CSS
Sunday, July 11, 2010
Kek Pisang
Assalamualaikum..
Selamat hari minggu. Kek pisang dibuat untuk menghabiskan pisang yang hampir tak nampak warna kuning dah tu. Kek ni resepi dari kak Yani MyR. Saya cube masuk myR still tak boleh. Napa yek...Apa pun kek ni memang sodap dan wangi. Ramaikan yang dah cuba kek pisang ni...Dah semalaman baru makin moist rasanya. Maceeeh kak Yani utnuk resepi kek ni. Resepinya buat yang masih belum mencubanya:
Kek Pisang
Source: Kak Yani @myR
2 biji pisang
140g butter
120g gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar fresh cream
1 sudu besar jus lemon
200g tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang
2. Asingkan putih dan kuning telur
3. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
4. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
6. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
7. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 C selama 35-40 minit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
kompom pas nih sebulan ko tak makan pisang sbb dah kebosanan! kikikiki.... ker tak serik?! kekekeke... mana aku punyer setandan??! nak nakkkk...
salam izah...klu bab pisang ni kat cni x payah dijadikan apa2 lg sbb masing2 dah mcm yg bergayut2 tu-antu pisang...mkn cam tu je!setandan pun blh ghaib skelip mata-ish3x :)
jiya boleh kira ngan jari brapa kali wat kek pisang lam seumur idop. akekeke.. sbb tatau nak guna pisang apa. dah mcm2 jenis pisang daa
kak hana..
kompom..aku pun dah tak lalu dah bau pisang..ni harap kek pisang nih anak aku lah yang ngabis kan..deme tu tak pernah jemu dengan menda menda manis..tapi suh makan nasi...haaiiiihhh...puas bersilat nak bagi makan.aku dah pos dah tandan pisang???hikhikhik
deliah deli.
waahhh..takjubnya..sungguh penggemar pisang...saya tak la berapa makan.tapi kalau dapat yg sodap manis harum lemak tu..banyak la jugak makan.sebab apa,masa kecik2 dulu,buah yg aku kenal buah pisang la..esok celik mata,cekodok pisang,tengari balik skol, gulai lemak pisang, pi bagi makan ayam, makan pisang, petang, makan lepat pisang, malam...huwaaa....dah tak mo tak mo..
jiya..
bantai je la jiya...ko rasa cam best je pisang tu bila makan..haaahh..memang sesuai la pisang tu buat kek.ada sekali tu akak buat muffin guna pisang tu agak kelat sikit walau time masak ranum..ehhh bila jadi muffin berketul jugak hakak makan..sodaaap..
wakaka...geli hati mas dengan izah ni, jap je tu ,nanti ada balik pisang tu...lain kali balik kampung , izah cari resepi pisang banyak2...jangan risau, pisang elok dimakan..kat rumah tu ada bau pisang lagi ke..
hahaha..mas..kalau balik kampung yang tu je la resepinya..nasib tak sempat buat apam pisang..kalau idak..muntah pisang la minggu nih...dah tak de bau pisang...sekian terima kasih pisang!!
salam izzah...
tumpang lalu. bila nampak pasai MYR ni, nk bgtau la...kalo x silap MYR dah tutup kedai.
Post a Comment