CSS

Friday, May 7, 2010

DONUT SURIA

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Selawat ke atasku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat ke atasku pada hari jumaat 80 kali, maka Allah mengampuni dosanya setahun."

Assalamualaikum..

Dah hari Jumaat dan besama-sama lah kita membanyakkan selawat atas junjungan nabi kita. InsyaALLAH...

Agaknya semalam hari donut sedunia kot no. Semalam nampak banyak rumah semuanya ada donut suria dok membulat gebu je. Pagi tadi dah nampak kat umah kak Yatie pulak. Semalam umah Cik Mat. Semalam minum petang saya buat donut suria ni. Sebab bahan2 pun simple dan ropenya yang sangat indah kat umah kHana. Dah merata pun donut ni sampai. Saya lambat skit nak membuatnya. Sangat gebu dan lembut. Cicah dengan sup pon sodap.


Resepi amik kat umah Ummiaffaf a.k.a Ira , lets check it out:

DONUT SURIA

By courtesy of Puan Suria Insani of Resipi.Net

Bahan A
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
3 sudu besar gula caster
** I like this count of threes....senang ingat!!!!

Bahan B
200ml air suam
2 sudu teh instant yeast
=> 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.


Kaedah penyediaan
1. Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
2. Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
3. Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
4. Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
5. Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.



Yuk..jom makan..amik satu sorang..

11 comments:

Yatie said...[Reply to comment]

Salam Izah, wow gebu donut tu...selera kita sama ya...mailah tukar2, nak rasa gak Izah punya...

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Salam Izzah.. dah sampai sini menu donut suria.. Gebu tul.. mesti syedap nak seketui... bila nak mengdonut ni? alamak makan sini jek lah.. erma bawa nasi goreng ni..

Eliza said...[Reply to comment]

salam izah. gebunya donut nih..mengancam..tgk tangan yg amik tupun tak kurang gebunya..hehe..

Kak Rose said...[Reply to comment]

betul agaknya semalam ialah hari donat sedunia...merata rumah ada donat suria nih.... look soooo yummy, nak sikit

saya said...[Reply to comment]

aduhaiii...sedapnya donut. saya berapa kali try buat pon tak pernah yang menjadi. sedih betol nih. apapon, have a nice day. sila la tunjuk ajar..nak juga pandai buat donatttt...huhuhu..

indahhouse said...[Reply to comment]

salam kak izah,
wah..montel2 donut kak izah. teringin nak amik seketul. sana sini dah ada donut, saya tumpang makan je. hihi

Acik Erna said...[Reply to comment]

salam izah..akak pun percaya juga la..hari donut sedunia..sebab semalam akak pun beli donut gak..besar2 yang sebiji seringgit tu.beli sampai 5 biji..

izahdaut said...[Reply to comment]

yatie..
kak yati..donut akak pun ngancam ok..gebu je

halamanku..
hikhik..wah nasi goeng tau.best best..kami donut je.nak tukar gak ke.

eliza..
tu la si pemilik tangan tangan tuh kalau makan berebut2 tu la yang suka sekali..dah kenyang buang cam ttu je

kak rose..
betul kan..rasa minggu ni asik ada je donut ni menyinggah di sana dan sini

saya..
eh ye ke..mungkin ada prob dngan yis atau cara teknik kot.ala try buat yg ni.senang.kompom jadi lah!!

indahhouse..
nur, kalau suka makan donut..bebaloi buat ni..gebu jee

kak erna..
wah tu mesti donut special tu kak..donut yang mcm2 rasa tu ek..mm cedapnyee

♥MAMASYAZA♥ said...[Reply to comment]

amboi, gebunya donut tu, bebudak mesti suka

izahdaut said...[Reply to comment]

mama..mmg suka donut..tapi paling sukanya mak budak..hakhak

zarazery said...[Reply to comment]

donut ni x perlu guna butter ye izah?