiasan :  Kismis atau blackcurrent secukupnya*ikut Mas letak sikit coklat chip

Cara :
  1. Kupas dan rebus ubi kentang hingga empuk.  Lenyek ketika masih panas . Mas dan saya lenyek pastu baru timbang.
  2. Sebatikan telur, gula, garam, esen vanila.  Masukkan ubi kentang, keju dan tepung sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.  Masukkan ke dalam pengisar dan kisar sekejap.  Kemudian masukkan mentega cair, gaul hingga rata.
  3. Panaskan ketuhar pada suhu 170C.  Leser acuan cara dengan sedikit minyak.  Tuang 3/4 bancuhan ke dalam acuan dan bakar selama 5 minit.  Keluarkan dari ketuhar dan taburkan dengan kismis dan bakar semula hingga masak.
  4. Mas dan saya pulak bakar dengan cara panaskan acuan cara dan leserkan sedikit minyak. Tuang penuh adunan dan letakkan 2 biji coklat chips dan bakar 10 minit @ hingga kuih cara masak dan kulitnya garing sikit.



10 comments:

Unknown said...[Reply to comment]

waa.besh ni..nk cuba !!!

Khai Adry said...[Reply to comment]

salam izahdaut ..... wahhh nampak menarik kuih cara tu ... saya suke sebab ada kelainan dari kuih cara biasa .... bagus jugak tu untuk kanak2 sebab tak pedaskan .... rasa2 cam nak cuba je petang ni ....

hana said...[Reply to comment]

lama giler aku nak nunggu si cara nih... klu sakit nak beranak, dah terberanak dah pong! wakakakakaaa... bungkus 4 ketui! aku nak wat projek juta2 arini sampai besok! hahahaa

fara dean said...[Reply to comment]

salam..
laa igt buah ciku tadi..rupanya kuih cara..comeiii ..nak jugak la..

Yatie said...[Reply to comment]

Salam Izah,
Cara berkentang tu lama nak buat...tapi tak terbuat2....tngh takde stok cheese kat umah...nanti2 dululah baru wat...nak akak antor apm ni...kat umah bnyk lagi ni..

izahdaut said...[Reply to comment]

alinac lover..
yess..recomended!! sedap tau

khai adry..
mekasih encik khai singgah blog saya. boleh try, budak2 memang suka. seronok tengok diorang makan, sebab aroma lemak wangi kentang tu kan..memang selera

kak hana..
wakakkaaa... tak tahan haku kalau bab projek, juta juta aje..hiisshh.. tak mo kasi cara lubang idung nih..sedap wehh. lemak aku nak tambah geng..sori!!kihkih

fara dean..
uii sampai hati buah ciku..hahhaa.. ok gak tu kan.tapi sedap tau.memang sedap kuih ni

kak yatie..
tu la, saya guna slice cheese je.saja tak mo guna cheese biasa tu.nak jimat kunun.hehe.. kak yatie sah suka kuih cam ni..lembuuttt cam kuih2 lapis gituu. waa apamm..naakkkkk

lina said...[Reply to comment]

izan - kreatif betul boleh di cuba ni

Ina said...[Reply to comment]

x prnh plk merasa kuih cara kentang bkeju. wlaupn bontotnya dh disorokkn rupa mu ttp mjadi pujaan hatiku... ahakkksss...

eliyaezlinalias said...[Reply to comment]

huh! kentang+cis=aku gemuk!

Jagungmanis said...[Reply to comment]

salam kak Izah..
wah sedap nih cara kentang..
kalau di Ina namanya kue lumpur..
dg keju banyak2 lebih sedap ya.. hahaha