CSS

Monday, April 4, 2011

Kuih Rengas @ Kuih Gendang Kasturi


Assalamulaikum..

Cucuq ni dah lama dah cek buat. Baru la ni cek nak tayang kat hang pa semua. Maap la no, cucuq ni dah habis pun dah. *orang kedah panggil kuih cucuq kan kan kan? Bini sapaa la buat lagu tu no, dah habis licin baru nak tayang buat terliuq ja. Hang pa terliuq ka? Pi sana , beli kacang hijau, rebuih buat kuih sedap ni. Cucuq ni kegemaran suami cek. Makan sepuluh ketui pun lalu. Tapi cek buat kecik comel molek cam tu. Bukan lah hang pa bayang hak juai kat pasar nun. Hak tu besaq sikit no. * pengsan orang utara baca neh. Ampoonn..


Cek buat lepas tengok kuih ni kat blog mek Sue. Berkenan betui tengok texturenya yang lembut dan kaya dengan kacang hijau tu. Pure sekacang kacangnya tanpa mengunakan tepung. Wahhh i like. Tapi cek terai terai buat sendrik sebab masa tu mek Sue tak bagi resepinya lagi. Kira main taram je la buat. Alhamdulillah menjadi, cume bater salut tu je tak berapa nak garing dalam jangka masa lama. Bila dah sejuk dia jadi lemau. Tak pe, saya nak terai lagi buat kuih ni. Tapi nak letak durian sikit. Wah musti sedap kan kan kan. kan laaahh.

Saya letak resepi dari Hasue sebab kebetulan pas tu sue letak resepinya yang sama dengan saya menggunakan 1 cawan kacang. Tapi saya letakkan perbezaannya. Mekasih sue! i lebiu! Mas pun dah try jugak! Boleh jenguk Mas.


KUIH RENGAS @ KUIH KACANG HIJAU @ GENDANG KASTURI

Inti Kacang Hijau
Resepi : HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
1 cawan kacang hijau
3/4 atau 1 cawan gula pasir(kemanisan bergantung kepada selera masing2) * i letak 8-9 sudu makan
1 sudu kecil garam
* i tambah segenggam kelapa parut
Air secukupnya untuk merebus kacang

Caranya:

1. Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.
* saya rendam setengah hari jadi masa merebus tidak terlalu lama.

2. Tambahkan air lagi jika rebusan kacang belum lembut. Tunggu kacang benar2 kering. Rebusan perlulah dikacau sentiasa untuk mengelakkan hangus dan berkerak.

3. Apabila kacang benar-benar kering, * benar2 kering boleh dilihat apabila kacang tersebut seakan akan menjadi doh yang boleh dibentuk menggunkan tangan*, masukkan gula dan garam. Rebusan kacang terus dikacau.

4. Apabila gula dimasukkan,  rebusan kacang sedikit lembik dan terus kacau sehingga menjadi doh yang kental kembali.

5. Apabila rebusan kacang sudah kental, kering dan boleh dibentukkan dengan tangan, tutup api dan biarkan sejuk. * Saya masukkan segenggam kelapa dan sejukkan.

6. Apabila suam suam sejuk, bentukkan menjadi bulat2 mengikut saiz diingini dan leperkan sedikit.




ADUNAN BATTER

Bahan2 membuat adunan tepung/batter:

1/2 cawan tepung gandum
1/3 sudu mkn marjerin
1 sudu kecil garam
secubit gula
1/2 cawan air
Sedikit pewarna kuning
Minyak secukupnya untun menggoreng-lebih kurang 2 cawan

Cara2:
Dalam bekas,campurkan tepung,marjerin,garam,gula. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning
Panaskan minyak dalam kuali,celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.

* ayat di dalam resepi telah diubah oleh penulis blog. Untuk rujukan penuh boleh rujuk di HASUE BLOGSPOT


13 comments:

CS said...[Reply to comment]

Hi Izah

Setahu I kuih rengas ialah kuih bom tapi tak taulah maybe lain tempat, lain nama yg diberi.

Gendang kasturi tu pun fav my hubby tapi alahai, wife dia tak rajin nak buat :-)

izahdaut said...[Reply to comment]

ye ke..saya pun tak berapa tahu jugak.org letak rengas, i pun rengaskan aje..hhe.. biasanya i mmg panggil kuih kacang ijau je, dan slalu jugak dengar gendang kasturi..

izahdaut said...[Reply to comment]

so muffin..i try try google kan, memang ada tempat panggil bom tu rengas jugak, tapi kebanyakkannya rengas merujuk kuih kcng ijau jugak. betul cakap u lain tempat lain panggilan. hhe

TopsyTurvyMum said...[Reply to comment]

aku pun bias apanggil kuih kacang jer..
aku tau nama kuih rengas pasal MIL yang panggil.
Tapi ni mmg feveret aku laa..Balik kampung mmg wajib carik kat pekan khamis:D

izahdaut said...[Reply to comment]

TTM..ku teringat kuih ni paling sedap aku makan kat tepi jalan raub onthe way aku nak balik lipis. kedai kopi keck je mcm ala ala nak runtuh.haha,..marah org raub!! tapi mmg best. eh tapi sekarag kedai tu dah tak bukak dah

Bee said...[Reply to comment]

suka3x...tp malas la nak buat inti kacang tu!!!

Mas said...[Reply to comment]

Makcikkkkk.....ni aku mai nak tengok cucuq hang tu...
tak mau minta...he..he..
hang memang....kedekut ll tu...tak mau bagi aku...cucuq dah basi baru hang tunjuk....merajok la...aku balik la no...he..he..

wehhh..memang syok la cucuq ni...aku pun suka tau....

Nuridah said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah,

Masa kecik2 dulu kak Nur panggil kuih ni gendang kasturi...tak tau kenapa gitu ya...rasa2nya org sini mmg menyebut gendang kasturi, tak tau apa nya yg bergendang tu...hihi...

One of my favourite ni kuih authentic gitu...nak satu boleh tak??

izahdaut said...[Reply to comment]

kak bee..
give me 5!! haha.. memang malas nak buat inti. makannyer suke

mas..
hahaha.. mas, aku saja simpan buat pekasam..merajok ka..loo mai nak pujuk mai..alo aloo... nah sekeh pale skali..ngengada tau!!tak kose... muekeke

kak nur..
betul, namanya indah gitu..kot bentuk mcm gendang tu kan kak.biasa nama ni ada la lagenda disebaliknya tu.pulak2 kuih lama ni..

HaSue said...[Reply to comment]

suami cek tu sukaa laa kuih ni zah..tp tang inti tu dia mmg nak lembut aja..huhu..jaadinya masa nak pdmkn api tu inti masih lmbut gak laa..tp mengeras sikit dh sejuk..cedok guna sudu jer,xyah bentuk..smpai gitu skali kesukaan beliau utk dptkn yg lmbut..ni dh brp hari x mkn kuih kcg nih..sehari 2 kang ader laa request tu..hehe..tp bila dh musim abis,sethn 2 x mkn pun x kisah..

aku jeles jer ko tmbh kelapa parut..lenkali nk buh utk diri sndiri..ader rasa chewy tak?

Kak Rose said...[Reply to comment]

izah, weiiii sedap kuih ni, kak rose suker tp malan nak wat lak...

silicone bakeware tu kat Empire Subang... leh le kalau nak rembat nnti ya

izahdaut said...[Reply to comment]

sue.. ko buat gune sudu tu tak terburai ke isi dia masa menggoreng. mmg lemah lembut betul la kejo ko tu sue..hehe.. hubby aku cam tak pasan je aku letak kelapa parut tu. ngunyah sedp je..hehee. eh mana ada chewy chewy lah, moist gitu..wah..lemak lemak la

kak rose.. ooo ye ke..mekasih kak rose.. kalau ke sana leh ler menyinggah walaupun tak dapat nak capture tang mana subang empire tu..huhu

Ummi said...[Reply to comment]

Izaaahhh...apasai x hantar kat akak sikit kuih rengas nih...peberet akak ni taaauuu..kalau beli 2 hengget tuh..6 bijik, sekali hadap jek akak ni tauu...ganazzz tak..hehee