CSS

Sunday, August 14, 2011

Kuih Lapis Pes Kacang Merah



Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu semua buat yang suddi bertandang ke blog saya ni. Buat apa ye hujung minggu gini? Bersantai ke..berborak ngan anak2 ke..balik kampung ke.. menyopping kan diri ke.. ke sibuk mengukis ke.. Apa apa pun aktiviti hujung minggu ni, diharap semuanya sihat2 dan tenang2 belaka ye. Saya? Semalam dah membeli stok untuk mengukis. Bunyi macam banyak nor nak mengukisnya kan. Tengok jela kemampuan. Kadang2 mengukis ni mcm gian je nak buat. Makannya idak la sangat.

Minggu lepas saya cuba buat tart nenas. 1st attempt. Tak pernah buat sepanjang hidup even masa kecik2 ke, tak pernah jugak tolong akak2 buat tart. Memang tak pandai pun, dan tak de la gemar sesangat pun. Tapi bila dapat tart yang lembut gebu.. fuhh sangat la puas hati. Tapi satu adunan tu, untuk anak2 je makan. Dah nak tinggal serdak. Lagi yang mengharukan bekas tart tu dah digoncang oleh anak kecik saya. Pepaham jela bila tart gebu gitu kita goncang2 kan bekas nyer. Wassalam laaaa.. Udah ler belum dishoot lagi gambornya. Haii kalau nak entry memang tak lengkap kalau tak de gambo. Takkan nak gambo tart pecah2 kan. Hehe.. insyaAllah resepi dari blog kak Nor secubitgaram tu akan saya buat lagi. ianya sesuai ngan selera saya. Cume ada sedikit kesilapan teknikal bila, intinya tu tak berapa manis, so saya kena buat nipis je untuk kulit tart tu. Baru sedap ni kunyah.

Haii panjang ber potpet pasal tart. Yela, 1st time buat , alhamdulillah menjadi. Tu yag teruja sangat tu. Berbalik la kita pada menu kuih untuk berbuka puasa ni. Kuih ni 1st ternampak kat rumah kak Yat. Cantikkk sangat kuih kak Yat tu. Saya nyer kejadian ni dah salah sukat. Dah berapa banyak lapis daaa..Dah tak canik dah pun. Hehe.. Apa pun kuih ni enak. lembut dan sedang2 sedap dikunyah2. Terima kasih kak Ayu juga sebab sudi berkongsi resepi kuih lapis ni yang asalnya dari myR.tq Eja..



KUIH LAPIS PES KACANG MERAH
resepi:  eja@myR
sumber: kak Ayu Sg
melalui: Kak Yat Maria


Ingredients:-(27cm tray- I used 26cm)
1 cawan tepung gandum-(1 cup plain flour)
1 cawan tepung beras-(1 cup rice flour)
200ml santan -(200ml coconut milk-small box)
sedikit garam-(some salt)
3/4 cawan gula-saya gunakan 1/2 cawan saja kerana pes kacang dah manis-(3/4 cup sugar, I used 1/2 cup only since the red bean paste are already sweet)
400 gram pes kacang merah-(400g red bean paste)
pewarna merah dan kuning star brand-(red and yellow colouring)
1 cawan air panas untuk larutkan gula-(1 cup hot water to dissolve the sugar)
3 cawan air biasa-(3 cups room temperature water)

Method:-
Larutkan gula dengan 1 cawan air panas.Masukkan santan dan 3 cawan air.
Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.Tapis adunan untuk hilangkan bintil-bintil yang tidak larut.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Pertama, warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna merah, yang kedua ditambahkan dengan pes kacang merah dan dikacau hingga sebati, dan yang ketiga warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna kuning.Sapu loyang dengan minyak masak supaya kuih tak melekat pada loyang nanti.
Masukkan setengah daripada adunan warna merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada adunan yang dicampur pes kacang merah. Kukus 5 minit.Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada adunan warna kuning. Kukus 5 minit.Ulang langkah di atas untuk lapisan pes kacang merah, kuning dan akhir sekali merah.Setelah selesai semua lapisan, kukuskan lagi selama 30 minit.-


20 comments:

dZana said...[Reply to comment]

rajin nua izah melapis.. cantik n kemas jer hasilnya..

Nazrah said...[Reply to comment]

Salam izah... cantik je caler dan lapisannya... gambar sekut tu tak der ker...

ijayuji said...[Reply to comment]

Salam KAKAK IZAH! waaahhhh!melapis dia ya, kita tgh demam n cuti raya ahahahaha... ada lauk2 belen tak, nanti nak dtg makan hihihi...

K.Nor said...[Reply to comment]

patut la.. duk tunggu gak la gambo tart nenas rupanya dah tinggal serdak ya.. :)

cik cek said...[Reply to comment]

Izah....

Tingginya kuih lapis..cam ghumah pangsa...cantikkkk...rajinnya melapis...sedapnya kalau dapat rasa sepiring buat buka posa...:D

che'iza said...[Reply to comment]

Wahhhhh Izah... lawonyer kueh lapis ko ni... Manyak suker.... Mesti sedap kuih lapis kacang merah ni kan... selalu buat lapis kacang hijau...

Azmie & Vivie said...[Reply to comment]

hehehehe..aktiviti saya di hjg minggu ini bukn shopping, bkn mengukis..tapi aktiviti tido lebih...adeh...cpt2 bgn bila dgr org ckp tido lebih time bln puasa, pahala berkurang..kihkihkihkih..

cantik nye lapisan kuih2 tuh..mcm ais krim paddle pop color nye..=0)

tart nenas?! my peberet tuh..suka sgt2...kak izah, semangat saya nak mengukis blm terbit nie..harus kah saya mengukis sambil dgr lagu raya baru semangat tu muncul?

mawar merah said...[Reply to comment]

wah..tingginya tingkat kuih lapis dia..cantik.

Asmara said...[Reply to comment]

sedapnya zah! kalerpul lagi. guna pes mmg takde serdak2 kacang tu eh. cantik sangat rupanya. :D

Amie said...[Reply to comment]

lawanya kuih lapis pes kacang tu Izah, suka tengok warnanya...pastel, and harmony pulak kombinasinya.

Kak Amie pernah sekali buat tart nenas tapi tak jadi, lepas tu malas nak buat dah....

LiNa_Pg said...[Reply to comment]

salam izah..sedapnya lapis kacang izah ni..kemas lak hasilnya

Mas said...[Reply to comment]

rajinn kau melapis jah...
cantikk berlapis2 kuih kau tu..

rasa macam nak komen kuih tart jerk bila baca entry kau ni...muahaha
pada hal tak nmpk tart tu..
dah masuk perut rupanya...
nnti cepat2 entry tart nenas tu tau makcik..
aku dah tergoda nak membuat gak..
esok baru beli barang....kikikiki

Mieza said...[Reply to comment]

cantiknya kejadian kuih lapis izah ni..selamat berbuka izah :)

anymz said...[Reply to comment]

ish pagi tadi dah sampai sini rupanya tak ngomen lagi..sori naik lori yo jah..:D
jeles arrrrrrr tengok lapisan demi lapisan tu.nampak lembut boleh terliur di buatnya..:D


psst..jadi tak apa yang di rancang ptg tadi?

Anawahid said...[Reply to comment]

fuhhh... teruja tgk... pes kcang byak lg, nk try laa... ekekeke

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

cantik sungguh kejadian kuih lapis nie izah... rajin sungguh izah buat... warna nya pun cantik.. sukaanya tgk... akak mmg suka mkn kuih2 mcm nie cuma nak buat sndiri tu mmg x reti.. huhuu

Ayu said...[Reply to comment]

cantik kuih izah ni..memang creative izah buat layers nya macam tu..

Ummi said...[Reply to comment]

Salam Izah, waaah cantik talam ni..mesti sedap letak kacang merah, mmg fav akak la kalau yg ada kacang2 merah ni.. :)

mela said...[Reply to comment]

cantiknya kaler....

wene said...[Reply to comment]

try this site bag replica high quality reference gucci replica bags read this post here gucci replica