CSS

Monday, January 31, 2011

Roti Paun dan...mengundur diri?


Assalamualaikum..

Buat sahabat yang berkunjung ke blog saya, terima kasih saya dulukan. Dengan kehadiran kalianlah yang mewarna pelangikan hidup harian saya.  Sebenarnya terfikir untuk mengundur diri dari berblog. Mungkinkah... Bagi saya kehidupan ni  penuh dengan tanggungjawab yang dipikul bersesuaian dengan peranan yang dipegang. Dan tanggungjawab itulah yang akan disoal semula secara detail terperincinya kelak. 

Saya berblog bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk, bukan kerana mahu bersaing, bukan pula menagih perhatian sesiapa pun atau juga bukan kerana 'dia ada blog aku pun nak ada blog jugak'. Saya berblog bukan kerana menempah kelalaian. Lalai adalah dibawah kesedaran kita yang kita rupanya terlupa. Saya berblog bukan untuk mengutuk dan memaki atau menyindir orang. Akan tetapi saya sedar kehidupan blog ini juga mengundang ramai yang tersalah sangka dan tersalah menafsir. Diri saya sendiri pun begitu, tidak lari dari kemungkinan  tersalah tafsir apa sebenarnya yang ingin disampaikan.


Paham ke? Hahaha.. Mereng jap... Apa pun persahabatan dengan kalian semua sangat saya hargai dan saya semat di dalam hati. 


Roti paun ni saya tengok kat blog kak Suzi, berlaku kesilapan teknikal, maka roti ni lambat di buat entry. Kak Hana pun dah try. Lembut kan.. Terima kasih kerana berkongsi resepi ini. Dan semoga kita dapat bertemu lagi. Selamat bercuti esok bagi yang duduk kat Wilayah ye. 'cuti wilayah'.


RESEPI ROTI PAUN
Bahan-bahan
  • 6 cawan tepung gandum - guna tepung roti
  • 1 ¾ cawan susu cair/ susu segar
  • ¾ cawan gula halus
  • 1 paket (11 gm) yis
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan mentega, dicairkan - guna marjerin sama ngan kak.suzi
  • sedikit pewarna kuning

Cara-cara
  • Campurkan susu cair/ susu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati dan biar yisnya berbuih sedikit.
  • Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning.
  • Masukkan tepung kedalam bread machine dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut dan sebati.
  • Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali ganda tumbuk doh dan uli lagi.
  • Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat.(hana timbang 50g je)
  • Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang.
  • Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 – 170’C selama 20 minit sehingga ia kekuningan.



Sunday, January 30, 2011

Chinese Donut


Assalamualaikum...

Hujung minggu ni mesti ramai yang plan keluar bersantai-santai dengan family kan. Ada yang nak bershopping, bawak anak main games, bawak anak makan2, bawak anak main salji..eh main salji kan musim salji ni. Hahaha..teringat hubby saya cakap..amboii amboii kawan dia sekarang semua dah kat obersea, kat jepun la, ostrolia la, us la, singapore lah...haha.. of cozz la kan..kawan2 blog ni satu doniaa.. Tu belum cerita kawan kt Mesia lagi. Serata pelusuk negeri ada kan. Hehe..

Tak lupa juga yang plan cuti cuti panjang ngan family. Kan cuti CNY ni. Kami pulak tak tau ke mana. Ke kampung kah? Ke mana mana kah? Kadang2 ikut je mood suami. Kalau cik abang tu nak balik kampung dan dan je dia cakap..cik Jahhh (bukan nama sebenar) siap siap kemas jap lagi kita balik Kulim. Tak pun balik Lipis. Suke suki je...



Setelah letih merapik, kita kunyah donut ni ye... Donut ni tak guna yis bagai. MasyaAllah..sangat gebu la gebu la... Ana suka la suka la sampai lompat lompat la.. Sesiapa penggemar donut, jangan lupa try resepi chinese donut ni. Ikut je arahan dan bebahan tu ikut sukatan yang betul. Comfirm jadikk donut yang best dan gebu. Bebudak suka sebab rangup kat luar dan gebuuuu kat dalam. Saya buat bentuk biskut chipmore kecik tu..  Mekasih buat kak Ida.1001 resepi.



CHINESE DONUT
sumber: 1001 Resepi

Bahan:
2 cawan tepung
1/2 tsp. garam
2 ½ tsp baking powder
1/3 cwn butter flavored shortening (or butter) * saya guna butter
¾ cwn susu segar 
Minyak masak untuk menggoreng
gula castor untuk salut donut
*saya tambah secubit serbuk kayu manis ke dalam gula castor

Caranya:

1. Satukan tepung, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.
2. Masukkan butter ke dalam mangkuk tepung tadi dan gaulkan sehingga menjadi crumble atau menjadi seperti serbuk roti. Gaulkan sehingga tiada ketulan besar.
3. Masukkan pula susu segar dan gaul hingga menjadi doh berbentuk bola.
4. Menggunakan tangan, uli lembut (picit-picit) doh 8 ke 12 kali. Jangan terlebih uli.
5. Panaskan minyak atas api yang sederhana kecil.
6. Ambil sedikit doh bulatkan berbentuk bola dan leperkan sedikit seperti bentuk biskut.
7. Gorengkan sehingga keperanganan, selama lebih kurang 2 minit setiap bahagian.
8. Angkat donut dan terus golekkan ke dalam castor sugar untuk salutan.

Nota: Saya buat separuh dari resepi untuk percubaan. Ternyata memang mendapat sambutan dari diri sendiri dan anak2. Memang sedap dan gebu!!! Nanti nak buat lagi...

Begedil Daging dan Bunga


Assalamualaikum..

Bunga pemberian kak Yatie sebagai tanda persahabatan dan sempena blog kk Yatie yang dah mencecah 1000 follower. Tahniah buat kak Yatie dan semoga persahabatan maya kita berterusan sehingga bersua muka ye kak. Mau seh ketemu sama ratu yang satu ini. Ratu kuih talam u!! Hehe..gurau kak ekk..



Bergedil daging ni dah lama buat dan habis makan ngan soto hari tu. Tapi saya letakkan resepi di sini sebagai rujukan saya. Begedil yang saya rasa sedap sangat dan pertama kali saya cuba resepi yang lain dari yang lain ni. Mekasih kak Hana. Sedap bangat!! 


BEGEDIL DAGING
sumber: Hanamemories

Bahan-bahan
  • 200-300g daging cincang
  • 2 biji kentang size besar- potong dadu n dgoreng. then lenyek2kan.
  • *1/2 biji bwg besar (size kecil)
  • * 1 inci halia
  • * 1 sudu kecil ketumbar
  • * 1 sudu kecil jintan manis
  • * 1 sudu jintan putih
  • sedikit lada sulah
  • garam
  • daun bwg/daun sup
  • bawang goreng - lg byk lg sedap!
  • 1/2 biji telur di kocok - utk salut
Cara-cara

  • Blend tanpa air bahan yang bertanda * atau tumbuk.
  • Satukan semua bhn kecuali telur. bulat2kan n tekan nipiskan skit.
  • Panaskan minyak. jgn gune myk byk sgt...agak2 3/4 tenggelam begedil nih.
  • Celupkan begedil ke dalam telur. Goreng hingga masak.
  • tips...jgn balikkan selagi bhgn bawah tak kering lagik.klu tak begedil akan hancur. api kene kecik jerk kang luar dh garing tp dlm tk msk lagik.
  • Dah masak angkat. Hidangkan dengan soto.


Saturday, January 29, 2011

Apple Roll Bun


Assalamualaikum...

Apple Roll bun ni dah sampai ke dapur saya gara-gara cerita mamafami semalam yang roti ni mendapat sambutan yang hangat kat rumah mama. Hmmm...memang sedap la weii. Hari tu kak Anymz ada tanya CMG kan.. ni jawapan saya kak Nim...memang best. Bila gigit roti ni yang gebu lembut tu, ngan masam manis apple ngan gula perang tu, memang sangat kena. Ada rasa garing-garing pulak, kalau kunyah masa panas-panas la. Bila sejuk dah lembut je semua tu kan. Hubby yang hanya layan roti cam tu cam tu je pun cakap roti ni sedap. Haa..tunggu lagi ke....



Hasil dari tangan amatur. Nak tengok versi comel boleh tengok umah MamaFami juga CMG. Mekasih buat Mama dan Cik Mat!


APPLE ROLL BUN
Sumber : Che Mat Gebu

BAHAN DOH ROTI :

250 gram tepung roti
50 gram gula halus
1/2 camca teh garam halus
125 ml air
10 gram susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 gram telur (pecahkan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)
20 gram mentega
6 gram instant yeast (mauripan)

BAHAN TABUR :

2 camca besar mentega, dicairkan
3 camca besar gula perang
2 biji epal hijau, dikupas dan parut kasar, perah sedikit airnya
1/2 camca teh serbuk kayu manis (optional)

CARA MEMBUATNYA :

1.UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).

2.UNTUK APPLE ROLL BUN:- Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis(jika guna) tadi rata2. Akhir sekali ratakan parutan epal hijau. Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 10 bahagian sama besar.
3.Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper. Buat hingga siap dan perap 45 minit. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Biarkan sejuk dan boleh hidangkan.... Selamat mencuba..


yang ni letak dalam loyang je


Friday, January 28, 2011

Soto Ayam Madura


Assalamualaikum...

Ini menu kami anak beranak untuk lunch semalam. Sayakan bila tengok orang dan orang yang suka tayang soto kat dapur diakan, dalam hati ada sedikit rasa. Rasa sangat jauh....jauh...jauh sungguh sebab kalau dekat musti bermangkuk mangkuk juga saya telan dan hirup soto. Ye..saya sangat gemar soto!! Tapi peliknya saya tak rajin nak buat.  


Teringat lagi raya dua tahun yang lepas, kebetulan semua rumah mak mak sedara, ada dekat 4 buah rumah yang saya berkunjung tu semuanya hidangan utama adalah soto. Fuhh..dapat imagin tak keseronokkannya. Ye...2 mangkuk setiap rumah. Wakaka...mau muntah darah lepas makan.

Berbalik pada soto ni, bila saya ada kawan yang suka makan sup sup kat rumah ni, maka lepas ni rajin lah sikit saya nak 'mensoto'. Dan pula skill 'menge sup' saya dah makin baik. Ececehh..Maklum ler, masak sendrik makan sendrik kannn...ekeke.. Eh cik abang pun dah puji sup bini dia ni dah makin sedap okey la tuh. Tapi idak le mcm kat restoren, depa tabur cik aji je dah berapa cupakkan. Saya ni orang kampung yang sangat 'perempuan melayu terakhir' ni tak berapa reti nak masak letak aji. eheh..

Many many thanks dedicated to kak Hana for her lovely soto recipe. I likeee and we all like it very much. Tetiba cakap omputih yang salah nahu. Hahaha... Gasakkk..jangan pulak ada org komplen salah bahasa plak. 


SOTO MADURA
sumber: Hanamemories

Bahan-bahan
Bahan rebus ayam
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong empat @ leh gune daging
  • 1 batang serai - titik
  • 1 batang daun saderi - potong dua
  • 1 inci halia - titik
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 ikat sup bunjut - x ltk
  • Air secukupnya
Bahan Kisar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sk lada putih
Bahan Tumis
  • Rempah Tumis (kayu manis dan adik beradiknyer)
  • 1 sudu besar rempah sup @ (1sk serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar)
  • Air rebusan ayam di atas
  • Garam

Bahan Sampingan
  • Nasi impit
  • Ayam siat
  • Taugeh
  • Telur rebus
  • Kentang rebus@goreng
  • Begedil - resepi leh tgk sini
  • Daun sup@daun bawang
  • Bawang goreng
  • Suun goreng & kacang tanah
  • Limau nipis
  • Sambal kicap - resepi leh tgk sini

Cara-cara
  • Rebus ayam dengan bahan2 di atas hingga ayam masak. Angkat dan toskan ayam dan juga air rebusan. Siat2kan isi ayam dan ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar, rempah sup dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan air rebusan ayam tadi dan didihkan. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Hidangkan dengan nasi impit dan bahan2 lain.



Sambal kicap lah yang menambah ke 'umpphhhhgrrr'..


Thursday, January 27, 2011

Roti Naik


Assalamualaikum..

Pagi-pagi makan roti panas-panas ni memang nyaman sekali. Roti naik ni resepi yang diambil dari rumah kak Hana. Even menggunakan tepung gandum, roti ni sangaaatt lembuuut. Tanpa pelembut roti juga wateroux. Kak Hana kata roti ni agak manis, jadi saya kurangkan sikit penggunaan gulanya. Anak-anak suka.


Bila sebut roti, teringat Ros Jintanmanis yang dah on the way balik ke Malaysia for goods. Terkejut jugak, pagi pagi tengok tajuk di awan biru tu rupanya dia dah terbang ke Mesia. Fuh macamana lah agaknya percintaan PJJ selama setahun dengan hubby masih di Jepun. Semoga Ros sabar dengan kesusahan dan ujian yang Allah berikan dan semoga urusan juga dipermudahkan.


RESEPI ROTI NAIK
resepi asal : Puan Asmahan Hanim via Nana Samat
copy: Kak Hana


Bahan-bahan 
  • 500g tepung gandum
  • 1 biji kuning telur gred A
  • 180g gula halus
  • 2.5g yis - hana lebihkan 1.5g
  • 113g marjerin
  • 37g minyak sapi@butter
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur + susu segar sapu sebelom bakar
  • sedikit mentega utk sapuan lepas bakar

*********************************************************************************
sukatan saya setegah adunan:

250gm tepung
3/4 biji telur gred B -suku lagi simpan untuk sapuan
60 gm gula halus
1.5 gm yis
60 gm marjerin
15 gm butter
1/2 cawan air
suku biji telur + susu segar + madu untuk sapuan


Cara-cara
  • Masukkan air, telur, dan gula ke dalam breadmaker. Masukkan pula tepung dan juga yis.
  • Setting Dough dan ONkan.
  • Bila doh dah bercampur, majukkan marjerin dan jugak minyak sapi. Biarkan BM terus menguli lebih kurang 11/2jam sehingga kembang dan siap.
  • Bahagikan doh kepada 20 bahagian. Bulat2kan dan susun ke dalam loyang.
  • Tutup roti dengan kain/plastik wrap sehingga naik sekali ganda lagi lebih kurang 30-40min. Sapukan dengan egg wash.
  • Bakar suhu 200 selama 15-20min sehingga keperangan. - hana bakar suhu 170 selama 20min.
  • Keluarkan dari oven dan sapukan sedikit butter supaya roti nmpk berkilat. Sejukkan atas redai. Bila dah sejuk boleh simpan dalam bekas tertutup.
  • Untuk uli tangan , rujuk resepi asal SINI.




 Jom mamam!!

Wednesday, January 26, 2011

Muffin Labu Kukus


Assalamualaikum...

Muffin labu kukus ni saya dapat resepi dari Wendy yang postkan entry muffin ni semalam. Kebetulan masa tu saya baru je kukuskan labu. Sangat sesuaikan timing tu. Dan muffin ni sangat sangat sangat softttt, gebu, moist dan wangiiii. Sangat saya syorkan kalau ada labu, jangan lupa untuk try resepi ini. Tak banyak pun penggunaan labu untuk satu adunan, jadi bolehlah tinggalkan sepotong labu untuk menikmati kelazatan muffin ni. 


5 stars muffin for me sebab, anak anak saya suka sangat makan muffin ni. Berebut-rebut dari kebiasaan. Haha..Manis yang sederhana itu yang saya suka. Saya buat dalam cup mini, jadi anak-anak senang nak makan. Thank Wendy! Petang ni saya nak buat lagi, nak memulangkan mangkuk jiran. Sapa nak jadi jiran sila angkat laptop.. ;-)




Steamed Pumpkin Muffins
Source: Wendy
Adapted from Aunty Yochana
Yields12 steamed muffins (I used egg tart pans)

125gm steamed pumpkin flesh
1 egg
120gm sugar
100gm evaporated milk or coconut milk *saya guna santan
30gm corn oil

180gm cake flour *saya guna tepung gandum
20gm rice flour
1.5tsp baking powder

1. Prepare your steamer and bring the water to a boil
2. Put steamed pumpkin flesh, egg, sugar, milk and oil in blender and whizz for 30 seconds.
3. Sift cake flour, rice flour and baking powder into a mixing bowl.
4. Make a well in the center of the flour mixture and pour the blended ingredients into the well. Mix until well combined.
5. Spoon into lined steaming cups and steam on high heat for 15 minutes. It will bloom by itself, no need to make a cross with oil.




Nila rupa orang tak saborr.. Padahal dah siap siap sedia dalam mangkuk 5 biji sorang. Uii nak tambah sebiji lagi.


Ni ler orangnya. Style kunyah pakai gigi depan. Model muffin labu!! Haha..