CSS

Saturday, January 1, 2011

Ayam Kicap Berempah Harum


Assalamualaikum..

Lauk untuk lunch kami anak beranak. Buat banyak sikit, senang boleh sampai ke malam karang. Maklum ler hujung2 minggu tanpa 'bantal peluk' di sisi. Hahaha.. Tak de la dapat jalan-jalan cari makan. Duduk je senyap-senyap kat rumah kan. Masak jela apa-apa yang berkenan di perut anak-anak.

Resepi kak Dayang ni, memang best!! Sangaaat sedap dan harum sesuai dengan namanya itu. Bebudak makan pun sangat berselera. Saya tak buat pedas, tang cili tu saya skip. Hanya gantikan sikit dengan cili sos. Tu yang berselera tu sebab tak pedas dan terasa wangi bahan tumis tu memang mengancam. Makan nasi dengan kuahnya saja pun dah sedaaap. Mekasih kak Dayang. Lauk-pauk kak Dayang memang kena dengan citarasa kami.



Ayam Kicap Berempah Harum


bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam - optional *tak letak
  • 1 sudu makan cili giling *tak letak
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya
  • sedikit garam
Bahan-bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas

Cara-cara :

  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih. 
  3. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air dsbya mengikut citarasa sendiri)
  4. Hidangkan panas-panas setelah masak. 





10 comments:

anymz said...[Reply to comment]

mmmmmmm....harumnya bau ayam tu makcik oi..sampai ke negori terbau nih..hebat makcik zah masak kan..kan..
hehehe

hana said...[Reply to comment]

makcikkkkk br sampai nih tgh mlm! ayam dah masuk reban kaaaa?? g tangkap sekoq jap! kekekeke

Mat Gebu said...[Reply to comment]

Waaaa..memanggil2 harum nyaaaa...sampai ke Johorrrr...eh sampai ke Jepungg jugaaaaa..hahaha

Mimiey.. (^-^) said...[Reply to comment]

huih,pe yg harum nih???ada org masak ayam berempah harum rupenya...nk tumpang diner blh ka??? kak izah, epy new year...ape azam baru????hehheheh...

Mas said...[Reply to comment]

haaa...harummmnya dah pusing ke shah alam lak..he..he....
makcik...ayam masak mcm ni ain ngan daniel suka....esok lusa boleh buat ni..kena tangkap ayam dulu..he..he..

izahdaut said...[Reply to comment]

makcik anymz..
apo ni mokcik mokcik..hahhaa... mokcik kan kak anim balik..tak kira..tak kira.

kak hana..
kak hana tangkapkan, aku tukang suluh lampu je...haha..eh ayam sekarang dah duk dlm kandang beraircond la..ee kampung tul...hehhee

cik mat..
kalau bau sampai ke johor, dia patah balik ke KL sebab bau kat johor lagi kuat dan enak..haha

mie..
ah jangan kau tanya azam baru.... azam bersambung punya..haha

mas..
kalau tak dapat tangkap ayam, nanti aku tolong suluhkan pulak ye..ni aku tengah tungu kak hana tangkap ayam..haha..

siyes mas, mesti budak berdua tu suka

Trying To Be Muslim.. said...[Reply to comment]

kok kokokooooook.......muehehe..mau ayam kampung belakang rumah ayu nih....lintang pukang lari nengok recipe yang dasaaaaaaaat ni.....wat ayu lapor la pulak lepas kelas aerobic ni...huk3......

Unknown said...[Reply to comment]

salam izah,
sorry ler hari ni terbang jet slow...lambat skit sampai...sure ayam pun dah abis...tapi bau harum tu pun sampai ke dapur kita juga ni yg dtng intai...hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

ayu..
wah aroebik musti peluh peluh..pastu makan ayam..sedap sedap..ayam kampung buat rendang sodap....

nieza..
hahhaa.. ye lah tu.. ha ah dah habis dah.kompom...gi tangkap ayam dulu.pastu buat ek

Jαnnαhツ said...[Reply to comment]

nak try lah. tp tak nak masukkan rempah tu. cerewet. dalah xpandai masak guna rempah... wuhu.