CSS

Friday, January 7, 2011

Marble Chocolate Cheesecake


Assalamualaikum..

Kek lagi...belasah je la. Pandai-pandai le lemak tepu dalam badan nak duduk kat mana kan. Hehe.. Ni pulak edisi menghabiskan creamcheese. Sebenarnya teringin nak rasa Red Velvet Cheese cam umah kak Anymz tu. Tapi tingin jugak kek yang mcm kat umah kak Hana. Resepi yang ini dah pernah buat tapi tak ingat rasa cam ner sebab buat untuk order orang. 

Ada lagi beberapa ketul kek ni, separuh lagi selamat dibawa hubby ke opis hari ni. Oh ya, saya pernah juga buat kek marble cheese coklat ni resepi kak Yatie. Macam kt umah kak Nor ni. Tapi kan...tekak saya lagi suka yang kek resepi kak Yatie. Lagi moist, terasa coklat berlawan dengan creamcheese tu. So bagi sapa belum cuba, boleh try la yang mana satu idaman kalbu.




RESEPI MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE

Bahan-bahan

Bahan A
  • 180 gm mentega - hana lebihkan 20g
  • 170 gm gula halus (gula kastor)
  • 3 biji telor gred A (berat kurang lebih 60g sebiji) - hana gune gred B je
  • 20 gm serbuk koko *
  • 120 gm tepung halus *
  • 1 camca teh baking powder * (bahan * diayak bersama)

Bahan B
  • 250 gm cream cheese (pada suhu bilik)
  • 60 gm gula halus (gula kastor)
  • 1 camca teh esen vanila - hana buh jus lemon utk kurangkan muak cis
  • 1 biji telor gred A

Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepungsedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dengan spatula.
  5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  6. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  7. Tuangkan separuh adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  8. Tuang pula kesemua adunan cream cheese dan ratakan.
  9. Tuangkan baki adunan coklat dan ratakan.
  10. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.






19 comments:

anymz said...[Reply to comment]

huuihh..sodapnyaaa....akak mmg suka kek yg ada cream cheese..lantak pi la lemak tu kan izah..kita balun jek kek ni manyak2..kecik2 dulu kita tak dapat kan?..kan?...

lina said...[Reply to comment]

lina dh buat...mmg suke cake ni :)

Mas said...[Reply to comment]

makcik..mas pun nak buat gak kek ni, tpi kan makcik, aku lupa nk beli cream cheese semlm....hu..hu...
makan kek kau dulu laaaa...aku nk gakkk..kau dah mkn bykk...he..he..

K.Nor said...[Reply to comment]

jom tambah lemak tepu hihi

Sari Yusa Ibrahim said...[Reply to comment]

mmg sedap, akak suka

Ayu said...[Reply to comment]

salam izah,
terasa kecoklatannya kat tekak akak ni..sedppnya..

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

salam izah...x relaku digoda taw..klu blh ptg ni gak nk p beli cheese :))

hana said...[Reply to comment]

rasa macam nak hantuk2kan paler kat dapur.. padahal baru jerk makan! huwaaaaaaaaaaa....

Ribbon Clown said...[Reply to comment]

nampak sedap giler.. meleleh je air liur klu masuk dapur awak nih hehe

cikmanggis said...[Reply to comment]

minggu depan ada buat makan makan sikit dengan anak anak.nanti nak cuba buat resepi ni la..tq izzah.nampak cantik:)

Yatie said...[Reply to comment]

Salam Izah,
Akak dtng lambat ni...ada lagi ke kek tu...tenet slow arinilah...nak update pun takde mood...cantik kek Izah...

Nieza said...[Reply to comment]

sedapnya kek ni nk buat nanti mkn byk pula...singgah mkn sini la....ada lagi ke tak ni izah?..hehe

kak Erna said...[Reply to comment]

iza..tak pernah cuba buat kek cheese..ambik resepi je..tapi tak de keyakinan..
cream cheese dah beli tu..1kg lagi he.he.

Anie said...[Reply to comment]

Izah,

Kita lagi susah nak abiskan stock membaking. Tentera ciput jer :( hb kalau mkn benda yg sama utk 2 hari, dia tak akan mkn lagi. Lepas tu saper yg mkn, I jugak....bertambah2 sihat lah akak mu ini!! boohooo

Sofea said...[Reply to comment]

nampak sedap...mesti,patut,wajib buat niii..;)

Arizakiah said...[Reply to comment]

Ari tu akak masuk klas belajar wat cheese cake sebab anak-anak sangat suka ...yang ni nampak lagi senang....

HaSue said...[Reply to comment]

ieee...kek!x kuasa i mkn kek2 nih..nanti gemuk lak i..ieee.. i bawak separuh loyang yer..wat anak2 i..kakaka :P

ijan said...[Reply to comment]

Mak aiii gebunya nampak.... lama tak mengcheese ni terliur la pulak... :D

Anonymous said...[Reply to comment]

Hi, I been coming to your blog to see what you've been baking/cooking for a while now and thought I'd write to compliment you on your efforts. I am so going to try making this marble choc/cheesecake. However, I'd like to comment also that I am finding it really super difficult to understand your usage of the Malay language :). It feels almost like I'm reading something thats written in Indonesian, and I can only understand less than 20% of something written in Indonesian. I am originally from Msia but growing up, non of my Malay friends ever spoke like this. My Malay had always been highly above average while in school so I'm quite surprised to find I am struggling to understand your writings. Could it be that you are in Kelantan or Trengganu where I've been told they speak different to how Malay is spoken in Kuala Lumpur? Or has the Malay language changed so drastically since I've migrated from Msia 17 years ago? :)

Sal