CSS

Friday, April 22, 2011

Kuih Dadar Coklat


Assalamualaikum..

Asik coklat je berturut2 entry saya ye. 
Kuih ni buat pagi tadi for breakfast anak2.
Roti dah habis, nak buat segan. 
Budak2 nak makan jem coklat pulak.
Jadinya round2 kat list kuihmuih.
Tertarik nak cuba yang ini.
Sangat sedap!!
Saya tak buat jem coklat cam dlm resepi. 
Guna yang beli punya.
Mekasih kak Wan untuk resepi ni.
Anak2 suke siap makan rebut2 lagi.


KUIH DADAR COKLAT

Bahan Inti Coklat

100 ml susu cair
25 gram gula pasir
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
100 gram coklat masakan (potong kasar)
1 biji kuning telur
1/8 sdt garam

Bahan Dadar

200 gram tepung gandum
2 biji telur dipukul sedikit
1/2 sdt garam
2 sdm majerin dicairkan
400 ml susu segar/santan cair
sedikit coklat emulco
majerin untuk meleser *saya tak guna.

Cara-cara :

1. Inti: Didihkan susu cair secara double boil hingga berbuih ditepinya. Larutkan serbuk koko dan gula dengan sedikit air panas, tuangkan ke dalam susu cair tadi kacau rata. Masukkan coklat masakan, kacau perlahan sambil dimasukkan kuning telur dan tepung jagung untuk memekatkan inti, Angkat biarkan sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk untuk memekatkanya.
2. Dadar: Satukan bahan dadar, gaul rata hingga tidak berketul. Tapis.
3. Asingkan 100 ml adunan, masukkan coklat emulco, gaul rata dan ketepikan.
4. Adunan yang selebihnya dibiarkan dengan warna asal.
5. Panaskan non stick pan, leserkan sedikit majerin dan ambil piping bag gunting sedikit saja muncungnya, masukkan adunan coklat dan picit bentuk zig-zaz ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Biarkan sekejap dan segera tuangkan adunan warna asal diatas jalur coklat tadi (jgn diantaranya kerana jalur coklat akan tertanggal) dan lenggokkan adunan menutupi dasar kuali. Buat hingga habis.
6. Ambil sekeping dadar, isikan 1 sudu kecil inti ditengahnya. Gulung secara melintang jaluran tadi.
7. Pastikan dadar suam sedikit sewaktu memasukkan inti coklat gulung dengan cepat supaya inti tidak cair.
8. Jika tidak mahir dengan piping bag gunakan sudu kecil untuk membuat jalur.




32 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

menariknya kuih dadar ni.. ada coklat lagi sure ler budak2 suka ni.. terliur pulak akak tgk....

anymz said...[Reply to comment]

eh!..telur dadar ada cekelat?..apa rasanya tu?..
haisshh..nyamfah...balik ah!..
layan nor lah lebih baik..bukan nya puan rumah ni nak bagi rasa pun?.

sreet..oops..ambik resepi dulu bawak balik..dia tak bagi makan tapi bagi resepi pun jadi laaaaa

Zalieda Zaliedana said...[Reply to comment]

Eh kak anim nih dah rabun itik ke..Kuih ngan teluq pong xpasan,muahaha..Sorii kak nim guwaw2..Ishk xabih2 menu coklat jer..Nmpak menarik,pasti lah dak berdua tuh berebut kan..Eh akak ngan laling lomantik berebut2 x.hihi..

Mas said...[Reply to comment]

rasanya macam kuih apa makcik....he..he..
sedappnya tengok..kompom ain ngan daniel suka ni...he..he..

~Norul Mas Hana ~ said...[Reply to comment]

cantik nyer kuih dadar..mesti sedap ni..anak2 mesti suka,lagi2 ada coklat.. =)

lina said...[Reply to comment]

salam izah - sorry tak faham cam mana nak buat berwarna coklat tu masa nak dadarkan ke...hahaha

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
tu la kak.saya tengok balik pun camterliur je pulak.hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
kak anim.. kak nim baca komen zaliedana tu.dah baca dah.. hahaha, ambikkkkk..kikiki..biasa la kak nim tu siti.. tu la suh tukor tudung warne pink tak mau.nak kelabu jugakkk..kiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zaliedana
eh cam suke je komen ko ni ct.hhaha.. aipp dengan laling makan suap suap.haa suap la sangat.suap anak kan..adehh

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
rasa dia macam apam balik inti coklat. eh bukan, pankek inti coklat.eh tapi dadar ni lagi lembuuttt je.aishh ko try la dulu.aku pun buat separuh je nak try.100gm tepung.tapi bebudak suke sangat.leh buat lagi ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@~Norul Mas Hana ~
itu la pasal. ada inti coklat tu yang diong suke sangat tu kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@lina
ha ah. yang atas tu untuk inti.ketepikan ye. untuk dadar tu bancuh semua, ketepikan sikit dan letak coklat emalco.pastu dlm non stick pan amik adunan coklat tu, saya guna sudu je, gariskan atas pan.biar masak kejap, baru tuang adunan yang putih pulak atas yg coklat tu tadi. paham kan?

suri solehah said...[Reply to comment]

salam izah..menariknya..ada coklat lagi..tapi kalau akak buat sah tak jadi cantik gitu,,,pinjam tangan leh izah?

Nazrah said...[Reply to comment]

wow..kalau saya buah dah sah sah tak cantik..mesti anak anak saya suka gak

cik cek said...[Reply to comment]

Rajin n kreatifnya adik kak cek sorang ni....kak cek nak sekeping...ada lagi ke...he he

LiNa_Pg said...[Reply to comment]

izah yg ni ada rasa cam pancake versi nipis ke?menarik ni.kalau wat mesti anak2 suka

Yatie said...[Reply to comment]

menariklah dadar belang2 ni...kaya dngn cekelat....takmo kwn Muaz sbb bagi Hamka daun stoberi jek...huhuhuhu...

Unknown said...[Reply to comment]

uishhh sedap ni menarik jer tgk....copy resepi dulu masuk list..hehe

Sally said...[Reply to comment]

Izah,
cantik moleknya ko dadar..sekata jer..terliur tengok..bak sini skping!!

Unknown said...[Reply to comment]

selamat malam izan
kalau dapat kat ayu... ayu tahan dari makan...
ambil gambor banyak2.. ya ampun... cantiknya...

bab coklat tu... daku suka ko...

aeinio said...[Reply to comment]

pandai betul izah ni mengoda selera anak2 thumbs up!

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

waduh2 izah.... cute sungguh kuih dadar izah buat nie.... suka tgk tau :)

izahdaut said...[Reply to comment]

@suri solehah
ala kak cube dulu. biasa saya tak pandai jugak.tyr n error je kak.kalau biasa buat lempeng lagi la kacang je ni...hihi

izahdaut said...[Reply to comment]

@cik cek
kak cek.. sah sah dah habis.hehe.. bebudak ni pun makan rebut2 ..teruk betull perangai..haha

izahdaut said...[Reply to comment]

@lina_pg
ha ah kak lina.penkek versi nipis tapi rasanya lembuuttt lagi ni. sedap kak.anak2 saya suke sangat la

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
hahahaa... muaz kata dia nak bagi dadar coklat je kat hamka.nak ke tak nak? laa hamka tak nak pulak sebab coklat.hamka nak dadar kaler ijau.gi suh mama buatkan yee..kiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nieza
masukkkk..haha.. list dah panjang cam highway dah sama cam saya..hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sally
sebenornya tak sekata juga. tapi bila dah gulung idak la berapa nampak kan.kamere trick..ceehh yoyo jee..hahah

izahdaut said...[Reply to comment]

@Citarasa Rinduan
hahaha.. kalau ayu dapat bau nya tak dan nak snap ko, terus ngap masuk mulut.apa cer? adehh

izahdaut said...[Reply to comment]

@aeinio
bukan pandai dah..dah tahap pening dah..hahaha.. bebudak ni susuah jugak nak jangka.dulu2 suke, bila buat tak suke pulak.ee geram pun ada kengkadang tu..hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Diana @ Melley Mey
kak diana.. irfan musti suke kot.sebab ada coklat ni.try la kak

izahdaut said...[Reply to comment]

nazrah bakery..
sah sah anak2 suke.. try la buat dulu.senang je sebenarnya.kalau biasa buat lempeng atau pankek insyaAllah menjadi..