Saturday, January 22, 2011

Ayam Masak Merah dan Acar Timun Masak


Sebenarnya hari memasak nasi minyak n ayam ni, yang tinggal dalam peti ais cume ayam, tomato, timun dan carrot. Barang lain semua dah habis. Maka terjadi la menu simple ni, tapi bila dah makan cam meriah pulak rasa macam makan kat kenduri kawin. Resepi chooppy@myR. Tup tup Mas pun buat dan entry jugak ayam ni. Janji dalam mimpi la tu bak kata kak Hana tu...

AYAM MASAK MERAH
Sumber : Choppy
copy: Mas

Bahan :
  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram - Mas tambah
  • 1/2 ketul kiub ayam - Mas tambah
  • garam dan gula secukupnya
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya
Cara :
  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos, sos tiram dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.




ACAR TIMUN MASAK
sumber: kak yani@myR

1 batang timun
1 batang lobak merah
2 ulas bawang putih
1/2 bawang besar
3 sudu besar cuka
garam
gula
1 cawan air
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar cili giling
1/2 sudu kecil biji sawi

Caranya:

  1. Belah 4 bawang putih. Mayang bawang besar
  2. Potong memanjang lobak merah dan timun. Rendam dalam air garam
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih
  4. Masukkan serbuk kunyit dan cili. Tumis sampai wangi.
  5. Masukkan air. Biar sampai mendidih
  6. Masukkan timun dan bahan-bahan lain. Jangan terlalu lama. Agak-agak 2-3 minit. Kemudian padamkan api.


*Saya buat acar ni guna bahan yang ada je. Sedap acar ni walaupun tak de biji sawi tu. 

10 comments:

K.Nor said...[Reply to comment]

owhh makan besar arini ya.. nasi minyak lg tu.. cukup lengkap dgn geng2 dia... akak buat nasi goreng jer .. hehe

Mimiey.. (^-^) said...[Reply to comment]

kepak..kepak..kepung..kepung... kompang dipalu pengantin lalu...cewahhhhh....ni pengapit pengantin dtg nak tnya,bila nak bagi nasi minyak ngan setnye tuh...pengapit pengantin dh lapo tahap nak pingsan nih...

fara dean said...[Reply to comment]

salam izah..
amboiii..bnyknya laukk..
lengkap serba serbi
bagus22..isteri solehah ..mak mithali..meh la ajak kita mkn kat umah awak..haha - x malu! :P

Princess Nur said...[Reply to comment]

sedapnya..

Mas said...[Reply to comment]

makcik....kau pun tak kurang hebatnya...set nasi minyak tu....perhhh..memang kena ngan ayam masak merah choppy tu,aku dah tahu..compom sedappp bangat ni....
jemput la aku makan sekali...he..he..

Suzi said...[Reply to comment]

izah, nasi minyak dgn ayam masak merah serasi sgtlah tu...
akak tak pernah buat lg acar masak camtu...blh try nanti.

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

salam izah...nasi ada lg? br balik ni...blm mkn lg :(( *yg sbnrnya dah mkn nasi beringin sebungkus :)))

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...[Reply to comment]

Acar timun masak, belum pernah try.... k nanti nak try.

Yatie said...[Reply to comment]

Salam Izah,
Rajinnya adik akak sorang ni...siap nasi ujan panas lagi...meriah kaler maler nasi tu...anak2 tentunya seronok makan...nak tambah Ummi, nak lagi Ummi...Umminya tersenyum simpul sambil tambahkan nasi si anak tadi....alamak, akak pulak yg syok..seolah2 nasi ujan panas ni ada di depan mataku....oww..tidak....laparnya...

Kak Sam said...[Reply to comment]

Assalamualaikum...
Nak try gak le. Tapi bila yek?