CSS

Thursday, January 27, 2011

Roti Naik


Assalamualaikum..

Pagi-pagi makan roti panas-panas ni memang nyaman sekali. Roti naik ni resepi yang diambil dari rumah kak Hana. Even menggunakan tepung gandum, roti ni sangaaatt lembuuut. Tanpa pelembut roti juga wateroux. Kak Hana kata roti ni agak manis, jadi saya kurangkan sikit penggunaan gulanya. Anak-anak suka.


Bila sebut roti, teringat Ros Jintanmanis yang dah on the way balik ke Malaysia for goods. Terkejut jugak, pagi pagi tengok tajuk di awan biru tu rupanya dia dah terbang ke Mesia. Fuh macamana lah agaknya percintaan PJJ selama setahun dengan hubby masih di Jepun. Semoga Ros sabar dengan kesusahan dan ujian yang Allah berikan dan semoga urusan juga dipermudahkan.


RESEPI ROTI NAIK
resepi asal : Puan Asmahan Hanim via Nana Samat
copy: Kak Hana


Bahan-bahan 
  • 500g tepung gandum
  • 1 biji kuning telur gred A
  • 180g gula halus
  • 2.5g yis - hana lebihkan 1.5g
  • 113g marjerin
  • 37g minyak sapi@butter
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur + susu segar sapu sebelom bakar
  • sedikit mentega utk sapuan lepas bakar

*********************************************************************************
sukatan saya setegah adunan:

250gm tepung
3/4 biji telur gred B -suku lagi simpan untuk sapuan
60 gm gula halus
1.5 gm yis
60 gm marjerin
15 gm butter
1/2 cawan air
suku biji telur + susu segar + madu untuk sapuan


Cara-cara
  • Masukkan air, telur, dan gula ke dalam breadmaker. Masukkan pula tepung dan juga yis.
  • Setting Dough dan ONkan.
  • Bila doh dah bercampur, majukkan marjerin dan jugak minyak sapi. Biarkan BM terus menguli lebih kurang 11/2jam sehingga kembang dan siap.
  • Bahagikan doh kepada 20 bahagian. Bulat2kan dan susun ke dalam loyang.
  • Tutup roti dengan kain/plastik wrap sehingga naik sekali ganda lagi lebih kurang 30-40min. Sapukan dengan egg wash.
  • Bakar suhu 200 selama 15-20min sehingga keperangan. - hana bakar suhu 170 selama 20min.
  • Keluarkan dari oven dan sapukan sedikit butter supaya roti nmpk berkilat. Sejukkan atas redai. Bila dah sejuk boleh simpan dalam bekas tertutup.
  • Untuk uli tangan , rujuk resepi asal SINI.




 Jom mamam!!

39 comments:

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

Memang naik roti nyer kan.. nmpk sgt sedaaap.... rajin nyer izah buat roti... ermm kalu anak i irfan nie mmg dia suka mkn roti mcm nie...

Mas said...[Reply to comment]

makcik...macam mana...ok kan guna tepung gandummm...ada percaya ka.....
gebu betul roti kau tu....gerammm aku tengok...

izahdaut said...[Reply to comment]

Diana.. Tu la berbaloi buat sebab tetibe pulak ank2 jadi kemaruk mkn roti... Tak de la rajin pun. Sebab roti beli dah habis. Hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

Mas... Ye la resepi nye guna tpung gandum. Psss ada makcik aku meroti ngn tpung gndum jgak, huhuhu nasib tak mnyebelahi kuu. Keras kejung. Campak dlm tong je. Haha...

hana said...[Reply to comment]

kan kan kannnn... mmg best ar! laki aku suker gler roti nih.. dier yg tukang perabihkan... budak2 nih leceh klu tkde inti tanak mkn... huh!

Mas said...[Reply to comment]

wakaka...aku tak perasan resepi guna tepung gandum....
tapi aku memang dah lma tak guna tepung roti....

izahdaut said...[Reply to comment]

Kak hana betul la lembut giler. Lepas bakar je berketul2 masuk mulut.toce toce. Tu la aku pelik pulak bebudak ni nak pulak makan koson gitu. Mungkin dah manis kot

izahdaut said...[Reply to comment]

Makcik.. Heheh..aku tau makcik. Tula nanti aku try lagi gune tpung gandum sebab tpung roti tak da ni. Tak tau la mana silap ari tu. Dia jadi tak elastik tau doh tu. Aku dah rasa semcm ne. Naik cantik.. Bila bakar mcm batu. Hehehe

anymz said...[Reply to comment]

akak pernah buat roti ni dolu2,,memang lembut dan tak byk ragam..suka makan. cicah nescafe pun sodap.cicah masak lomak lagiiiii sodap kan zah..hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

kak anim..saja la tu sebut sebut lomak tu...tak heran...ecececehhh...haha.. teruk ah kak nim nih.

Yatie said...[Reply to comment]

Salam Izah,
Akak pun meroti gak arini..buat tocang, Hamka bukan main suka tngk bentuk tocang..hah3...jom tukar2, akak nak rasa gak roti naikmu itew...mmng gebu betullah...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

izah.. akak perasan bahasa izah berblog skrg ni dah berbezalah... dah boleh jd cikgu... sukalah org yg komplen izah dulu tu kan? tapi takpelah.. mungkin yg tegur dulu tu pun cikgu jugak kot.. so tak suka org guna bahasa pasor.. hehehe....

anyway.. roti tu memang nampak gebuss walaupun guna tpg gandum... berbaloi wt sendiri kan? roti kat kedai bakeri skrg pun bukan main mahal lagi... smlm beli 4 ketul roti sosej sbb anak2 kelaparan blk dr sekolah.. seketul pun dah rm2.20..(bukan besar pun rotinya) 4 x 2.20 = rm8.80.. fuh!!!

p/s: akak dh jwb soalan izah kat blog akak..

Kak Sam said...[Reply to comment]

Assalamualaikum...
Tak aci le cam ni. Awat le kat dapur orang roti ni gebusss ya amat, tapi di dapurku rotinya keras gitu. Tak pe usaha tangga jaya.

desperate mama said...[Reply to comment]

terbau bau aroma roti sampai ke kuantan... hehehehe.....

Sizuka said...[Reply to comment]

izah,

blog izah kena spam. so izah kena clear cache.

hari tu akak ada try buat roti naik guna recipe given by a friend. memang frustrating, langsung tak jadi. i'll try to bake another roti naik, using this recipe pulak. thx izah :)

NiezaMan said...[Reply to comment]

Izah, Roti naik tak pe..agak2 badan naik tak..hahaha

Lieza said...[Reply to comment]

Izahhhh....aduhhh...roti naik pulakkkkkkk....akak rasa kalau akak buat dgn akak sekali yg naik..uishhhh...ehhh ok juga yer kalau kita guna tepung gandum tu yer....lama dah tak meroti...arghhhh..

Mimiey.. (^-^) said...[Reply to comment]

ehhhhh....samala kita arini...camne nih...tapi bab bentuk jgnla compare,mie punya mmgla roti lagi,hazabbbbb....kat umah ni pn tpg roti dh habis,nnt lehla try guna gandum lak... tapi mintak yg ni dulula, sbb bun kacang merah tu dh yilek..

kak izah guna loyang size bape??? maklumla budak xpas meroti lagi,kenala tnya size loyang..hehehheh

lina said...[Reply to comment]

adeh izah- nak buat jugak la ...tp tentang menguli tu....tak tahan tu

mr. mama said...[Reply to comment]

salam..
mr.mama mai bawak nasi tomato nie, nak tukaq dengan roti sikit...he3xx...

Suzi said...[Reply to comment]

waaa gebu tu...ni buat lg semangat nak meroti...
anak2 akak memang suka mkn roti...

zarin said...[Reply to comment]

nanti akak pun nk try lah roti ni...haiii berapa banyak nanti pun tatau la..asyik2 beli je roti gardenia tu :D

StarAnise said...[Reply to comment]

salam, izah wat roti tu guna tangan or BM? cantik n gebusss. sy try cari BM tp xpenah jumpa pon...

Unknown said...[Reply to comment]

wah hebatlah izah...kasi 10 bintang ni...tak ada bm pun boleh buat roti gebus mcm ni...memang tabik ni..btw nk tapau roti gebus ni 2 ketoi...hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

Kak yatie.. Tu bukan hamka je suke tengok tocang tu...saya pun suke. Kemas je.. Hheehe. Ha ah kak tak rugi buat roti ni memang gebuuuuu

izahdaut said...[Reply to comment]

Kak madihaa... Hahah.. Mana ada, tu la apa yang dalam hati cakap saya tulis aje. Ikut mood je tu. Tibe angin barat daya dtg tah hapa2 jugak kak. Hehe...

Tu dia mahalnya kan roti sekarang ni. Tak pe la buat sikit2 roti tuk makan sendiri ni kan.

izahdaut said...[Reply to comment]

Kak sam.. Waalaikumussalam wrahmatullah

Mungkin tak cukup uli lagi kot. Dedulu masa saya memula buat roti masih tak reti tek nik menguli ni. Tapi bace2 info tentang meroti baru dapat sikit teknik2 menguli . kena uli lama sampai doh tu elastik baru akan gebu. Sampai doh licinnn bebetul. Tak pe cube lagi

izahdaut said...[Reply to comment]

Desperate mama.. Melampau ko fidza samapi kuantan. Oo bau melalui imaginasikan.. Heheh

izahdaut said...[Reply to comment]

Sizuka.. Akak mekasih bagitau tau. Dah clear dah.

Akak.. Memang rekemen kan resepi ni. Sangat soft dan gebu. Kalau hubby saya kata tak banayk lubang angin. Hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

Kak niezaman.. Akak..... Tarik balik kata kata mu. Hahahah... Majuk ahh terasa uuu. Kikiki

izahdaut said...[Reply to comment]

Ezadlieza.. Akak.. Hahaha.. Nak buat cemana, dah tak leh diibendung dah gejala naik ni . Haha.. Ha ah guna gandum je tapi lembuuttt jeee

izahdaut said...[Reply to comment]

Mie... Akak pun tak ngukor la size loyang tu. Tak besar mana pun. Kira kalau susun 9 ketui roti tu dekat dekat je. Nanti baru cantik bercantum tu. Jangan risau kena buat lagi dan lagi.. Kena cube lagi. Nanti dapat time jadi tu rasa bestt sangat bila dah berjaya...

izahdaut said...[Reply to comment]

Lina... Hikhik.. Uli jangan tak uli... Leh try ni guna tepung gandum je kan

izahdaut said...[Reply to comment]

Mr mama.. Nasi tomato kasi lebiyy ok. Hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

Kak suzi.. Yang ini memang gebu lah. Anak anak saya pun suke makan walaupun kosong. Biasanya diorang ni susah sikit nak makan kalaj roti kosong ni

izahdaut said...[Reply to comment]

Kak Zarin... Hahaha... Biasa la tu kak. Ikiki.. Nanti yang tak pasti ke yang pasti tu kita tak pasti kan. Datang seru nanti menderu2 je nak cube resepi kan...

izahdaut said...[Reply to comment]

Staranise...tu la. Bm memang susah nak dapat sebab katanya permintaan kurang. Tapi cube cari jenama kenwood dan kat cosway. Kat situ ada..

izahdaut said...[Reply to comment]

Nieza... Mmg gebu tau. Erkk mmg suh bibik je yang uli ni... Heheh.. Nanti boleh try. Simpan dua hari pun lembut je. Tapi saya suka buat style mak. Bila nak makan lembut mcm lepas dibakar.. Kukuskan roti 15 minit. Nanti roti tu lembuuuttt mcm baru lpas dibakar

Sue @ Nenie said...[Reply to comment]

Salam Akak..nampak pun memang gebusss roti ni..jelesss juga nak cuba ni..

Aka, apam tu, saya pukul adunan telur tu sampai double volume dan kukus ngan api besar...