Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (QS Muhamad : 7)
Assalamualaikum...selamat pagi khamis.. Menu ni dek kerna melayan selera anak anak yang tengah mogok 'no nasi' sejak akhir akhir ni. Deme ingat buat bulat bulat ni bukan nasi kot..kikikiki... Best gak layan nasi digoreng macam ni. Masuk ngap seketul seketul. Untuk budak budak bagus sangat buat macam ni. Sayur pun ada, saya tambahkan sikit dengan daging cincang. Kira lengkaplah sebab semua adakan. Resepi ni saya amik dari Koleksi Resepi Pilihan Diana. Tapi tak sempat berkenalan dengan tuan empunya blog sebab dah sunyi je blog nye. Apapun terima kasih Puan Diana dan resepi asal difahamkan dari Ayu dari Forum resepi.
BITTERBALLEN NASI
Sumber : Majalah Sedap
BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu makan tepung gandum
150 ml air
1 ketul kiub ayam (boleh kurangkan kpd ½ kiub jika tak nak rasa masin)
3/4 sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada sulah
300 gm nasi putih
25 gm lobak merah - dipotong dadu dan direbus
25 gm sayur buncis (5 batang) - direbus dan dihiris halus
30 gm keju parut
2 sudu makan marjerin untuk menumis
Minyak untuk menggoreng
BAHAN SALUT:
1 biji telur
75 gm tepung goreng serbaguna
CARA-CARA:
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga berketul²..
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga licin..
3. Masukkan kiub ayam dan lada sulah.. Kacau lagi..
4. Masukkan nasi, lobak merah, buncis dan keju.. Kacau sehingga bergumpal..
5. Bantukkan bulat dan celupkan di dalam telur dan gulingkan di atas tepung goreng.. Lakukan sekali lagi.. (Ayu golekkan sekali jerk semalam sbb tak baca arahan dengan betul.. ekekekeke.. sib baik cantek jek masa goreng tu.. tak berderai pun.. huhuhu..)
6. Goreng sehingga kuning keemasan..
TIPS AYU:
Seelok²nya kepal nasi tu time dia panas².. cantek jerk kepalannya bersatu..
10 comments:
bagus gak idea cenggini. lain dr kebiasaan. may be boleh memancing selera anak2.
waah...dia sudah bikin dulu..
akak ada jumpa resepi ni kat blog pn diana yg dah sunyi sepi tu zah..tp belum dpt mencuba lagik..best tak zah...kalo ok..akak nak cuba lah..
ain..
betul kak ian.saya pun dok pening dengan bebudak ni..tak mo makan nasi.. kalau makan roti tak pe lagi, ni dua dua tak mo..haiiss..kalau senyap gitu je tak pe..ni mula lah radio buruk diorang berbunyi sebab lapo..
anymz..
kak nim..pada saya yangg cube menghayati selera anak2 ni, sedap..rasa keju ngan daging..sebab saya letak daging sikit..memang sedap sebab pulak ada kiub ayam..kalau anak bleh makan pedas, letak lada itam or sulah ke sedap nih..garing kat luar lembut n basah kat dalam..
izah, anak akak semua mmg suka makanan taruh cheese. nnt boleh cuba jugak ni.
semlm buat kuih bakar kentang.Sedap!
mmm nampak menarik... betulke tak berderai.. tak terbayanglah zah.. nak rase 2 ketui..pppsssttt zah mcm ubi ketuk tu ke? mmm nak cuber.. masuk list he he he
eliza..
ye ke kak? kalau gitu sesuai sangat la buat mcm ni..ingat nanti nak racik bayam ke, sedap gak tu.. alamak kuih bakar kentang..memang mabelesss
erma..
tak erma..kepal masa panas suam tu.sebab ada cheese tu dia melekat la..pastu golek kat telur ngan tepung bfore goreng tu memang tak bederai.mcm ubi ketuk tu rangup kat luar, lembut kat dalam.gitu la..
salam Izah,
wahhh...resepi menarik nii..pernah gak masuk blog dia...memang sunyi sepiiii..
ttm..
betul tu..sayang dah sunyi..suke tengok resepinyer yang cantik dan menarik tu
wahh.. menarik menarikkk! tak pernah gi tengok menu cenggini!
tu la tu..duk melayan selera anak2..dah macam2 menu yang keluar.hehee
Post a Comment