CSS

Sunday, January 16, 2011

Talam Sujee Coklat


Assalamualaikum..

Ada permintaan nak makan talam sujee coklat. So saya try je la letak serbuk coklat kat kepala talam ni. Hubby makan kata sedap. Habis la jugak berketul ketul di makannya. Pada saya, dah kata talam sujee, memang sedap lembut dan terasa juga coklatnya. Mungkin kurang kuat je kot. Boleh ditambah sikit lagi serbuk koko nya kot. Banyak nor kot nye ye..hehe


Cam biasa resepi dah pernah dibuat dulu  di sini, dari Chef Asma yang dikongsi oleh blog bdaria. Saya kongsikan skali lagi di sini. Mekasih ye.

Ada gerutu-gerutu kat kuih tu kan, sebab masa kacau adunan atas periuk tu, tak perasan kat bawahnya dah berketul. Terlama kat atas api. So pada siapa nak cuba hati-hati tang kacau tu.



KUIH TALAM SUJI (coklat)

BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
90 gram sugee @ semolina*
225 ml air*(*disatukan dan rendam 30 minit)

110 gram gula halus  (letak 100 gram)
1 biji telur
100 ml santan pekat
125 ml air
Beberapa titik pewarna kuning
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)


BAHAN LAPISAN ATAS :-)
150 gram gula melaka, potong kecil*
25 gram gula pasir*
250 ml air*
2 sudu makan serbuk koko*
1 sk coklat paste*
secubit serbuk nescafe*
1 helai daun pandan*(*disatukan dan masak hingga gula larut, sejukkan)
75 gram tepung gandum
1 biji telur (asal 1 1/2 biji)
125 ml pati santan
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan kukusan. Alas tin berukuran 8 inci x 8 inci x 2 1/2 inci dengan plastik bersih. Ketepikan

    1. UNTUK LAPISAN BAWAH :- Satukan semua bahan2 lapisan bawah kecuali sugee, kacau hingga gula larut dan tapis adunan tadi. Masukkan sugee, kacau rata dan tuang dalam periuk, masak atas api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan kental. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan kukus 25 minit pada api sederhana, tutup permukaan tin dengan aluminium foil atau tudung periuk masa mengukus.
    1. UNTUK LAPISAN ATAS :- Satukan semua bahan2 untuk lapisan bawah, kacau rata dengan whisk hingga gula larut. Tapis dan masukkan ke dalam periuk, masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat. Matikan api. Berhati2 tuang atas lapisan sugee tadi (gunakan kaedah menuang bancuhan ke dalam senduk yang di letak atas lapisan sugee, ini bertujuan mengelakkan lapisan bawah tercedera), tutup kembali permukaan tin dan kukus 30 minit pada api sederhana. Bila masak biar betul2 sejuk sebelum dipotong....Selamat mencuba..



19 comments:

cikmanggis said...[Reply to comment]

rajinnya izah..respek la Cm pada izah ni..dah lama cm tak buat kuih muih yg cam ni...lain kali bila ada seru boleh lah cuba resepi ni:)

Yat Maria said...[Reply to comment]

wuiiiii....talam ai likeeeee...esp ada sujeeee...

fara dean said...[Reply to comment]

salam..menggoda sungguh!

Iza Akma said...[Reply to comment]

salam, talam suji yang menggoda..dan semestinya sedap..sukernya..

hana said...[Reply to comment]

makciikkk kata melapisss..mana kuih lapisnyer?? ker talam nih yg dikau maksudkan berlapis?? konpius makcik sini! ppon aku nak jugekkkkkk.. eh suji er? bukan salji er?? *berlalu...

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

salam izah..kuih ni klu bt berlapis2 blh jadi mcm talam suji alunan kasih kan..:)))

izahdaut said...[Reply to comment]

cm..
ala biasa je..ada permintaan nak kuih ni la cm..tu yang buat tu..dah sampai pun ke destinasi dan selamat dimakan ..hehee

yat maria..
tu la..lemak gitu kan bila ada sujee

faradean..
tergoda ye..bulih cube

iza akma..
tu la, sila la mencsri tepung sujee..buat kek pun sodap kan..akak tak nah try lagi

hana..
muekekee...lapis nya ada..kat peyrut niha..akakaka..ada, malas nak entry lagi.esoklah.aku buat lebih santan buat kuih ni la.ni untuk orang.untuk aku membaham aku buat la kuih lapis.makelom..nak tambah lapisan lagik...ikikiki..buat khazanah seni..ya ampoonn

deliah deli..
hamboii mentang kreative...hahaha.. gasak del boleh je..janji talammm.hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

del.hahaha..ke sebab talam aku ni beralun..wakakaa...perli nampak..hampesss tul ko del..

Mas said...[Reply to comment]

makcik...lmbt lak bertandang rmh kau ari ni, pgi ni sibuk sikit gi beli barang...he..he..
dah hbis blum talam suji tu...nak ngendeng ni....entah kurun bila aku nk buat kuih ni....

Ida Ddapur said...[Reply to comment]

dik izah....k'ida nak kuih talam suji sikit boleh..bingka suji pernah juga buat tang talam ni belum lg...sedap eh..bila nak buat ni..banyak benor list nak buat..tapi tak terbuat2 jugak..ih3

Teratak Berpenjan Kayu said...[Reply to comment]

Salam, kak izah =).
Sodap benor gaya,mutu dan keunggulan kuih mu itu..
terpikat kito kat sini..
Saya vee@Nurul@mrs.Nurulazmi..
blog lama dah tutup..dah pencen ats sb2 tertentu..
maka nya, saya bukak blog baru..baru berusia 3 hari..moh..jemput lah dtg teratak baru saya...blm ado resepi lagi..tgh carik mood nak start blogging nih.. ;)

desperate mama said...[Reply to comment]

izah, menggodanya kuih talam diaaa...... kecuq ayyaq liyoq...

Nieza said...[Reply to comment]

sedap ni...dulu masa dok bangla selalu buat coz byk tepung suji...hehe tapi memang sedap mkn x jemu...haha bak mai seketoi..hihihi

anymz said...[Reply to comment]

waah ini sudah cantek..tepung suji dah ada.cuma nak tambah bahan2 lain tu sikit je lagi..hehe

zah..maceh bg award kat akak ya..sebab bg award, ni akak bg kek kaler merah..akak bg 4 ketui cukup le utk zah anak beranak..hehehe

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...[Reply to comment]

Saya memang suka makan kuih talam..tapi yg jenis ni belum sempat lagi dicuba...jelesnya kita...

sonata anak kancil said...[Reply to comment]

saya suka kuih talam ! tk kongsi resepi...senang2 nak cuba la yang ni

izahdaut said...[Reply to comment]

mas..
dah habis mkcik...sapa suh dtg lmbt...saje buat dengki kt org kuar poya2 neh...kiki

kak ida..
bingka sedap kak? saya tk nh try lagi...so far talam je..talm sedaapp..

izahdaut said...[Reply to comment]

mrs nurul azmi..
mana link nyer..tak dpt masuk ler..lo napa tutup plak?bagi link nnti akak masuk ek

desperate mama..
try la fidza, senng je kuih talam ni..kompom jadi nyer

nieza..
bertuah weh pusing dunia..ha ah..tepung ni mmg mknan org india blah2 sanA la kan

kak anym..
mekasih la bagi kek..sukenya kalau dapat makan betui2...huhu..kak nim, sila la mencemar duli menstim muka buat kuih talam ni ye..

nazrah bakery...
tu la, kalau ada kesempatan musti try..busy ngan order yee...hee

sonata anak kancil..
musti try.kuih talam ni rasanya antara yang tersedap pernah saya rasa la..tapi ikut la jugak.ada jugak tekak tak leh masuk gak talam ni..boleh try dulu yeee

lina said...[Reply to comment]

adeh byk nyer kuih yg menunggu utk di buat tp yg ni mmg suka sgt