Sunday, January 30, 2011

Chinese Donut


Assalamualaikum...

Hujung minggu ni mesti ramai yang plan keluar bersantai-santai dengan family kan. Ada yang nak bershopping, bawak anak main games, bawak anak makan2, bawak anak main salji..eh main salji kan musim salji ni. Hahaha..teringat hubby saya cakap..amboii amboii kawan dia sekarang semua dah kat obersea, kat jepun la, ostrolia la, us la, singapore lah...haha.. of cozz la kan..kawan2 blog ni satu doniaa.. Tu belum cerita kawan kt Mesia lagi. Serata pelusuk negeri ada kan. Hehe..

Tak lupa juga yang plan cuti cuti panjang ngan family. Kan cuti CNY ni. Kami pulak tak tau ke mana. Ke kampung kah? Ke mana mana kah? Kadang2 ikut je mood suami. Kalau cik abang tu nak balik kampung dan dan je dia cakap..cik Jahhh (bukan nama sebenar) siap siap kemas jap lagi kita balik Kulim. Tak pun balik Lipis. Suke suki je...



Setelah letih merapik, kita kunyah donut ni ye... Donut ni tak guna yis bagai. MasyaAllah..sangat gebu la gebu la... Ana suka la suka la sampai lompat lompat la.. Sesiapa penggemar donut, jangan lupa try resepi chinese donut ni. Ikut je arahan dan bebahan tu ikut sukatan yang betul. Comfirm jadikk donut yang best dan gebu. Bebudak suka sebab rangup kat luar dan gebuuuu kat dalam. Saya buat bentuk biskut chipmore kecik tu..  Mekasih buat kak Ida.1001 resepi.



CHINESE DONUT
sumber: 1001 Resepi

Bahan:
2 cawan tepung
1/2 tsp. garam
2 ½ tsp baking powder
1/3 cwn butter flavored shortening (or butter) * saya guna butter
¾ cwn susu segar 
Minyak masak untuk menggoreng
gula castor untuk salut donut
*saya tambah secubit serbuk kayu manis ke dalam gula castor

Caranya:

1. Satukan tepung, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.
2. Masukkan butter ke dalam mangkuk tepung tadi dan gaulkan sehingga menjadi crumble atau menjadi seperti serbuk roti. Gaulkan sehingga tiada ketulan besar.
3. Masukkan pula susu segar dan gaul hingga menjadi doh berbentuk bola.
4. Menggunakan tangan, uli lembut (picit-picit) doh 8 ke 12 kali. Jangan terlebih uli.
5. Panaskan minyak atas api yang sederhana kecil.
6. Ambil sedikit doh bulatkan berbentuk bola dan leperkan sedikit seperti bentuk biskut.
7. Gorengkan sehingga keperanganan, selama lebih kurang 2 minit setiap bahagian.
8. Angkat donut dan terus golekkan ke dalam castor sugar untuk salutan.

Nota: Saya buat separuh dari resepi untuk percubaan. Ternyata memang mendapat sambutan dari diri sendiri dan anak2. Memang sedap dan gebu!!! Nanti nak buat lagi...

18 comments:

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

izah..ni bkn resepi donat yg main jemput2 je terus goreng tu ke..*anak2 mmg suke donat tabur gula cm ni..tmasuk mak dier :)))

hani said...[Reply to comment]

kak izah,
pandai tul menggoda time2 ujan ni...emmmm aku tergoda sudah!!!

hana said...[Reply to comment]

mak jahhhhhh.... donut spoloh bijon bungkus!! nak mkn dlm igloo! hahahahaaa

Yatie said...[Reply to comment]

Salam Izah,
Dari smlm ujan memanjang...perut lapor jek...kalau dpt makan donutmu itew..sedapnya....aaahhhh nak wat gaklah...kalau rajin snap gambor kalau dah pelahap tak sempat...wakakkakakaa...wokey akak nak nguli tepung skrng...hah3....

Mimiey.. (^-^) said...[Reply to comment]

yogurt nk buat donut baru je bli semalam,dh tayang donut baru...ni yg hangin nih...nk hilang hangin,kena g mengadap chinese donut umah kak izah la nmpk gayenye ni... hehehhehehe

Mas said...[Reply to comment]

makcik...donut ni memang terus goreng kan..uli pun kejap jer kan.....
aku suka donat senang macam ni...
arrrgghh..nak buat gak nanti...

fara dean said...[Reply to comment]

sedappnya..
pagi2 dah nengok chinese donut ni..dah le come2..
a'a kan..sejak sy berblog ni pun..makin ramai kwn sy dpt..walau x [enah brjumpa..hihi

aidah said...[Reply to comment]

Salam Izzah,
CNY ni akak sekeluarga memang tak kemana sebab hujan memanjang. Cuaca pun mendung je memanjang.Chinese donat tu nampak sedap je, kalau buat untuk anak2 mesti sedap

Jamie said...[Reply to comment]

ujan2 ni dpt makan donut panas2..alangkah nikmatnya..hantar sepinggan ke sini boleh tak...

anymz said...[Reply to comment]

waaaah..rembat donut 10 ketui kat sini..tuan rumah tido nampaknya tu...

Nieza said...[Reply to comment]

izah, lawa donut mu itew...nk tukar ngan burger malaysia la..hehe btw nanti nk cuba juga donut tanpa yis ni bagus juga dlm cuaca yg sejuk beku kat sini kekadang yis tak mau naik sgt.

Anie said...[Reply to comment]

Izah,

Rajinnya menggentel donut yg kecik2 ni. Waahhh dah ada plan ke nak cuti2 dkt kampung utk CNY....seronoknya!! Lagi2 kalau last minute, mcm SURPRISE gitew...

Kak Sam said...[Reply to comment]

Assalamualaikum...
Chinese donut le pulak. Kita baru try donut yogurt. Berdezupp perginya. Penat benor teman rasa nak ngejonye.

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

ooo lain eyh..yg hr tu ada yogurt :)) resepi ni cm lebih senang jer..leh try sok..toche2 :)))

Rina NAR said...[Reply to comment]

slm izah, i dh try buat ni, mmg sedap la....ur recipe smua btl2 menggoda ehehe....i follow u k :D
http://cintarina.blogspot.com/2011/02/donut-cina.html

Anonymous said...[Reply to comment]

dah try..
sedap..
tq..:)

Rose said...[Reply to comment]

izah..ni bkn resepi donat yg main jemput2 je terus goreng tu ke..*anak2 mmg suke donat tabur gula cm ni..tmasuk mak dier :)))

faa.rosli said...[Reply to comment]

salam kak..

faa guna resepi akak ni n memang berbaloi,

thanks kak.