Assalamualaikummm..
Semua dah kenyang? OO tak masak ye? Makan kenduri?
Best best... teringin nak makan lauk kenduri lagi..
Ok angle hair ni.. sedaaapp. Dah suke pulak menu menu angle hair ni.
Nasib juga hubby boleh terima angle hair, kalau spagetti tak mboh sangat.
Apa pun, menu angle hair lemak pedas ni, untuk breakfast anak-anak.
Jadi saya buat tak pedas untuk diorang.
Untuk saya yess menyengat. Tapi sedap sangat.
Sayur tak de lak capsicum bagai. Boleh jela tukar mana2 pun kan.
Kira versi saya ni angle hair lemak simple.
mekasih buat CMG tuan nyer resepi, Kak Nor dan Noorsha.
SPAGHETTI LEMAK PEDAS by CMGebu
sumber: K.Nor @ SecubitGaram & Noorsha
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1/4 bahagian red capsicum, dadu
1/4 bahagian green capsicum, dadu
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu
1 helai bay leaf
3 biji cii padi, hiris halus (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL
1 keping meat loaf "ayamas", didadu
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air
CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.
25 comments:
nampak sedap arr kak..aduh..ptg2 ni lapo pulak...
Siti..
Akak sendrik bile tengok gambo ni trasa2 lagi sedapnya tuu.. Tak puas makan. Haaii walaupun nmanya tu lemak kann.. Hehe. Buat menambah lemak dibadan!
KAKAK izah :P angle hair ni mee apa eak? jakun betul niii wakakaka... baru balik penattttttt dan LAPOOOOOOOO
izah,
sedap tu....yummy!!
haish... xleh jd nih.. pesal semua org wat pakatan cintakan angel hair ngan mek sue nih... sian tun dlm kelab cintakan spagetti nih.. hehehe
Dah kenyang tapi nak makan kat sini lagi...hehehe! :D
Assalamualaikum Izah,
waduh makan angle hair lagi dia arini..leh tumpang mkn kat sini tak...puding kat bawah tu, tentu dah abeskan...nak wat gaklah...lama tak memuding...
zah..akak memang dah ketinggalam ketapi..
masa baca tajuk..cepat2 terjah..suspen..apa ke benda la angle hair ni..he he.
akak ambik resepi ye izah..ada masa nanti nak buat..tajuk best..
Acik Erna ketinggalam ketapi..
kita pulak ketinggalan kapal terbang. kena terus jelajah ni.
Izahh .. Angel hair buat gini tentu sedapkan.. Ita suka jugs angel hair halus dari spagetti
dinda ku cayang.akak dah balik.
besttttt...hehe
nak kemas kain baju dulu yo..sambil hirup2 angle hair paneh2 ni hah..
makcik.....
aku tak reti la makanan omputeh ni...
selain petai dan jering...specis makanan barat ni memang tak de kat rumah aku...muahahaha..mengada2 kan...
laki aku pernah kata masa aku beli sekali spagetti...baik makan mee goreng...memang tekak melayu tak melayu...kikiki
Izah...
sedapnya nampak menu ni..Tak tahan akak tengok udang tu tergolek2 dalam pinggan tu..uih...
@ijayuji
ika.. angle hair ni satu jenis spageti jugak. tapi lagi kecik dari spageti. akak suke yang lembut gini. kadang2 rasa mcm mee kuning pun ada. sedap
@~Norul Mas Hana ~
a ah..lemak2 yummy!!
@tun_telani
ikiki.. lawan congkak ngan club spageti gerenti kalah sorak. sebab club angle hair lagi ramai. erkk apa kaitan congkak dlm entry ni? hehe
@♥LOVE2COOK♥
love.. rasa 2 jalur je ok. sebab dah kenyang.. hehe
@Yatie
waalaikumussalam warahmatullah..
kak yatie..sedapkan angle hair ni. saya pun suke la pelbagai kite leh masak ngan dia ni. buat angle hair sup sedap tak kak?
akak dah buat puding tauhu dah? eceh siap promote lagi. hehe
@Acik Erna
hehehe... ingat hair sapa la yng dilemak pedas tu ye kak./ ikiki..
sila kak
@Kak Sam
mau tak kena tinggal busy memanjang kak. hehe
@Juwita Jamaludin
a ah. cepat lembut kan. sedap. memang kena la lemak2 menu ni
@anymz
aahh tak de tak de.. gi komeh baju nun. den tak bagi yo angle hair ni kek kak nim do. kdokut den nihaa..bia la den kodokut ngan kak nim yang bergumbiro tuhaa
@Mas
makcikk.. aku niha tekak global gamak nyer.. petai jering jangan cakap la.. semua den telan.. hahaha
@Naz
kak nazzzzzz
sila sila sila.. sila menjamu selera dari pandangan mata sahaja.. kikiki.. kak naz buat kak naz. best
nelan air liorrr aje...
Post a Comment