CSS

Thursday, June 30, 2011

Tahniah Akak Sepinch Salt..


Assalamualaikum..

Tahniah sejuta buat Puan NorAzmihah Mohamed tuan nyer SECUBIT GARAM.
Tahniah untuk blog akak ,hits yang dah mencapai sejuta.
Blog yang menjadi sumber inspirasi ramai.
Inspirasi bukan sahaja dari segi mematangkan skill di dapur.
Juga inspirasi untuk memajukan blog sendiri.
Inspirasi untuk merajinkan diri.
Inspirasi untuk ikhlas berkongsi.
Inspirasi untuk mematangkan erti persahabatan yang dihuluri.
Saya mendoakan blog Kak Nor terus suksess.
Terus subur menghijau memberi hasil kepada ramai orang.
Terus melegakan keresahan memikirkan hidangan.
Terus memberi idea yang memberi keuntungan.
Terus mewarnai menu dimeja.
Terus berkongsi rasa menyelerakan.
Terus memberi info kepada yang kekok.
Terus memberi ilmu kepada yang daif.
Terus menambah skill kepada yang mendambakannya.
Terus maju..terus berjaya..terus gagah dinusantara.
*tetibe nak nyanyi lagu anak kecil main api lak..

Juga tak lupa buat kak Nor yang anggun dan natural beauty tu.
Semoga ilmu2 kak Nor kongsikan.
Terus menambah manfaat dan membantu kak Nor di SANA nanti.
 Kami semua mendoakan kesejahteraan kak Nor.
Rezeki dan kesihatan dan kebahagian buat pemilik secubit garam.

Khas buat kak Nor:

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
bulan dan bintangnya
punya tanda tanda hubungan mesra

Tanya sama kak Nor
Apa asal secubit garam
Adakah tandanya dapat dirasa
info dan ilmunya
keihklasan dan kejujurannya
punya tanda tanda itu asalnya

*eh mcm tak kena je kan. muekekekeke.
sila baca mcm p ramlee nyanyi yee
apa apa pun kak norr.. u are the best!!


11 comments:

Rabiatun Adawyah said...[Reply to comment]

assalamualaikum, Izah, tumpah wish boleh ker? hehehee....

Jutaan tahniah buat Kak Nor dan juga Secubit Garam. Tumpang gembira juga ni...yang sememangnya Secubit garam menjadi sumber inspirasi semua untuk terus berblog. Tahniah kak nor.

indahhouse said...[Reply to comment]

Salam kak izah,
morning! apa khabar? hehe,
nak tumpang celebrate dan wish sekali. kita jarang2 masuk situ sbb segan, ramai sangat pengunjung. hehe... tapi antara resipi kak nor yg saya suka cucur udang . satu lagi jeli kelapa saya siap pass pd makcik hubby yg nak berniaga. :))
Kita nyanyi sama-sama...

TopsyTurvyMum said...[Reply to comment]

Waahh..dah sejota!
Tahniah la K Nor!

Izah,
Lagu tu kan..peberat AMjah tau Hahaha..
Malam2 nak tido suh aku nyanyi lagu tu dulu

ijayuji said...[Reply to comment]

speechless** boleh bersajak rupanyer KAKAK izah kitaaaa! ai budak satera pun tak reti nak ngayat wakakaka... ayat pun tinggang terbalik makin org tak paham :D well done kakak secubit garam!

Mas said...[Reply to comment]

ijahh..aku pun nak tumpang nyanyi sekali.....
tahniah sekali lagi untuk kak nor....

::Azura Rahman:: said...[Reply to comment]

wahhh.. best giler ayat dan kata2 izah tu.. menusuk kelebu.. hihi..

pepehal pon kak nor mmg the best!

*izah pon the best gak.. =)

Lieza said...[Reply to comment]

salam izahhh...dah sihat yer...bagus bagus...nanti main masak2 lg yer...lama tul tak kaco izah kat sini...biasa sempat jeling2 jer..pagi nih akak maleh nak wat keje ler nak g rempit sana sini...hehehe

kali nih word verificationnya adalah..
imoni(amende ler)

Gee® said...[Reply to comment]

bravo..bravo.. k.nor & secubit garam... lepas ini izah muffin pulak yer

Ida,Japan said...[Reply to comment]

Tahniah buat Kak Nor Sepich salt...he..he,wahh dik izah ni pandai bersastera rupanyer..sokong2 apa yg tertulis tu..

Ummi said...[Reply to comment]

salam Izah...amboiii pandai bernazam eh...nnt cipta satu tuk akak eh...hahahhaaa.... Dorongan dan semangat dari blogger dan visitors la yg buat tuan punya blog bersemangat nk berblogging kan...tanpa mereka siapalah kita...huhuu

K.Nor said...[Reply to comment]

izah.. hu hu.. terharu.. sebak.. bergelinang air mata ku... sebegini besarnya harapan dan doa utk secubitgaram dan k.nor.. alhamdulillah.. amiiin.. aminn.. amin... aminn.. amin.. tak terucap aminnya izah.. semoga Allah makbulkan semua doa izah dan doa teman2 yg lain.. betapa indahnya persaudaraan walau hanya di alam maya... andai semua kerana Allah dah dgn keikhlasan yg sebenar2nya, insyaallah kita dpt ganjarannya di dunia dan juga di akhirat..

mekasih juga buat semua yg memberi ucapan dan doa utk k.nor.. semoga ukhwah antara kita terus mekar dan semoga kita teruskan usaha menyebarkan ilmu ni ya.. :)