CSS

Saturday, January 15, 2011

Ikan Pari Masak Sambal Cili


Assalamualaikum..

Lauk dinner ni, bila tengok kat umah kak Nor teringat kesedapan ikan pari masak sambal macam ni. Jadinya saya buat lagi ikut style kak Nor dengan sedikit modifikasi. Memang sedap dan saya extra extrakan  cili padi tu. Hah dapat ke bayangkan kepedasan tu? Masa numis tu jangan cerita ler bau pedar lada tu. Mau jiran tingkat 4 pun terbersin. Ikikiki...

Wah harga getah naik 6x ganda ye..Senyum la mok kat kampung tu.. Tapi tu la, musim tak menentu jugak ujan je kan.. Rezeki kalau Allah nak bagi..insyaAllah.. Dalam berita kata D.O pun buat part time toreh getah. Wahh manyak masyuukk tuuu..


IKAN PARI MASAK SAMBAL CILI

2 ekor anak ikan pari ~ gaul dgn serbuk kunyit dan garam
5 bj cili merah * ~ diblend/tumbuk kasar *saya letak 2 biji
10-15 biji cili padi kisar *saya tambah
3 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih **saya letak 5 ulas
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 cawan air
2 kpg asam keping *ganti asam jawa
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap * tak letak
garam dan gula secukup rasa
daun ketumbar *tak letak
daun kari 2-3 tangkai *saya tambah
minyak

Panaskan minyak dan goreng pari hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumiskan bahan2 yg diblend/tumbuk kasar hingga wangi. Masukkan sekali daun kari masa menumis.
Masukkan juga lada hitam.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga terbit minyak.
Masukkan asam keping, sos ikan dan kicap.
Masak lagi hingga sedikit pekat dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Kacau2 dan masukkan ikan pari yg dah digoreng td.
Gaul hingga sebati dan biarkan sebentar supaya rempah tumisan menyerap ke isi ikan pari.
Masukkan daun ketumbar yg dihiris dan kacau goreng sekejap.
Padamkan api dan bolehlah dihidangkan panas2.




12 comments:

Mas said...[Reply to comment]

makcik...sedapp tu lauk pari...guna ikan lain boleh...he..he...nak minta gerenti dah licin...

fara dean said...[Reply to comment]

makan dgn nasi panas ni mmg sedap!!

K.Nor said...[Reply to comment]

wahhh ni dah banyak derhaka nih.. meh sini sepinggan! hehehe...berasap ya.. :)

Nieza said...[Reply to comment]

sedapnya ikan pari tu terliur nengoknya...lama dh x mkn tau kat sini lum jumpa lagi jual...tumpang mkn sini jer lah izah...hehe

hana said...[Reply to comment]

makcikkkkk.. ko loya2 ader maksud kaaaaa??? ayooooookkkk.... aku tak tauuuuu... muahahahaha.... Pari?? Pariiii??? 3 taun suda aku tak layan pari... sob sob sobb

anymz said...[Reply to comment]

pari masak sambal mmg sedap kan zah..akak suko..kalau bakar laaaaagi akak suko..huhuhu tumpang nangis utk hana yg dah 3 thn tak mkn pari...kesiannnnnn..

izahdaut said...[Reply to comment]

mas..
ko guna je la ikan lain, boleh je..kalau tanya aku la kan. kalau nak guna kat ayam, daging lembu, kambeng, itik, arnab pun boleh..kalau berani makan kuda pun boleh try masak cam ni.kot sedap..kahkahakh..apa aku merepek memalam ni labuu..

fara dean..
makan ngan bihun goreng kosong pun sedap..

kak nor..
berasap amat tak sesuai untuk orang2 yang masih batuk dan berkahak...hehehe..selain melukakan tekak juga akan menambahkan pedih perut..uisshhh baharoya

nieza..
rasanya pari ni musti tak nak berenang kat ober the sea.mek jepun pun meroyan 3 tahun tak makan pari.ish ish pelik jugak.tak de pari ke kat obersea ni.tapi tak leh jugakkan nak kata tak ada, yang mr hero buaya tu mati kena sengat ngan pari kan?

aduii apa aku merepek niiiii

kak hana..
aku tau la k.hana meroyan 3 tahun nak makan pari..tu yang rasa seminggu ni mcm nak buat entry ikan pariii je..hahahaa...saja la loya, nak buat cemana.banyak sangat makan.semuanya nak telan.hentah la bila nak insaff..nak kena gi gym ni gamaknya.tapi kalau gi gym, anak kecik aku tu nak main apa kat gym tu..sudahhh sudahh merepek lagiiiiiiiiii

kak anymz..
tibe2 letih menaip bila sampai nak reply komen kak anim..kak anim..mmg bakar sedap.tapi kalau try buat camni skali skala sedap tau....sedaaaaaaaaappppppppppppp

cikmanggis said...[Reply to comment]

mokcik kayo jika ada kebun getah luas:)hehe eh sedapnya izah lauk camni mmg sedap.Lagi pedas lagi sedap:)

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

salam izah..mlm2 br smpai..telan ayaq lioq jerk la nmpknyer :)))

ijan said...[Reply to comment]

Salam Izah,
Ohoho ikan pari paveretku. bila nak jumpa lagi ni ye.hehehe :D

Adiwieyah said...[Reply to comment]

salam ziarah sini..waw bestnye...boleh cuba ni...

izahdaut said...[Reply to comment]

cikmanggis..
betui cm.mmg kena ngan daging ikan pari yg lembut tu...tapi hati2 masa goreng ikannya.haha...cacat skit muka ni kena letup minyak dia..

deliah deli..
haha del, nasib baik ada jugak menda nak ditelan..tak gitu?kikiki

ijan..
tu la pasal..sympati tul.nanti balik mesia la baru jumpa ekk

adiwieyah..
boleh..... boleh dimasak ke pada mana mana jenis ikan pun..