CSS

Thursday, July 1, 2010

Strawberry Chiffon Cake



Assalamualaikum.. bersiaran lagi saya dengan entry seterusnya. Hehehe..dah siap dah pack barang baju semua nak balik kampung..sebelum tu tadi saya buat kek ni untuk buah tangan balik kampung. Erkk agak agaknya sempat sampai ke kampung ke tak kek ni ye.. Agak musykil je.. Ya Allah...sangat la sedap kek nih, lembut ...gebu...nyaman...wangi.. Kek cipon ni dialih bahasa dari kek Encik Mat Gebu sifu kita tu. Kek ni asal chiffon blueberry, tapi saya dah tukar semua paste n filing pada strawbery. Sebab blueberry paste tak de. Mintak izin ye Cik Mat tepek sini pulak.



Blueberry Chiffon Cake
Sumber: Cik mat Gebu

BAHAN A :-)
4 kuning telur
70 ml susu cair
70 ml minyak jagung (kalau tak de, boleh guna minyak masak)
45 ml air
100 g gula halus
1 camca besar bluberry paste -saya guna strawbery paste
2 camca besar blueberry filling -saya guna strawbery filling
150 g tepung halus (mat guna tepung gandum je)*
1 camca teh baking powder*
Secubit garam halus *(*disatukan, gaul rata dan ayak)

BAHAN B :-)
4 putih telur
90 g gula halus
Secubit cream of tartar




CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C. Siapkan tin chiffon berukuran 23cm...JANGAN...lenser dengan apa2, biar macam tu saja. Dalam satu belas, campur semua bahan2 "A" dan kacau dengan whisk hingga semua sebati dan mesra. Ketepikan.
Dalam mangkuk adunan yang bersih dan kering. Masukkan putih telur, putar pada kelajuan sederhana hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, putar pada kelajuan tinggi hingga menjadi "meringue" seperti gambar no 2.
Kemudian masukkan "meringue" tadi ke dalam adunan no 1 dan gaul rata menggunakan kaedah kaup balik. Tuang dalam tin chiffon tadi. Bakar 40 - 45 minit hingga permukaan kek nampak kuning keemasan, kering dan kek sedikit mengecut di bahagian tepi2nya.
Keluarkan dari oven dan dengan berhati2, terlungkupkan tin tadi dalam posisi terbalik (seperti dalam gambar). Biar kek sejuk sepenuhnya dalam keadaan macam tu. Kemudian sisip tepi kek dengan pisau kecil dan tarik keluar. Sisip juga bahagian bawahnya supaya mudah tanggal. Boleh lah hidangkan......Selamat mencuba...


CATATAN MAT GEBU :- Kalau letak gris pada tin kek, nanti kek tu tak boleh nak "hold" dan mudah jatuh balik. Lagi satu kalau nak buat kek chiffon pandan, ganti susu cair tu dengan santan dan blueberry paste tu pulak dengan pandan paste....blueberyy filling tu tak payah lah letak yeaa...Proses yang lain semua sama seperti di atas, lagi satu..resipi ni mat guna telur gred "B"

12 comments:

ain said...[Reply to comment]

rajinnya izah ke dapur.mcm2 resipi keluar hari ni. Akak pernah sekali je buat cifon kek. wlupun jd, tp tak mcm yg akak xpect, since then, no more cifon cake.hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

lauk tu yg semlm kak ain..tak de a rajin sangt, time anak tido boleh la ke dapor..hihi..napa kak? akak tak suke kek cipon ye?

Srikandi said...[Reply to comment]

pinky nya kek ciffon tu...kek ciffon ni lebih ringan dari kek biasa tu kan izah?
akak tak nah try lagi :D

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

salam izah..yg kaler cam ni blm pnh rase lg....klulah duduk sblh rmh,mau kubawa lari seloyang :D

Mat Gebu said...[Reply to comment]

salam...
wawawaaaa..sungguh menawan dengan kegebuan kek chiffon tuu...i likee.

cikmanggis said...[Reply to comment]

salam izah..selamat balik kampung ya..cm ambik resepi ni..nak buat jugak:)

izahdaut said...[Reply to comment]

mysdear.
ha ah kak..kek tu ringan macam span.ringan sebab telur putih tu putar bagi ringan putih..kadang2 kalau betul tekniknya, dapat texture kek yang ringan, lembut gebu dan moist..fuuhh..

deliah deli..
hehehe..tu la, tak pernah tengok lagi kan span warna p[ink.suka plak tengok nyer..hah bawak lari seloyang..hikhik..takut tak sempat nk bawak lari,tuannya dah ngap abis..

cik mat Gebu..
cik maaat...trimakasih sudi singgah blog saya...kira mcm mencemar duli la kan..memang menjadi sungguh kek cipon yang ni..boleh dipelbagaikan perisanya.mekasih cikmat..

cikmanggis..
kak cm..terima kasih dan saya pun dah selamat sampai kl kembali.nanti cm cube la buat..syok melayan kek cipon nih..bahan pun tak banyak mendA..

E-na Zarina said...[Reply to comment]

sana cipon sini cipon..bila nak sampai seru ke LK ni...hembus sikit izah!

Aimi Zubir said...[Reply to comment]

Nampak sedap. Nyum nyum~

izahdaut said...[Reply to comment]

mm boleh cuba tu...memang sedap.sebab akak pun memang suka kek ringan mcm ni

izahdaut said...[Reply to comment]

lk..
heheh..ena...fuhhhfuuuhhh... dah hembus tuh..sah sah tak lama sampai la ke LK tuh..sah sah...cantik je nanti cipon nyer

Kevin Medina said...[Reply to comment]

Nampak sedap. Nyum nyum~